Bufet Ramadan Citarasa Warisan Di Restoren Riverside PWTC 2019

Hi Korang! Masuk bulan Mac ni maka bermulalah jemputan untuk 'food tasting' bufet Ramadan. Tak lama lagi akan mulalah iklan berbisik Yusof Taiyob di kaca TV tanda kedatangan bulan berpuasa. As usual akan menjadi perkara biasa buat kita semua untuk survey di mana lokasi untuk berbuka puasa nanti. Untuk tahun ini, Kak Bell mulakan dengan sajian bufet Ramadan di Restoren Riverside PWTC. Jom baca sampai ke akhirnya untuk ketahui apa yang menarik untuk bufet Ramadan kali ini.


Pada tahun in, Restoren Riverside PWTC membawakan tema Citarasa Warisan dengan menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadan nanti. Tema Citarasa Warisan ini akan mengenengahkan menu masakan ala kampung dalam penyediaan menu mereka.


Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa yang akan bertukar juadah setiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.

Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau Dengan Terung Telunjuk

Kambing Masak Tomato Berkuah

Ayam Gulai Minang

Kambing Masak Kari Utara

Sotong Masak Sambal Petai

Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi

Pisang Muda Masak Lemak

Ayam Kampung Kerisik Dengan Betik Muda

Antara hidangan lain yang turut disajikan adalah 13 jenis ulam ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas lain seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi.

Pelbagai Ikan Masin

Pelbagai Kerabu

6 jenis keropok

Hidangan manisan dan pencuci mulut juga turut ada seperti 8 jenis kuih muih melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka agar-agar, mousse & pudding, 3 jenis bubur manis, aneka biskut melayu dan pelbagai lagi yang bakal memenuhi selera anda. Kak Bell telah cuba kesemua jenis lemang yang ada. Memang sangat sedap makan bersama dengan rendang yang disediakan. Menu ni mesti cuba!

Aneka Lemang

Puding Roti

Aneka Kuih Melayu


Bagi gerai minuman pula, terdapat warung minuman air sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air bali, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik. Untuk menu utama, semua Kak Bell rasa dan recommended untuk korang cuba semua menu-menu masakan yang 'rare' di sini. Craving satissfied!

Istimewanya bufet Ramadan di PWTC, terdapat 'Carving Station' yang akan menyediakan kambing panggang pada setiap hari sepanjang tempoh bufet Citarasa Warisan ini. Kambing panggang akan dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai. Jangan lupa juga untuk mencuba sate ayam dan daging bersama kuah kacang yang lazat.



Harga Bufet Ramadan Citarasa Warisan
Promosi bufet Ramadan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. Para tetamu boleh menikmati semua juadah hidangan dengan harga RM88 seorang untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula berharga RM45 seorang. Turut ditawarkan ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM70 seorang.

Tetamu turut akan dihidangkan dengan persembahan

Pihak PWTC juga turut menyediakan tawaran baucar 'Early Bird' di mana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan iaitu sehingga 3 Jun 2019.

RM88 Adult
RM45 Children (7 hingga 12 tahun)
RM70 Senior Citizen (60 tahun ke atas)
RM75 Early Bird until 5 May 2019

Pakej Buka Puasa
Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) juga menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas. Berikut merupakan ruang makan di dalam Restoren Riverside. Terdapat juga ruang makan di bahagian luar bersama dengan stesen-stesen makanan yang lain.



Kemudahan Parkir dan Surau
Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Tarawih berjemaah bersama Imam di Surai Ar-Rahman yang terletak di Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu. Kadar parking di PWTC pada bulan Ramadan nanti adalah tetap (flat-rate) dan bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang ke atas.


Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Citarasa Warisan @ PWTC, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoren Riverside di talian 03-26146701/6702. Baucar dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11Street.

Citarasa Warisan @ Legar Putra, PWTC 
Level 3, No. 41 Jalan Tun Ismail 
50480 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2614 6701/6702
Aras 2 PWTC (9 pagi- 5 petang)

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top