Penang Trip - Day 2 (Part 2)

31/12/2018 (Part 2)
Hi Korang! Sekarang Kak Bell sambung untuk perjalanan sesi petang ke KOMTAR. Asalnya plan hari ke-2 nak berjalan-jalan ke sekitar Teluk Bahang, Batu Ferringhi, dan Botanical Gardens. Disebabkan plan hari pertama nak cover Georgetown not accomplished, so weols bawa ke hari kedua lah. Tema percutian kali ni memang santai dan rileks which is memang kitaorang takde betul-betul plan and schedule a fixed time to follow. Rushing-rushing pun tak best kan?

The Gravityz

Dari The Blue Mansion ke KOMTAR jaraknya adalah lebih kurang 1.2KM-1.5KM (ada 2 jalan berbeza) dan ambil masa kurang 10 minit perjalanan dengan kereta, bergantung kepada keadaan trafik. The best is, ikut sahajalah arahan En. Waze yang pandai cari jalan tak sesak ke destinasi tujuan. Kami sampai  di KOMTAR dalam jam 12PM dan terus ke tingkat 5 untuk naik ke The Top Penang. Kereta kitaorang parkir di bawah KOMTAR dengan caj RM10 per entry. Btw, tempat parkir agak terhad kat sini. Mungkin korang boleh cari alternatif lain untuk park kereta. Untuk petang hari kedua, kami hanya habiskan masa sepenuhnya kat sini. So it will be a long partial entry yang akan continues sampai part 4 ye!


Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) ni satu ketika dulu merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang. Dinamakan bersempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 Tun Abdul Razak. Bangunan ini berbentuk segi 12, ada 65 tingkat dengan ketinggian 232M (761 ft). Then, pada tahun 2015, bangunan KOMTAR ditambah 3 tingkat lagi mencecah ketinggian baru 249M (817 ft) dengan jumlah baru 68 tingkat. Apa yang menarik sekarang di KOMTAR ialah indoor theme park, The Top Penang yang telah dibina pada 2016. Kak Bell pujilah usaha kerajaan Pulau Pinang revitalise semula KOMTAR ni untuk tarikan orang ramai berkunjung ke sini.


Pada awalnya tak bercadang nak masuk ke The Top Theme Park ni, but rasa rugilah pula sebab bila masa lagi nak ke Penang kan. So, kami decided samaada nak beli full pakej RM74 atau pakej RM45. Harga ni merupakan harga promosi. Kalau ambil pakej RM45, hanya boleh pergi ke Rainbow Sky Walk di tingkat 65 & 68 sahaja berbanding The Top Fun Pass yang boleh keluar masuk 12 tempat permainan sesuka hati sampai korang muak. Dah alang-alang sampai, kitaorang ambik pakej full RM74. Btw, tak semua tempat pun kitaorang explore. Kitaorang cuma pergi ke Observatory Deck, Rainbow Skywalk, 7d Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Musical Carousel, Magic Mirror Maze, Jurassic Research Centre, Jelly Bump dan TOP Boutique Aquarium. Semua tempat ni akan Kak Bell kongsikan dengan korang nanti.


Untuk pemegang MyKad harga masuk adalah berbeza dan lebih murah. Murah tak murah, dekat RM100 jugalah bayaran masuk nye. Korang boleh rujuk bawah ni untuk harga The Top Fun Pass (multiple entries) dan The Top Rainbow Skywalk (single entry).


Firstly, korang akan di bawa ke tkt.65 dahulu di Observatory Deck. Korang akan di sajikan dulu dengan video sejarah KOMTAR sebelum terus ke dek pemantauan. Bagi yang sukakan aktiviti flying fox atau high-rope sports bolehlah cuba The Gravityz yang berada di luar tingkap Observatory Deck ni. The Gravityz ni mula dibuka pada Februari 2018 dan merupakan "The World Highest Ropes Course Challenge" dengan kepanjangan talinya 90M (300 ft).  Agak-agak berani tak korang nak main benda alah ni? Kak Bell memang idokle nak mencuba, maunya pitam dibuatnya. Nak bergambar atas lantai kaca ni pun menggigil lutut dibuatnya!


Di sepanjang tingkap di dek pantau ni juga ada ditulis info kawasan popular sekitar Georgetown yang dilukis terus ke arah kawasan yang dimaksudkan. So, korang boleh menikmati panorama permandangan bandar George Town dari tingkat 65 KOMTAR.


Nice view of Georgetown


Selepas pusing-pusing di tingkat 65, korang akan di bawa pula menaiki elavator ke The TOP, Tingkat 68. Walaupun cuaca panas, tetap gigih sebab tak kuasa nak turun naik balik masa dah petang. Atas ni korang boleh bergambar di Luckiest Chair In The World dan Wishing Pot. Selain tu, tak lain tak bukan mestilah nak cuba sendiri berjalan di Rainbow Skywalk. Jadilah, Kak Bell bergambar ala-ala kat laluan kaca ni. Masa hari tu, suasana kat atas ni agak sibuk sikit sebab dorang tengah get ready untuk counting New Year 2019.


Luckiest Chair In The World

Wishing Pot

Rainbow Skywalk ni merupakan jambatan/laluan kaca sepanjang 16 meter dan merupakan glass skywalk melengkung yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Laluan laluan kaca berbentuk U atau berbentuk ladam kuda ni dibina dari bahan kaca yang sama seperti Grand Canyon Skywalk dan direka untuk menampung berat badan sebanyak 16 orang dewasa. Nanti, sebelum lalui laluan kaca ni, korang kena pakai sarung pada kasut masing-masing. Jadilah, berjalan dalam 20 saat semata-mata untuk bergambar. Lagipun ramai sangat orang dah beratur. Ada juga ye sampai baring-baring kat situ. Gayat wei!

Rainbow Skywalk



Dah selesai sesi photoshoot gadis-gadis Sunsilk ni, kitaorang lepak lah kejap membasahkan tekak di Cococabana Bar & Bistro minum air kelapa sesambil menikmati panorama sekitar Georgetown. Kitaorang pun sempat disapa oleh pengurus restoren untuk parti New Year kat atas KOMTAR malam harinya but, ada bayaran lain la akan dikenakan. Mesti meriah kalau dapat menikmati suasana malam kawasan sekitar Georgtown dari KOMTAR kan. Anyway, kitaorang dah plan untuk sambut New Year di Paragorn Mall sebab dekat dengan rumah. Hehe. 


Untuk makanan kat Cococabana Bar & Bistro memang a bit pricey. Kalau korang tak nak makan kat sini, bolehlah makan di Tingkat 5. Ada banyak tempat pilihan makanan seperti MarryBrown, OnlyMee, Japan Food Street, Italian Job Pizzaria, Umi Authentic Malay Cuisine dan lain-lain.

Cantik kan deco Restoren Umi Authentic Malay Cuisine

Then lepas selesai kat sini, kitaorang turun semula ke Tingkat 5 untuk tawaf permainan yang ada. Ok, selesai dah bahagian ke-2. Kita sambung esok na. Tired! > Penang Trip - Day 2 (Part 3) 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top