Majlis MEERACLE GLORY NIGHT 2018 Di Le Meridien KL

Jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang terkemuka, MEERACLE telah mengadakan malam gala tahunan 2018 mereka di Clark Ballroom, Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur pada 23 Febuari 2019 lepas yang bertemakan Oscar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai semua ejen MEERACLE dari pelusuk Malaysia, Singapura dan Brunei. 


Pada malam itu juga, MEERACLE turut melancarkan produk kosmetik iaitu MEERACLE FACE. Dalam rangkaian MEERACLE FACE ini, terdapat bedak asas bernama MEERACLE LUSTRE GEMSTONE yang mempunyai tiga tona warna iaitu cerah, kuning langsat dan sawo matang. Mereka juga telah melancarkan penanggal mekap iaitu MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK.


Majlis itu dimulakan dengan ucapan daripada pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin dan sedikit ucapan ringkas dari duta MEERACLE, Zahirah MacWilson. Hael Husaini dan De Fam juga membuat persembahan pada majlis tersebut. Pada tahun lepas, MEERACLE telah melancarkan kempen 7 bulan “Menjadi dengan MEERACLE” dimana ejen yang berjaya mencapai sasaran jualan dalam masa 7 bulan akan membawa pulang sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.

Zahirah MacWilson, duta MEERACLE

Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin

Pada tahun 2018, empat master stokis telah berjaya melepasi sasaran jualan. MEERACLE telahpun memberikan ganjaran kepada mereka semasa majlis makan malam tersebut. Master stokis tersebut adalah Siti Azlina Md Halil, Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman, Masdiana Mohamadiah, dan Nazariah Mohd Shah. Bukan itu sahaja, Siti Azlina Md Halil juga sekali lagi mendapat gelaran “Miss MEERACLE 2018”. Gelaran ini merupakan penghargaan tertinggi untuk master stokis yang telah mencatat jualan yang paling tertinggi sepanjang tahun 2018.


MEERACLE telah mencatat sejarah yang terbesar pada tahun 2018. Dengan itu, lebih banyak inovasi yang bakal diketengahkan pada tahun 2019 supaya mampu seiring dengan jenama antarabangsa di pasaran pada tahun yang akan datang.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top