Pulau Perhentian Kecil Trip - Day 2 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pulau Perhentian Kecil Trip - Day 2

Trending

Pulau Perhentian Kecil Trip - Day 2

03/03/2018
Untuk hari ke-2 di Pulau Perhentian, aktiviti sangat padat dari pagi sampai ke petang. Pada hari tersebut, kitaorang cover 6 tempat menarik di Perhentian Kecil. Bermula pada jam 8 pagi untuk sarapan dan menunggu bot untuk aktiviti hoping dan snorkeling di kawasan Turtle Point, Shark Point, Coral Fish Point, Lighthouse Coral Reef, Romantic Beach dan Kampung Nelayan.


Selain bersantai di pantai, mandi-manda jadi ikan duyung, aktiviti utama jika ke Pulau Perhentian mestilah snorkeling atau scuba diving. Bagi Kak Bell yang jarang sekali ke laut, memang seronok sangat dapat cium bau laut. Pemandangan pun saujana mata memandang. Semasa aktiviti snorkeling korang boleh lihat sendiri penyu, ikan yu, ikan nemo, timun laut dan pelbagai ikan lain yang cantik-cantik.


Untuk sesi pertama, aktiviti snorkeling adalah di 3 checkpoint iaitu 3 Ruang Fish Coral (water-confident session), Turtle Point dan Shark Point. Bagi yang pertama kali nak snorkeling, bolehlah biasakan diri kat sini dahulu. Kat sini guide akan ajar cara dan teknik untuk snorkeling. Btw, Kak Bell sebenarnya takut air dan tak pandai berenang. Pada mulanya, memang duduk atas bot je. Tapi bila tengok gadis-gadis lain meriah je main air, Kak Bell pun turun jugalah walaupun sekejap. Kebetulan pulak life jacket Kak Bell ada masalah, so bila turun dalam air mesti rasa terapung-apung macam pelampung pulak. Terus rasa nak lemas. Jadilah dapat merasa air laut. The rest memang duduk atas bot je. Haha.

Pembantu pelancong kitaorang

Guide yang bawa kami ni memang dari Mieha Holidays lah. Semuanya berdaftar dan mempunyai lesen asas dalam snorkeling dan aktiviti air untuk bantu pelancong. Checkpoint ke-2 yang kami pergi ialah Turtle Point. Terletak di Pulau Besar berhadapan dengan Coral View, Perhentian Island Resort.



Masa di Turtle Point, kalau bernasib baik memang akan nampak lah penyu kat sini. Lama juga menunggu akhirnya ada juga penyu yang naik. Tapi sayangnya semua gambar masa hari ke-2 ni dah terpadam dari simpanan Kak Bell. Jadi hayati ajelah gambar yang ada. Diri sendiri tengok pun sakit mata je dengan kualiti gambar. Bolehlah daripada tak ada kan!

Untuk checkpoint ke-3 ialah Shark Point yang merupakan tempat yang lebih mencabar disebabkan arus kat sini sukar dijangka. Kalau Kak Bell turun mesti konpem hanyut la kena bawak arus. Ikan Yu kat sini katanya tak makan orang dan selalu akan muncul masa suhu air laut panas dan jernih.


Menuju Shark Point

Masa snorkeling tu, pemandu bot kitaorang ada bawa naik Timun Laut (Sea Cucumber). Benda alah ni bukan gamat tetapi gamat ni termasuk dalam kategori famili timun laut. Btw, tidak semua timun laut adalah gamat. Faham kan? Gigih tau study famili, genus apa benta ntah lagi masa belajar Biologi. Malangnya otak tak bijak kan. Ingat gitu-gitu ajelah. Timun Laut ni tak boleh lama di luar air, sebab semua air dari dalam Timun Laut ni akan keluar dan jadi kecut. Memula tu geli jugak, but sebab Kak Bell sukakan cabaran, so Kak Bell pegang. Hiks.

Timun Laut (Sea Cucumber)



Selepas habis explore main air, selfie dengan penyu kitaorang pergi ke Kampung Nelayan (Fisherman Village) untuk makan tengah hari di Village Cafe. Kampung Nelayan ni merupakan kawasan penempatan utama penduduk di Pulau Perhentian. Semua kemudahan ada di Kampung Nelayan seperti jeti, klinik, balai polis, sekolah dan masjid. Untuk barangan asas bolehlah dapatkan kat sini dan makanan disini lebih murah berbanding dekat resort/chalet lain. Masa kat sini, sempat kitaorang cari keropok lekor dan goreng pisang. ABC pun ada. Untuk pakej kitaorang, memang dah masuk sekali untuk makan tengahari di Village Cafe.


Jeti Kampung Nelayan

Sebenarnya banyak gambar menarik kat sini. Kak Bell terpaksa gigih letak video dari Instagram ni, supaya boleh kongsi dengan korang semua. Kat kawasan jeti Kampung Nelayan ni ada banyak ikan-ikan kecil kat bawah tu. Tak tahulah ikan bilis ke ikan apa. Cantik bila ikan ni berenang dalam kumpulan.


Selesai makan, kitaorang sambung balik aktiviti snorkeling di Lighthouse Coral Reef dan Romantic Beach. Kawasan Lighthouse Coral Reef ni adalah kawasan petunjuk rumah api Pulau Perhentian. Rumah api ni sebagai petunjuk bagi bot-bot yang melalui kawasan pulau terutamanya pada waktu malam.


Di kawasan ni terdapat banyak terumbu karang dengan pelbagai jenis ikan. Korang boleh tengok Nemo kat sini.

Aktiviti terakhir hari ke-2 ialah di Romantic Beach. Dari kesemua tempat snorkeling tadi, kat sini ajelah yang dekat dengan pantai. Kat kawasan ni pun ada ikan yang cantik-cantik, landak laut pun ada. Btw, gambarnya tak dapat Kak Bell kongsi sebab dah terpadam! Penat tu memang sangat penat sebab panasnya lit-lit. Then, terus balik resort dan sebelum balik ke bilik, kitaorang singgah dulu membasahkan tekak di kedai sekitar Coral Bay dan ready untuk aktiviti bebas pada malamnya.



Untuk makan malam, dah termasuk dalam pakej juga untuk BBQ Dinner. Malam tu kitaorang buat surprise hari jadi buat Ms Faye. Kelas ye siap bertema warna putih. Yang penting makan malam dan sambutan hari jadi tu dalam keadaan gelap tidak berlampu yer. Nak post gambar pun masing-masing muka kelam je. Geram betul tau kat Shari-La haritu! Dah lepas makan kek, sambung melepak di tepi pantai sesambil minum kopi dan cari liputan telefon nak hapdate kat suami memasing sebab jumpa Baby Shark dengan Ninja Turtle. Hehe. 


Suci je kan memasing dalam tema putih


Kek ni buat sendiri bawa dari KL ye

Tamat dah untuk hari kedua di Perhentian Kecil. Itu ajalah aktiviti nya dan esok bersedia balik ke KL dan singgah sekitar Kelantan. Kak Bell dah maraton habis dah siapkan entri 2 hari. Kita sambung besok pulak. Daaa Pulau Perhentian Kecil Trip - Day 3

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post