Berhujung Minggu Dalam Perlawanan Boling Di eCurve

Hi Korang! How was your weekend running? Awal-awal bulan ni mestilah sibuk ke sana-sini kan. Al maklumlah poket pun masih berat. Walaubagaimanapun, ianya suatu yang sihat untuk kita meluangkan masa bersama keluarga atau rakan dengan aktiviti menarik di hujung minggu. So, waktu hujung minggu adalah waktu paling berharga untuk melakukan aktiviti sihat bersama-sama keluarga tidak kiralah di dalam mahupun di luar rumah.


Semalam Kak Bell telah meluangkan masa beriadah dengan rakan-rakan office dalam pertandingan boling. Kebetulan pula memang dah lama sangat tak menghayun bola boling. Memang dah hilang dah 'feel' bermain boling kata orang. Kali terakhir main boling lebih kurang 4 atau 5 tahun lepas. Itu pun main masa tournament di office lama. Kali ni pun bertemu semula dalam tournament boling jugak. Walaupun masing-masing dah lama tak berboling, masing-masing jugak excited terlebih! Kalau nak plan sesaja beriadah ke tempat boling, memang tak akan jadi punyalah. Masing-masing pun dah sibuk dengan tanggungjawab kan.

Team Kak Bell

Bila member dalam deparment lama Kak Bell bekerja dulu ajak main tournament, terus je cakap Yes! Sesambil tu boleh la jumpa kawan-kawan lama. Btw, before this, Kak Bell ada kongsi 1 entri tentang permainan boling. Tak adalah pandai sangat pun, cuma saja suka-suka beriadah dan kongsi informasi. Yang mana nak tahu sedikit sebanyak tentang boling, bolehlah baca kat sini > Jom Boling. Bola Kak Bell tu dah terperap lama sangat dah, sampai dah naik kusam. Bagilah bola tu berkilat sikit kena minyak lane boling.


Perlawanan boling semalam disertai oleh 9 buah kumpulan campuran lelaki dan perempuan. Start jam 8 malam mula pertandingan di Ampang Superbowl, eCurve. Masa main tu, memang tak tengok dah group lain sebab sangatlah nervous, takut markah kita je yang ke laut. Kak Bell dalam Team no.2 (Complicated) bersebelahan Team no.1 (Asal Boleh). Group kitaorang berdua ni paling lambat habiskan game tu yer. Orang lain semua dah habis, kami je still pulun habiskan game. Malu jugak, dah macam berada di final tournament pulak 2 kumpulan berentap.

Di antara kawan-kawan yang memeriahkan majlis


Masa game, memang Kak Bell paling corot yer dalam group. Siyesla malu gile yer. Asyik tak menjadi aja balingan. Gaya berkarisma jer 10 markah, tapi jatuhan pin non hado! Hahaha. Btw, it is still fun. Suka-suka je tak delah stress macam nak kejar hadiah kemenangan kan. Habis game, keputusan diumum, kumpulan Kak Bell dapat tempat pertama dengan jatuhan lebih 1000 pin. Rasa bertuah sangat sebab menang semalam. Nasib menang sebab Kak Bell memang tak sukakan kekalahan! Thanks buat team member yang bagus-bagus. Kak Bell je dah kena bersara dah dari main boling. Hiks.

1st Place: Team Complicated


2nd Place: Team 
Ape-Ape Jer La


3rd Place: Team Asal Boleh


Actually sejak awal 2019, memang Kak Bell bit stress and mentally depress dengan macam-macam hal. Kedatangan bulan Mac 2019 ni nampak ada sinar dah. Dari awal bulan, semua contest menang. Menang instagram contest, menang Samsung A9 dari PWTC, menang Most Inspiring Beauty Blog (2nd Place) dan semalam menang Tournament Bowling. Wahh happy sangat rasanya. Alhamdulillah rezeki. Bersyukur Kak Bell! Mungkin sebab bulan ni birthday kita kot agaknya? Bukan mak esah yer. Kay Bye.




CONVERSATION

4 comments:

  1. Congrats Kak Bell! hehehe...eh, lama betul Sally tak main bowling jugak...hahaha

    ReplyDelete
  2. tahniah! baru juga join tournament bowling bulan lepas, tapi kalah hehe

    ReplyDelete
  3. follow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Back
to top