Asma Pada Kucing (Feline Asthma)

Hi Korang! Pada minggu lepas 23hb Januari, Kak Bell pergi ke klinik Veterinar Bangsar untuk dapatkan ubat asma Cik Putih. Sebelum ni Kak Bell ada kongsi pasal Cik Putih kena asma. Btw, diagnosis tu dibuat tanpa pengesahan melalui proses X-ray (radiografi) dan cuma buat check-up biasa dan Cik Putih makan ubat yang diberi. Jadi, harini Kak Bell nak cerita tentang susulan penyakit Asma pada Cik Putih. Kalau nak baca episod lepas, korang boleh baca kat sini > Kucing Pun Ada Penyakit Asma?


Cik Putih mula sakit sejak pertengahan 2018. Dia mula dengan simptom batuk berterusan, wheezing dan kesukaran bernafas, tak ada selsema cuma hidung berair (kadang-kadang). Dalam tempoh tu, dah pergi rujuk klinik vet untuk ubatan sebanyak 3 kali tanpa buat X-Ray. Ubatan yang diberi ialah Anti-inflamatori dan 1 lagi jenis ubat (Kak Bell lupa namanya). Kali terakhir berkunjung ke Vet Bangsar adalah pada Ogos 2018 dan bekalan ubat tahan sampai bulan Jan. So, dalam tempoh masa lebih kurang 6 bulan tu, kondisi Cik Putih ok dan jika ada sakit baru Kak Bell beri ubat tersebut sampailah stok ubat habis. Kiranya sakit dia tu on-off lah. Masa memula pergi, Kak Bell singgah Vet untuk beli ubat tetapi Vet minta bawa Si Putih untuk pemeriksaan. Untuk peringatan korang, kalau meow ada masalah, sakit, tak kiralah sakit yang berulang, kes kecik atau besar, mesti nak kena bawa kucing sekali untuk check-up. Because evaluation mesti nak kena buat sebelum doktor preskripsi ubat.


Then, Kak Bell datang semula ke klinik vet untuk pemeriksaan Cik Putih. Time tu dia ada sedikit demam dan vet beritahu tak boleh nak bagi steroid (ubat sebelum ni) sebab akan effect meow. Untuk visit tersebut, Vet bekalkan multivitamin, ubat batuk dan bronchodilators (Neulin SR125) untuk 5 hari. Vet nak pastikan Cik Putih sihat dahulu dari demam sebelum proceed untuk ubat steroid. Sepanjang 5 hari tu, hari-hari Cik Putih akan batuk-makan ubat-ok dan memang Kak Bell bagi ubatan dan multivitamin setiap hari seperti diarahkan. Btw, untuk hari ke-5 dah makan ubat masih tak ok dan nampak sakitnya agak teruk.


Kisahnya, semalam 29/1/2019. Sampai rumah lepas kerja dalam jam 7.30 malam dan nampak Cik Putih batuk dan wheezing. Kiranya hari ini hari last lah ubat yang vet bagi. Kak Bell bagi ubat dan lepas 30 minit CIk Putih masih tak ok dan jadi lebih teruk. Kak Bell dah mula risau sebab nampak dada dia berombak sampaikan dah terbaring susah nak bernafas. Nak bawa ke vet dah tentu semua klinik vet dah tutup dan pilihan terakhir adalah dapatkan rawatan ke klinik vet 24-jam. Dahla hujung bulan dan kalau pergi vet 24-jam sah-sahlah harganya akan mahal dari harga biasa. Bila teringat Dexter yang tak sempat pergi vet tempohari buat Kak Bell trauma, so terus google vet-24 jam, minta bantuan dan pendapat kawan-kawan yang ada bela meow.

So sad!

First Kak Bell consult Gasing Veterinary Clinic but masa tu memamg dah hampir jam 8.30PM dan waktu klinik tu tutup. Nak bawa ke Jalan Tun Razak, agak jauh dan memandangkan jalan sangatlah sesak sebab hujan. Nak dibiarkan memang tak sampai hati. Cuba kalau manusia yang kena asma pun dah susah nak bernafas, apatah lagi kucing yang tak boleh bercakap dan buat apa-apa kan. Then Kak Bell usaha lagi cari contact if ada vet-24 jam atau in house doc yang boleh bagi rawatan. Akhirnya alhamdulillah dapat call vet untuk bawa si Putih dengan bantuan Kak Hui Lee. Lepas deal, kemudian sorang lagi rakan blogger, Kak Hanny Abdullah informed yang kawan dia Jann Govin dah contact vet Gasing dan suruh bawa Cik Putih terus ke sana. Disebabkan faktor masa, Kak Bell batalkan temujanji dengan Vet awal tadi dan terus ke Klinik Vet Gasing.

X-Ray Dan Rawatan
Kak Bell sampai Gasing Vet kurang 15 minit, nasib baiklah jalan dah tak jammed. Lepas bincang dengan veterinar bertugas, Kak Bell decide untuk proceed dengan X-Ray. Menurut doc, terdapat 2 kemungkinan Cik Putih sakit Feline Asthma atau Cat Pneumonia (keradangan paru-paru kucing). Jadi, memang perlu buat radiografi untuk sahkan penyakit dia. Then, proceed terus dengan X-ray sebab kalau kena radang paru-paru, kesemua kucing di rumah pasti akan berjangkit juga. This is bad kalau kena Pneumonia.

After X-ray dan ujian darah, vet cakap Cik Putih kena Feline Asthma. Korang boleh tengok perbezaan x-ray dada kucing yang ada asma akan nampak bronchiol pattern, nampak berselirat alveolus paru-paru meow. Kalau normal akan nampak hitam je, tak ada urat-urat halus warna putih tu.

Normal (sumber Google)

 Feline Asthma (sumber Google)

Untuk blood test, nampak bacaan White Blood Cell (WBC) dan bacaan Platlet darah tak normal. Kalau sakit, memang bacaaan platlet akan tinggi lah sebab nak lawan bakteria.


Banyak lagi info yang diberikan oleh vet, tapi nak terangkan pun Kak Bell takut salah sampaikan pula. Selepas rawatan, Cik Putih diberikan suntikan. Untuk suntikan tu, Kak Bell kena monitor sehingga esoknya dan tengok Cik Putih ok atau tidak dengan ubat tadi. Jika ok, Kak Bell akan teruskan dengan ubat asma Prednisolone seperti arahan doktor. Ubatan yang dibekalkan ialah Baytril 50MG, Prednisolone 5MG dan Theolin 200MG,. Semua ubat asma ye. Kak Bell tulis siap-siap supaya esok-esok senang nak rujuk nama ubat. Hehe.


Lepas rawatan, nampak Cik Putih dah pulih. So, malam tadi dia tidur sekali lah sebab just nak monitor keadaan dia walaupun mungkin Kak Bell akan tertidur mampus terus tak sedar kan. Tapi selalunya, mesti akan terjagalah. Kesiannya tengok dia kan. Yang penting dah selamat. Lega sikit hati.



Sampai waktu ni, Kak Bell dah balik kerja, keadaan Cik Putih stabil dan normal. Alhamdulillah sangat. Proceed untuk bagi ubat macam biasa ajelah. Semalam sampai jam 12AM jugalah baru sampai ke rumah sebab hujan sangat lebat. Terima kasih atas bantuan Kak Hui Lee, Kak Hanny, Jann Govin dan juga Alista Pet Shop semalam. Kak Bell hargai bantuan anda semua. Kak Bell nak bagi dia makan ubat sekarang. Muahhhh.

CONVERSATION

3 comments:

Back
to top