Penang Trip - Day 2 (Part 1)

31/12/2018 (Part 1)
Malam semalam tidur kurang nyenyak. Ms Faye dan Dania, asal letak kepala terus boleh terlelap. Tinggallah Kak Bell dengan Ms Sherry terkebil-kebil melayan Insta. Line internet dalam bilik pun agak lembab. Dahla kitaorang ni memang jenis susah sikit nak tidur malam. Walau kurang nyenyak, still masih dapatkan rehat yang cukup sebab dah masuk tidur awal dari kebiasaan.



Untuk plan hari ke-2, berjalan sekitar Georgetown World Heritage Sites melawat The Blue Mansion, Peranakan Mansion Baba-Nyonya, Little India, Armenian Street dan KOMTAR. Jika dari tempat penginapan di Sri Tanjung Pinang ke arah Georgtown jaraknya dalam 4KM dan cuma mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan. Cuaca pun baik dan cerah. Kitaorang parkir kereta berdekatan dengan The Blue Mansion dan berjalan kaki di sekitar kawasan menarik di sini. Untuk pengetahuan, korang kena beli kupon parking Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk meletak kenderaan, kecuali pada hari Ahad. Jadi, kitaorang dapatkan kupon parkir harian di kedai serbaneka 24Xpress berdekatan dengan Hotel Modern di Lebuh Muntri. Harganya RM6 sekeping. Nanti korang boleh Google tempat jualan kupon parkir ni atau lebih mudah tanya sahaja orang tempatan.


Misi mencari sarapan pagi pun bermula. So, dari Cheong Fatt Tze-The Blue Mansion kami ke Restoren Roti Canai Jalan Argyll dalam jarak 450M dan mengambil masa dalam 6-7 minit berjalan kaki. Pagi tu, memang teringin betul nak makan roti canai dan nasi lemak. Dari jauh dah nampak pengunjung dah mula beratur. Dalam hati, nak sarapan pagi pun beratur ye kat sini. Jangan ingat dah sampai korang terus boleh duduk dan order makanan sebab restoren full house! Kena tunggu turn table kosong ye. Disebabkan terlalu sibuk, sampaikan pengunjung Negro perempuan ni, angkat meja lipat tu set-up meja  makan sendiri. Alhamdulillah kitaorang tak menunggu lama, dapat table kosong port pulak depan kipas. Sesungguhnya walaupun pagi, cuaca amat panas. Memang giat kelenjar peluh i!


Pagi tu masing-masing order roti canai dan roti telur dengan kari ayam, kari daging dan kuah dal. Minuman pula order sama jenis ye sebab mak cik tu kata senang dan cepat. Tanpa berfikir panjang, memang order air sama je sebab tak larat nak tunggu lama-lama. Haha. Makanlah kitaorang dengan jayanya.Kalau korang nak tahu harga makan pagi kitaorang mencecah RM50 yer! Punyalah terkejut. Mana taknya ayam 2 ketul dan daging 5 potong tu membuatkan caj mahal. Then ada berlaku kekeliruan sebab yang ambil order orang lain dan kira pulak orang lain. Kemudian datang pekerja restoren cakap yang kami tak bayar habis untuk daging. Walhal kitaorang dah habis makan, bayar dan dah berada di luar kedai ye. So, malas nak banyak cerita, bayarkan sahaja. 


Lepas Kak Bell baca review rupanya ada yang komen telah dicaj RM105 untuk 6 biji telur, 6 plain prata, 1 lamb curry, 1chicken curry + 4 drinks. Boleh pergi Haji balik hari weyyy! Pilihan lain korang juga boleh nak sarapan di Transfer Road Roti Canai but katanya roti canai di Jalan Argyll lebih sedap. Ikutlah tekak masing-masing. For me, the taste is biasa-biasa saja.


Tutup cerita sarapan mahal tadi, terus ke destinasi seterusnya ke Cheong Fatt Tze-The Blue Mansion. Dekat kawasan ni, memang banyak mural-mural menarik. Btw, kitaorang cuma sempat singgah bergambar di kedai pertama Datuk Jimmy Choo. Yang lain-lain tu dah tak larat nak carik sebab panas. 

Datuk Jimmy Choo Sculpture, Muntri Street. Started his apprenticeship here.

Suka corak tile!

The Blue Mansion ni berada hanya 1 km dari Terminal Bas Komtar dan berjarak 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Ianya merupakan lokasi kegemaran pengunjung di Tapak Warisan UNESCO Georgetown. Di dalam kawasan rumah besar gaya rumah Cina ni juga ada menawarkan hotel penginapan butik. Sampai di Blue Mansion, pengunjung sudah mula beratur. Take note ye semuanya kena beratuqq sebab orang memang ramai. Nak buat apa benda kena beratur panjang. Btw, it is good right? Berdisiplin gituh. Fee masuk adalah RM16 (dewasa) dan RM8 (bawah 12 tahun). Pada setiap hari, akan ada 3 sesi Guided Tour selama 45 minit iaitu pada jam 11AM, 2PM dan 3.30PM.


The Blue Mansion Wiki
The Cheong Fatt Tze Mansion is a government gazetted heritage building located on Leith Street in George Town, Penang, Malaysia. The mansion's external decorations and indigo-blue outer walls make it a very distinctive building, and it is sometimes referred to as The Blue Mansion. Built by the merchant Cheong Fatt Tze at the end of the 19th century, the mansion has 38 rooms, 5 granite-paved courtyards, 7 staircases, and 220 vernacular timber louver windows. It served as Cheong's private residence as well as the seat of his business activities in Penang.



Ruang dalam rumah besar ni memang sangat besar, luas dan dilengkapi dengan deco hiasan dalaman bercitarasa tinggi dengan kelengkapan barang antik. Rumah ni juga di bina dengan menitik beratkan elemen Feng Shui. Di dalam rumah ni juga ada digantung satu potret besar memang sebijik macam dalam cerita Cina.



Kalau korang nak tahu Cheong Fatt Tze yang berasal dari Cina ini ada 8 orang isteri dan rumah agam biru ni didedikasikan buat isterinya yang ke-7. Semua harta peninggalan Chong Fat Tzee ni hanya diberikan kepada anak lelaki wife dia yang ke-7. Mesti bini-bini dia yang lain stress kan. Btw, kita pun tak tahu apa kejadian sebenar di sebaliknya. Mungkin ada maklumat dalam wasiat ni.



Ni, korang layankan ajelah gambar-gambar di dalam Cheong Fatt Tze Mansion. Kalau korang menyinggah ke sini, bolehlah lihat dengan lebih detail ciri binaan dan ukiran rumah agam ni.




Cantik tingkap klasik macam ni. 
Siapa dok baling batu kat tingkap umah i ni!!! 😂😂

Tengah pelawat sibuk dengar taklimat, Kak Bell pun sibuk photoshot kat tangga ni. Pekerja tu pun cakap "baik you pergi dulu ambil gambar, nanti ramai orang!" Kak Bell pun apa lagi, terus panjat tangga bergambar dari atas. Lepas tu ada pulak yang tiru kita hokkay! Tiberr. Kalau dapat shot pakai kamera power dengan khidmat jurugambar profesional, agak-agak persis model tak gambar Kak Bell? Berangan ke tidak, walhal nak posing pun tak pandai.

Buat apa la korang berkumpul kat laman umah i ni. 
Datang nak meminang i ke ni? 😆

Apa la yang korang buat kat bawah tu ha! 
Tunggu jap lagi mek turun!

Kalau ikutkan memang banyak lagi tempat yang boleh dilawat kat kawasan ni. Disebabkan masa pun dah tak cukup, kitaorang terus ke KOMTAR. Next time kena plan sehari untuk berjalan-jalan di Tapak Warisan UNESCO Georgetown ni. Okay baru habis sesi pagi, kegigihan untuk sesi petang pulak. Kalau larat, Kak Bell sambung kay Penang Trip - Day 2 (Part 2)

CONVERSATION

4 comments:

  1. Yeaaaa! X sbr nk tunggu sesi ptg lak. Hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh cepat ye baca. Kita sakit bahu and otak ni. Hahahaha. Btw, thanx singgah.

      Delete
  2. Seronok baca. Yes, a bit pricey our breakfast kan? I think the negro girl that ms bell mentioned tu bukan negro. She is indian. The guy as well. Ye laaaa "beratur" adalah memamg salah satu acara di Penang. Ekekeke. Talking about cheong fatt tzea ni... dia ada left Will. I wonder why his estates diberikan kepada anak lelaki wife dia yang ke7. Hmmmmmmm... family matter. Wife dia yg ke7 tu fashionista hocayyy.

    ReplyDelete
  3. bestnya bercuti :)

    https://aerillhassan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Back
to top