Penang Trip - Day 3

01/01/2019
Hari ni merupakan hari terakhir berada di Pulau Pinang. Pagi tu kami check-out awal pada jam 11 pagi sebab nak explore ke Bukit Bendera. Bak kata orang dah sampai ke Pulau Penang mestilah kena jejakkan kaki ke Bukit Bendara (Penang Hill). Selepas serahkan kunci kepada tuan rumah, kami bersarapan pagi dahulu kat Hutton Lane. Hutton Lane ni terkenal dengan Roti Bakar dan Nasi Dalca. Perjalanan dari apartment kami pun tak jauh. Cuma ambil masa dalam kurang 15 minit.


Kedai roti bakar yang terletak di Hutton Lane, George Town ini merupakan salah satu tempat sarapan terkenal di Pulau Pinang. Kedai Roti Bakar Hutton Lane ni dibuka seawal jam 5.30 pagi. Masa sampai memang dah penuh dengan orang ramai nak sarapan. Nasib baiklah beratur tak lama dan dapat tempat duduk. Untuk parking of courselah penuh, so kena pepandailah nak hidup yer.

Hotel Majestic di Hutton Lane


Pagi tu semua order roti bakar telur goyang dan bestnya ada pelbagai jenis roti bakar yang boleh korang order. Ada roti bakar biasa dan seterusnya lah dengan telur goyang, cheese atau kaya. Kalau korang nak tahu roti bakar kat sini dibakar menggunakan arang.


Kitaorang cuba menu Roti Bakar Telur Goyang Cheese dan Roti Bakar Kaya Cheese. Roti bakar kat sini memang best dan Kak Bell rating 8/10. Memang sedap sangat makan dengan telur goyang tu! Tempoh penyediaan pun cepat dan tak perlu menunggu lama. Bagi yang datang Georgetowm, Kak Bell recommended korang datang sarapan pagi kat sini. Pasti tak mengecewakan. Rugi pulak tak cuba sekali Nasi Dalca kat sini. Hmmm. Next time ke sini lagi mesti nak cuba nasi dalca di Hutton Lane.




Lepas sarapan, kitaorang teruskan perjalanan ke Bukit Bendera. Jarak lebih kurang 12KM dan ambil masa dalam 30 minit. Nanti korang boleh parkir kereta di Penang Hill Multi-storey Car Park (Tempat Letak Kereta Bukit Bendera) yang berada bersebelahan dengan stesen Bukit Bendera. Harga parking pun ok, RM2 untuk jam pertama untuk hari biasa dan RM3 untuk weekend dan hari Kelepasan Am. Subsequent hour RM1.


Dah masa kami pergi ni pun time holiday, jadi memang ramailah manusia naik ke Bukit Bendera. Selain rakyat tempatan, ramai juga pengunjung dari Indonesia. Maklumlah, jika dari Medan ke Pulau Penang pun cuma ambil masa sejam aje melalui flight. Haritu kami tak beratur lama menunggu lama selepas membeli tiket. But kena tunggu jugalah turn nak naik tren ke Bukit Bendera. Untuk pemegang MyKad harga tambang ialah RM10 dan RM40 bagi bukan warganegara. Btw, kalau malas nak tunggu, boleh lah beli tiket fast lane yang berharga RM30. Masa nak naik tren tu memang berebut lah uols sebab malas nak tunggu next tren. Memang penuh koc tren dalam satu-satu masa tu. Waktu tren berlepas adalah pada setiap 30 minit dan tempoh masa sampai atas dalam lebih kurang 5-7 minit. Perkhidmatan tren ni start dari jam 6.30 pagi hingga ke jam 11 malam (tren terakhir). Nak best duduk koc depan lah, boleh tengok permandangan.


Stesen Penang Hill

Puncak Bukit Bendera

Bukit Bendera ni terletak di ketinggian 833M dari aras laut. Lepas sampai korang akan nampak menara tinjau (viewing deck). Dari atas ni, boleh lihat pemandangan Pulau Pinang. Cuaca hari tu baik dan cerah dan boleh nampak jelaslah menara KOMTAR, jambatan Pulau pinang dan lain-lain.



Lepas berada di menara tinjau, korang jalan depan sikit akan jumpa Strawberry Farm dan Observation Area. Jika nak tengok lebih dekat kawasan Pulau Pinang boleh tinjau guna teropong warna-warna kat sini. Disebelah kiri pula ada Strawberry Farm dan juga Little Village Penang Hill. Kedua-dua tempat ni kitaorang tak singgah dan terus jalan ke Dataran Bukit Bendera. Korang juga boleh melawat ke The Habitat, iaitu tarikan baru Bukit Bendera. Disebabkan kesuntukan masa, kitaorang tak terjah lah kesini. Btw, ada caj masuk lain lah ke sini.



Di kawasan Dataran Penang ni ada Owl Museum, Cliff Cafe, Love Lock area dan model keretapi lama Bukit Bendera. Bagi korang yang nak tinggalkan memori kat sini, bolehlah beli mangga kunci lepas tu tulislah nama buah hati pengerang jantung korang tu. Kekononnya lah nak fefeling macam kat Korea atau Jepun tu kan! Simbolik cinta katanya, hujung-hujung non hado! Apapun Kak Bell doakan yang terbaik untuk kebahagiaan korang kay! Muah!


Sesudah bergambar kat sini, kitaorang lepak makan di Cliff Cafe. Masa kat atas dataran kunci tu memang dah panas. Turun ke kafe barulah rasa sejuk sikit. Kat sini ada banyak kedai pilihan makanan. Kitaorang cuba laksa Penang dari 2 buah kedai berbeza dan juga ais krim mangga. Sedap kan nampak laksa ni? Btw, rasanya bias-bias sahaja. Bak kata Kak Senduk rasanya Najwa Latip aje ye. Seriously memang Kak Bell rasa tak ada 'wow factor' pun laksa tu. Then, rasa ralat dah sampai sini tapi tak sempat nak makan pasembor. Nasib baiklah ais krim mangga tu penyelamat keadaan. Bebola lutsinar tu perasa mangga, seronok sangat bila dia meletup dalam mulut. Harga okla boleh tahan. Tak ada lah harga Yahudi sangat. Hahaha.




Lepas makan, bersiap untuk turun dan pergi airport. Sepanjang 3 hari ni, kitaorang cuma topup balik minyak kereta RM34 je bagi full tank balik sebelum pulangkan. Kitaorang pulangkan semula kereta pada jam 3 petang dan tunggu flight ke KL pada jam 5 petang. Tamatlah kisah 3D2N di Penang bersama gadis-gadis Sunsilk. Next kalau ada masa ke Penang lagi mesti nak lawat tempat-tempat menarik yang lain. Okay lah korang tunggu Kak Bell up post pasal Pulau Perhentian pulak. Bilalah aku ada masa nak tulis ni yer. Hikss. Kay Bye!

CONVERSATION

3 comments:

  1. "Wow faktor" laa kak bell. Bukan "wow actor". Kalau my mom di kampung, dia tak cakap rasa biasa2. Usually dia akan cakap rasa sial. Hahaha. Very bad kan? Tapi to be honest, itu lah rasa laksa itteww. Please, nak menjual, buat lah sedap2. Jangan sekadar nak cari duit dan melepaskan batuk di tangga. Orang akan mengata. To kak bell readears, memang tak sedappppp!!!!! I ate char kuey teow. Pun sama. Takde kerang. Udang lama. Ada 2 jeh. Hmmmm entah lah. Since tourist spot. Maybe seller dont care cos they know everyday memang orang akan beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2,3 kali baca br jumpa kat mana typo tu. Hehe. Tertinggal pula huruf F yer. Btw, rasa sial tu takut kita dengar. Habisla kena cerca kalau tak sedap ek?

      Delete
  2. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete

Back
to top