PWTC Yee Sang Thank You Party 2019

Sambutan Tahun Baru Cina telah pun menutup tirainya. Pada tahun ini juga buat pertama kalinya Kak Bell dapat merasa Yee Sang. Walaupun pertama kali, dapatlah merasa 4 kali dijemput makan Yee Sang untuk sambutan CNY tahun 2019. Yee sang ni adalah hidangan pembuka selera untuk memupuk 'tuah' bagi tahun berikutnya dalam kepercayaan masyarakat Cina. Sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur, semakin tinggi Yee Sang dilambung membawa maksud semakin tuah.


22 Februari 2019 yang lepas, Kak Bell berbesar hati dijemput ke PWTC untuk majlis Yee Sang Thank You Party 2019 di Dewan Tun Dr Ismail, Putra World Trade Centre. Bertemakan Crazy Rich Asians, majlis meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang terdiri dari rakan perniagaan PWTC dan juga rakan-rakan media. Pihak PWTC mengadakan majlis tersebut sebagai tanda berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong perniagaan PWTC sebagai pelanggan, rujukan dan rakan kongsi perniagaan.


Majlis diserikan dengan persembahan tarian singa, persembahan dari The Funky Divas dan diacrakan oleh Malaysia’s stand-up comedians, Joanne Kam. Memang tak kering gusi dibuatnya dengan lawak Joanne Kam yang agak 18SX. Cuba korang tonton Singapore Nasi Lemak vs Malaysia Nasi Lemak. Terhibur bukan?


Majlis dirasmikan oleh CEO PWTC, Datuk Shamsul Kamar Ahmad dan seterusnya acara melambung Yee Sang terpanjang oleh para tetamu. Menu pada malam tu juga terdiri dari 8 jenis hidangan mewah diantaranya Yee Sang Platter with Sliced Salmon, Szechuan Hot & Sour Soup with Seafood, Deep Fried Tiger Prawn Salted Egg and Oatmeals Flakes, Braised Broccoli and Mushroom dan banyak lagi.


Di antara blogger yang hadir semeja dengan Kak Bell

Macam mak-mak tak? Cedokkan buat anak-anak. Hehe

Kemeriahan majlis malam tersebut turut diselang-selikan dengan cabutan bertuah dan pertandingan pakaian tercantik mengikuti tema Crazy Rich Asians. Hadiah cabutan bertuah juga sangat menarik termasuk 2 biji laptop, 2 buah Iphone, 2 buah Samsung Note 9 dan banyak lagi telefon keluaran Samsung. Bagi pakaian tercantik pula, yang bertuah telah membawa pulang habuan bernilai RM1000. Btw, tak sangka 'luck' berpihak sangat baik Jumaat lepas buat Kak Bell. Pagi petang menang hadiah. Alhamdulillah rezeki dah nak meningkat umur ni. Hehe.

Pic bersama CEO PWTC, Datuk Shamsul Kamar Ahmad


Agak-agak kena tak fesyen Kak Bell untuk tema Crazy Rich Asians ni? Joanne Kam siap cakap macam J.Lo ye. Suruh flip hair dulu sebelum ambik hadiah. Hope tahun 2019 ni dimurahkan rezeki Kak Bell dan juga buat korang semua. Cheers!


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top