Kerang Rebus Serai

Minggu lepas Kak Bell berjalan ke Starling Mall dan singgah makan di Uptown Lama Damansara. Dah lama betul tak datang sana. Bila dah sampai buntu pulak nak makan apa. Sebenarnya dah lama mengidam nak makan kerang rebus. Jadi orderlah kerang rebus. Memang meriah sungguh kerangnya sebab gemuk-gemuk.Sekali sampai rupanya dia rebus je dgn air panas ala style masakan Cina. Dalam hati sebenarnya teringin makan kerang singgang tu. Harga pun boleh tahan ye. Maklumlah harga kerang memang mahal.


Jadi nak balas dendam sebab tak taste dengan kerang rebus haritu, so Kak Bell buat kerang rebus. Dalam semingu ni dok citer nak buat kerang rebus, tapi kerang nya tak ada kat kedai. Singgah pasar malam tadi pun kekononnya jika ada yang jual kerang tapi non hado jugak. Terus ke kedai Acheh, manalah tahu ada pulak stok kerang harini. Hari ni memang nasib baiklah sebab ada kerang yang dijual. Btw, saiznya sangatlah kemetot ye. Pikir dua kali nak beli ke tidak. Ditanya harga kerang, katanya 1kg RM10 sekarang ni. Mahal ye. Akhirnya Kak Bell belilah agak-agak dalam semangkuk. Nak beli 3 kg siapalah pulak yang nak telan. Maklumlah tinggal Kak Bell dengan kucing je kat rumah ni kan. 


Kebiasaannya, orang masak kerang rebus atau kerang singgang ni masukkan bawang, garam dan serai. Masak sampai kerang dah terbuka, tersenyum dah boleh angkat dan makan. Ada juga yang rebus air hingga mendidih dan hanya curahkan atas kerang yang telah dibasuh bersih. Teknik yang nilah diguna kot masa Kak Bell order kerang tempohari. Kak Bell makan sikit je haritu sebab kembang tekak sebab ada kerang yang tak masak. Kalau macam ni memang Kak Bell tak lalu makan. Lagi prefer yang rebus betul-betul. Jom tengok bahan dan nak buat macam mana.

Bahan-bahan
1 mangkuk kerang
1 labu bawang besar (hiris)
2 labu bawang putih
2 batang serai (dititik)
1 biji lada merah
Garam secukupnya
Sedikit air


Cara memasak:
1) Masukkan kerang yang sudah dicuci bersih dalam periuk. 
2) Masukkan bawang besar, serai, lada merah, garam dan sedikit air.
3) Masak bahan dengan periuk bertutup.
4) Biarkan masak sampai kerang terbuka.
5) Tutup api dan sedia di makan.

Untuk kerang tu kena cuci dengan bersih. Ada banyak tips cara untuk basuh kerang. Ada yang gunakan garam+ais, air basuhan beras dan lain-lain. Kak Bell cuma rendam je dengan garam dan asam jawa/asam keping then bilas 3-4 kali hingga bersih. Kalau kotor sangat, bolehlah guna sabut atau berus. Kalau dah dekat kota ni manalah nak cari sabut kelapa kan. Pakai berus sabut lah yer. 


Korang juga boleh tumis dahulu bahan-bahan hiris tadi sebelum masukkan kerang. Ikut kesukaann masing-masing.Kalau gigih bolehlah buat sambal kicap atau sambal cuka. Dah pun siap. Sebab mengidam punya pasal kan.

CONVERSATION

2 comments:

  1. Akak kalau bab kerang memang kena betul2 teliti..kadang ada kedai aceh jual bila sampai rumah dah rebus semua busuk..geram jer kadang2..sebab tu kalau kerang akak suka beli kat pasar basah..beli yang masih hidup terbuk2 kulit dia tu..lambatnya orang cina meniaga semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..tu pun mcm ada bau busuk. Rendam air asam br lah ok.

      Delete

Back
to top