7 Tempat Menarik Penghilang Bosan Di KLIA2

KLIA2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang dibina untuk menampung pertumbuhan pesat sektor pelancongan tambang murah di rantau ini dan bagi menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Di sini terdapatnya gateway@klia2, pusat membeli belah dengan lapangan terbang yang memudahkan pelancong mendapatkan barang keperluan sebelum berlepas atau selepas ketibaan. Bagi yang ingin terbang bercuti ke luar atau dalam negara, pastinya tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan atau membeli-belah di gateway@klia2. Kadangkala, kita akan sampai terlalu awal di lapangan terbang hingga kebosanan melanda. Kalau Kak Bell ke luar negara, sementara menunggu penerbangan memang sempatlah duduk menghabiskan hidangan di McDonald sesambil membeli coklat. 


5 Mac 2019 lepas, Kak Bell berkesempatan berjalan-jalan di sekitar gateway@klia2 turut serta dalam Half Day To KLIA2 Media FAM Trip anjuran Tourism Malaysia. Sebenarnya, terdapat banyak tempat-tempat menarik di terminal KLIA2 ini yang boleh anda kunjungi sebelum terbang ke destinasi pilihan. Jom ikuti tempat menarik buat menghilangkan bosan dan penat anda semasa di KLIA2!


Tempat Berehat & Tidur

1) Aerotel
Situasi tak dijangka seperti penerbangan ditunda atau sementara menanti masa masuk ke balai pelepasan pasti membuat kita gelisah. Untuk mengisi masa bolehlah anda berehat dan bersantai di hotel Aerotel. 



Berada di Tingkat 2M gateway@klia2 Mall dan terletak berdekatan dengan kawasan Pelepasan Antarabangsa dan Domestik di KLIA2. Aerotel beroperasi 24 jam dan mempunyai 78 buah bilik hotel dengan 5 jenis buah bilik iaitu Solo Plus, Double Plus (Twin), Double Plus (Queen), Double Squared (Double Queen) dan Family sebagai pilihan. 


Bilik yang selesa dengan rekabentuk minimal menggunakan panel kayu boleh memenuhi keperluan bagi 1 hingga 4 orang untuk refreshing stay. Biliknya berkeluasan dari 20sqm-34sqm ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti katil, bilik mandi, penghawa dingin, TV, pengering rambut, kerusi, pembancuh kopi dan perkhidmatan WiFi. Tempahan adalah per jam jangka masa minimum untuk menginap adalah 6 jam.


Aerotel: Tingkat 2M, Lot 33-45, gateway@klia2 Mall

2) Plaza Premium Lounge
Bagi yang ingin bersantai dan relak seketika, bolehlah kunjungi Plaza Premium Lounge. Plaza Premium Lounge lebih ekonomi dan sesuai untuk kumpulan yang lebih ramai.


Ruangan lounge

Terdapat tempat rawatan spa, bilik mandi berbayar, bilik tidur, hidangan bufet , bar dan WiFi percuma untuk penginapan seketika. Turut ada 1 buah bilik VIP (untuk 4 orang) dan 3 bilik mesyuarat (4-22 orang) disediakan untuk kegunaan pengunjung.

 Kawasan bar


Jenis bilik

Bahagian buffet

Plaza Premium Lounge: Tingkat 2M, Lot 2-5, gateway@klia2 Mall

3) Capsule Transit
Capsule Transit Hotel terletak di Tingkat 1 gateway@klia2 Mall dan boleh dijadikan tempat seterusnya untuk bermalam. Konsep hotel ini ialah seperti asrama dan bersesuaian dengan backpackers.



Keadaan bilik yang simple turut dilengkapi dengan tempat mandi, tempat bagasi dan ruangan membaca. Ruangan tidur bagi lelaki dan perempuan adalah berasingan. Capsule Transit menawarkan 4 jenis bilik iaitu Single Capsule (Perempuan shj), Mixed Single Capsule, Queen Capsule dan Suite Room. 

Kawasan lelaki dan wanita berasingan

Lokar

Harga bilik bermula dari RM105 dan sewaan mengikut jam. Anda boleh menginap minimum 3 jam, 6 jam atau 12 jam disini. Jika tidak memerlukan bilik, anda boleh mengunakan perkhidmatan ala-carte untuk Shower On-The-Go (RM29) atau Locker Rental (bermula RM20 untuk 3 jam).

Ruang bacaan

Capsule Transit: Tingkat 1, Lot 1-5, gateway@klia2 Mall

Tempat Memanjakan Diri

4) Gintell Rest N Go Exclusive Lounge
Setelah menempuh perjalanan jauh, anda boleh berehat dan segarkan diri dengan urutan kerusi urut mewah di Gintell Rest N Go Exclusive Lounge.



Terletak di Tingkat 2, anda boleh mendapatkan perkhidmatan premium di sini termasuklah kerusi urut, WiFi percuma, minuman, selimut, tempat luggage, pengecasan telefon, stokin pakai-buang dan aromaterapi. Dibuka 24/7 dan harga masuk mengikut jam untuk 1 jam (RM68), 2 jam (RM88), 4 jam (RM108) dan 6 jam (RM128). Suasana lounge yang santai dan privasi ini dapat meredakan tekanan selepas penerbangan anda.


Refreshment

Gintell Rest N Go Exclusive Lounge: Tingkat 2, Lot 24, gateway@klia2 Mall

Tempat Makan & Minum

5) The Green Market
Bagi anda yang inginkan makanan sihat dan pelbagai bolehlah duduk santai makan di sini. Green Market yang terletak di Aras 2 menyajikan pelbagai hidangan menu dari Jepun dan Korea. Sayuran yang digunakan adalah sayuran yang di bawa khas dari Cameron Highlands bagi memastikan kesegaran sajian kepada pelanggan.



Menu signature mereka ialah Rotisserie Chicken manakala minuman jusnya diproses perlahan untuk mengurangkan pengoksidaan ketika juicing. Jangan lupa mencuba Green Tea dan Jus Guava di sini.

Salmon Bento

Green Tea dan Jus Guava

Antara menu: Seafood Salad, Avocado Tofu Salad, Age Gyoza, Tori Karage, Tori Teriyaki Don, Garlic Chahan, Niku Udon, Tempura Soba, Shoyu Ramen, Tempura Bento, Chicken Shogayaki Bento, Caterpillar Roll, Spicy Tempura Tuna Roll, Bibimbap, Ramyeon, Kimchi Soup.

The Green Market: Tingkat 3, Departure Level, Public Concourse, Terminal klia2

6) Kofi Kraze
Sudah menjadi trend kita menikmati kopi panas ketika bersantai. Kofi Kraze menyajikan Premium Cold Brew Coffee yang diproses dengan teknologi terkini, 'Maxtract' berbanding cara konvensional versi Hot Brew Coffee. Kopi di sini super smooth & lebih aroma. 


Kopi yang digunakan berasal dari Sumatera, Indonesia dan paling istimewa terdapat 7 jenis kopi terbaru dengan rasa tempatan. Jangan lupa untuk cuba Kokonut Burst (kelapa), Simply Jak (jackfruit), Taro Taro (keladi), Herbal Splash (Pandan), Spike Up! (kopi durian), Choko-Loko (coklat), Sola Luna (teh+kopi), Pina Kollada (nenas), Chili Choko, Masala (Indian spices), Matcha Joe (Green Tea), Thai Kafae and Golden Maize (jagung).

Mencuba Chilli Coffee


Disamping mencuba revolusi rasa kopi di sini, anda juga boleh cuba 3 jenis pilihan Sandwich lazat di Kofi Kraze.

Mesti cuba! Sangat sedap.

Kofi Kraze: Tingkat 3, Lot 23, gateway@klia2 Mall

7) Malaysia Agrobazaar
Bagi yang mencari pelbagai produk tempatan, anda boleh berkunjung di sini. Terdapat 500 produk keluaran bumiputera di jual di Agrobazaar untuk mempromosi dan membantu usahawan tempatan. 


Diantara produk tempatan

Anda boleh cuba pek makanan kembara Halal di sini yang dipanaskan tanpa api. Pembungkusan tersebut menggunakan teknologi Flameless Ration Heater (FRH). Anda boleh cuba Beef/Chicken Rendang dengan Pilaf Rice yang hanya memerlukan cara penyediaan yang sangat ringkas menggunakan air biasa sahaja.


Malaysia Agrobazaar: Tingkat 2, gateway@klia2 Mall

Kepada anda semua yang akan melancong ke destinasi pilihan, bolehlah berkunjung ke tempat-tempat berikut. Selain menghilangkan bosan ketika menunggu penerbangan bolehlah mendapatkan rehat dan bersantai di KLIA2.

CONVERSATION

4 comments:

  1. Nice. Malaysia agrobazaar caught my attention. Tak tahu pulak ada this. Hopefully our local mlaysia product variety kat bazaar nih. Tq miss bell.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Depan kedai kopi hainan yg kita tak jadi lepak aritu. Hehe

      Delete
  2. Memang terbaik kan.. Lepas ni dah tak risau kalau takut terlepas flight..hehe..

    ReplyDelete
  3. ehehe kalo dapat golek2 selesa before flight bestnya. comel2 pulak tu tempatnya..

    ReplyDelete

Back
to top