Sentuhan Kreativiti & Keunikan Produk Premium Hong Kong Di Pameran HKTDC DG Studio

Selain daripada menjadi hab membeli-belah, Hong Kong juga merupakan salah satu tempat kelahiran banyak jenama tempatan dan produk gaya hidup yang inovatif. Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam mempromosikan produk & perkhidmatan dari Hong Kong ini di peringkat antarabangsa. Kini, DG Studio mengambil inisiatif membawa barangan dan produk gaya terkini dan premium dari Hong Kong kepada para pembeli di Malaysia. Sebanyak 12 jenama terkenal telah dibawa kepada orang ramai di pusat membeli-belah 1 Utama (New Wing Tingkat LG Highstreet) bermula dari 20 hingga 24 Februari 2019 dan di Da Men Mall (LGB1,Tingkat LG) dari 20 hingga 26 Februari 2019.


12 jenama DG Studio yang dimaksudkan adalah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab dan Team Green. Kesemua 12 jenama berkenaan mengkhusus kepada produk-produk gaya hidup tertentu, biasanya ditawarkan sebagai hadiah peribadi atau korporat dan premium. Apa yang menjadikan produk-produk ini berbeza adalah dari segi kreativiti, keunikan dan gaya terkini bagi produk untuk kegunaan harian pengguna.

“Kami berbangga menampilkan produk-produk gaya hidup Hong Kong kepada rakyat Malaysia, kerana kami percaya pasaran di Malaysia sudah bersiap sedia untuk menerima produk-produk yang bukan saja menepati fungsinya, bahkan mampu mencuit emosi. Kami yakin bahawa sesetengah produk yang anda nampak hari ini mampu menceriakan hati anda,” kata Hoh Jee Eng, Pengarah HKTDC Malaysia.

Dari Kiri: Venice Min (Social Media Influencer); Ms. Hoh Jee Eng – Pengarah HKTDC Malaysia; Mr. Michael Li, Co-founder Hong Kong Asia Distribution Ltd.; Eyka Farhana (Pelakon); Dahlia Shazwan (TV Host) bersama anak perempuannya, Freda.

Kak Bell juga berpeluang berkunjung ke Pameran HKTDC DG Studio di One Utama tempohari untuk melihat sendiri produk inovasi dari Hong Kong tersebut. Kesemua produk yang di bawa amat menarik dan sangat inovatif.  Jom ikuti lebih lanjut bagi maklumat tentang produk dan jenama yang dipamerkan.

1) Artiart
Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan perniagaan. Rekaan Artiart ini kreatif, unik, menyeronokkan dan juga berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup dengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor. Produk ini merupakan produk yang paling laris bagi syarikat Artiart.

Art-Deer Suction Bottle 

AR Elephant Suction Mug

2) Konstar
Konstar pula mengutamakan kepada peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah RedDot Design.

 Salad Master & Manual Juicer

Super Apple Peeler

“Saya masih sukar untuk mempercayai bahawa betapa pantas saya dapat mengupas epal dengan hanya menggunakan pengupas Super Apple Peeler ini. Produk ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja pada kerja yang biasanya mengambil beberapa minit untuk disiapkan. Super Apple Peeler ini menerima anugerah kehormatan Reddot 2014. Rekaan Salad Master yang turut meraih anugerah Reddot 2014 juga tidak kurang pintarnya. Apa yang saya pasti adalah saya tidak akan kembali kepada kaedah-kaedah lama yang konvensional!” kata Pengacara dan Personaliti TV, Dahlia Shazwan yang berkesempatan menunjukkan kaedah penggunaan produk tersebut.


3) Team Green
Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Team ini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Hadiah ini yang sudah tentu akan mampu mencetuskan kesedaran buat kita untuk menjaga alam sekitar.

 Produk Team Green

Jigzle 3D Wooden Puzzle Animal

4) Eco Concepts
Bagi aktivis alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan kehijauan bukanlah bermakna sesuatu yang membosankan. 

Bio Degradable Creative Mugs

5) Paris Garden
Bercakap mengenai pencinta kehijauan, Paris Garden menampilkan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak bercucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukkannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit menanam pokok herba daripada jenama tersebut adalah paling popular. Bolehlah menghasilkan kebun tanaman herba sendiri di rumah.



6) Hoobbe
Produk isi rumah oleh Hoobbe pula direka dengan cukup kreatif dan pintar, memadai untuk menjadi tajuk pembuka perbualan yang menarik ketika tetamu berkunjung ke rumah. Produk dari Hoobbe ini disuntik dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan. Peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server, sememangnya direka bagi membangkitkan minat dan mencetuskan senyuman pada sesiapa pun yang melihatnya.

Produk Hoobbe


7) Tea Lab
Mereka yang menyukai kerja-kerja halus dan seni, Tea Lab mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh amatlah menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut.

Tea Button Tea Helper

Tea Infuser

8) Hyone
Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan
bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris.

“Mini Selfie Stick Hyone dengan kawalan jauh bluetooth dan tripod mini ini banyak membantu bagi personaliti-personaliti Instagram seperti saya,” kata Venice Mini, seorang influencer media sosial.

Stand Firm Cup, Mini Selfie Stick-Bluetooth Remote, Chic Crystal Ring

9) Cardhoda
Penggemar teknologi pasti akan menyukai jenama Cardhoda iaitu produk rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium  yang digunakan bertujuan untuk menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab.

Card Protector Wallet, Aluminium Double Card Protector & Passport Holder

10) MH Blocks
Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowlloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak dibeli oleh orang ramai.


11) SOAP Studio
SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal B.Wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat figurin adiwira.

 B.Wing X Justice League

Grimlock, Wonder Women, Optimus Prime, Starscream

12) Kilovest
Bagi mereka yang tercari-cari sesuatu yang unik dalam barang-barang kegunaan harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport. Kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.

SiliBAG & Cardhoda

Produk-produk daripada 12 jenama di bawah DG Studio ini memang sangat menarik. Selain diperbuat daripada bahan-bahan terbaik dan kerjatangan yang berkualiti, kreativiti dan inovasi kesemua produk yang dipamerkan memang wajar untuk dihargai.


Kak Bell menang hadiah Instagram Contest! Gambar bersama Ms. Hoh Jee Eng – Pengarah HKTDC Malaysia dan Selebriti Malaysia

Bagi yang ingin mendapatkan produk-produk dari DG Studio, anda boleh terus diperolehi di outlet-outlet seperti berikut:
• Parkson Elite di Pavilion KL
• Parkson di 1 Utama Shopping Centre
• CM3 di Sunway Pyramid
• Times Bookstore di Pavilion KL
• Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
• Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang

PR by EverQuest
Website: http://www.everquest.com.my

CONVERSATION

2 comments:

  1. woaah apple peeler tu kalo dapat best tu =D

    ReplyDelete
  2. Akak suka tengok semua..comel2 sangat...apple peeler tu pun menarik

    ReplyDelete

Back
to top