Le ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo

Bila bercakap tentang rambut, pasti semua mengidamkan rambut yang cantik bersinar. Kebanyakan dari kita juga ada yang mengalami pelbagai permasalahan berkaitan kulit kepala yang menjurus kepada faktor kesihatan rambut dan kulit kepala. Bila bercakap tentang tips penjagaan rambut pula, ramai yang mengesyorkan petua tradisional dan lebih mudah menyarankan produk yang ada di pasaran. Namun begitu tidak semua produk rambut yang ada di pasaran sesuai, banyak juga produk yang dicuba menjadikan rambut kita semakin rosak dan tidak bermaya.


Bagi Kak Bell, keadaan rambut setelah perming dan bleaching memang memerlukan lebih penjagaan. Jikalau ada kelapangan barulah berpeluang mendapatkan rawatan rambut. Pelbagai syampu juga telah Kak Bell cuba. Pada awalnya nampak bagus, tetapi tidak setelah lama menggunakannya. Untuk entri kali ini, Kak Bell akan buat ulasan tentang syampu dalam bentuk 'foam' yang sangat popular di Jepun dan Taiwan. Produk dari Jepun ini baru sahaja mula diperkenalkan di Malaysia. Betul ke produk ini berkesan?

Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo
Syampu Le Ment ini merupakan jenama syampu setaraf syampu kelas salun yang dibuat khas untuk kegunaan di rumah. Le ment Sparkling Oil Cleansing Syampu mengandungi minyak Argan, minyak Baobab, Lipidure, Keratin dan Fullerene yang sangat melembapkan rambut namun tidak menjadikan rambut berat. Apa yang istimewa, syampu ini mengandungi 'carbonated essential oil' yang mampu membersihkan kekotoran sehingga ke liang rambut tidak seperti tahap pembersihan oleh syampu biasa dan memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut. Ia juga boleh menghilangkan residu bahan pewarna yang bersifat alkali selepas pewarnaan rambut, proses highlight atau hair perming dan membuat keadaan rambut kembali kepada keadaan yang lebih sihat.


Kebiasaannya jika menggunakan syampu pasti akan disusuli dengan perapi rambut (hair conditioner). Walaubagaimanapun, jika keadaan kulit kepala bermasalah, penggunaan perapi rambut juga tidak akan membantu. Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo ini adalah regim penjagaan rambut tanpa conditioner dan dicipta khas untuk menyihatkan dan membersihkan kulit kepala seterusnya memberi kesan bersinar dan licin pada rambut.

Bahan Utama
Terdapat 3 bahan utama untuk Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo iaitu bahan Asid amino berkepekatan tinggi + Pati minyak (essential oil) + bahan kecantikan organik.


Apa Istimewanya Syampu Le Ment?
Kebiasaannya, syampu SPA biasa menggunakan asid karbonat dengan kepekatan 1000ppm (parts per million), manakala Le Ment menggunakan kepekatan asid karbonat 5000ppm. Maksudnya kandungan/kepekatan carbonic acid lebih tinggi dalam per juta bahagian.

Kepekatan tinggi asid karbonat tersebut mampu menembusi ruang-ruang kecil pada folikel rambut yang mana syampu biasa tak mampu lakukan. Jadi lebihan sebum (Sebum is a light yellow, oily substance that is secreted by the sebaceous glands that help keep the skin and hair moisturized) dapat dibersihkan. Kesan residu yang bersifat alkali selepas menjalankan proses perming atau meluruskan rambut juga dapat dikurangkan kepada tahap asid lemah (pH4.5-pH5.5) dan syampu ini akan mengembalikan kulit kepala kepada tahap lebih sihat. Syampu ini juga tidak menggunakan bahan silikon dan menggunakan pati minyak tumbuhan disamping 9 bahan tumbuhan organik bagi melembapkan rambut.


Langkah Penggunaan
Langkah 1: Basahkan dahulu rambut dengan air suam (lukewarm water).
Langkah 2: Goncang botol, tekan jumlah syampu yang sesuai di telapak tangan dan ratakan ke kulit kepala dan rambut. Jumlahnya bergantung kepada kepanjangan rambut. Bagi rambut panjang, boleh gunakan sebanyak saiz 3 biji bola ping pong.
Langkah 3: Urut kulit kepala sebelum mencuci.
Langkah 4: Cuci bersih dan boleh gunakan sebarang perapi rambut.

Syampu ini boleh digunakan sekali setiap tiga hari. Bagi rambut yang alami kerosakan selepas proses kerinting atau luruskan rambut boleh gunakan setiap hari. Rambut tidak akan frizzy, kerana Le Ment menggunakan bahan asid amino dengan kuasa pembersihan lebih lembut berbanding syampu biasa yang menjadikan rambut kering.

Textur dan Pembungkusan
Kak Bell sukakan pembungkusan syampu ini yang menggunakan pam. Ianya amat mudah dipam keluar dan juga mudah untuk kawal jumlah kuantiti syampu yang nak digunakan. Tekstur syampu adalah berbentuk busa atau foam yang tebal.


My Verdict
Kak Bell sukakan syampu ini walaupun dalam bentuk 'foam', ianya dapat hasilkan buih yang cukup untuk keseluruhan kepala semasa proses syampu. Baunya wangi dengan bau bunga jasmin dan tidak seperti kebanyakan syampu lain. Semasa mencuci, tidak ada rasa sensasi sejuk sebab tiada bahan mint digunakan.

Selepas buat perming dan bleaching tempohari, rambut Kak Bell memang sudah rosak dan menipis. Kekuatan dan tahap elastik rambut memang dah teruk dan menyebabkan warna tak dapat lekat pada rambut dan warnanya hilang (utk warna versi ash). Selepas cucian, rambut memang lebih lembut dan baunya kekal harum tidak seperti sesetangah syampu yang hanya wangi ketika cucian. Walaupun Kak Bell gunakan 2 hari berturut-turut, rambut tidak kering malahan lebih lembap.

Kesimpulannya, syampu ini sangat berkesan bagi rambut Kak Bell yang kering dan kusam selepas proses pewarnaan, bleaching dan perming. Kulit kepala terasa lebih segar dan rambut terasa lebih halus daripada sebelumnya. Memang Kak Bell syorkan untuk korang cuba. Memang produk yang sangat menarik!


Bagi yang ingin mencuba Le ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo, korang boleh rujuk dan buat pembelian di bawah. Pasti tak menyesal!


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top