Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers 2018 di Suria KLCC

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja sudah sampai ke penghujung tahun. Semua maklum jika di hujung tahun cuti persekolahan pun turut bermula selain tawaran promosi membeli-belah seluruh negara! Menariknya musim perayaan Krismas juga tidak lama lagi menjengah tiba. Setiap kali ketibaan perayaan besar di Malaysia, tentunya pusat membeli-belah terkemuka di seluruh negara mempamerkan semangat perayaan yang erat melalui tema dan dekorasi indah sempena menyambut kedatangan musim perayaan. Kak Bell juga seronok berkunjung ke pusat membeli belah di ibu negara untuk melihat pelbagai idea dekorasi yang berbeza dan menarik yang ditampilkan.


Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers
Berkesempatan ke pusat membeli belah Suria KLCC baru-baru ini, ruang legar utama Suria KLCC berubah menjadi sebuah pekan flora poinsettia, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni berserta perhiasan kristal dan pokok krismas bersempena kedatangan perayaan Krismas 25 Disember ini. Tahun ini, Suria KLCC menampilkan tema Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers dimana pekan kecil ini dijaga dijaga rapi oleh tentera Nutcracker berwarna-warni. Kempen perayaan ini telah bermula dari 23 November hingga 25 Disember 2018 buat pengunjung pusat membeli belah terkemuka ini.


Ruang legar pekan flora poinsettia

Perhiasan Krismas tahun ini

Pokok Krismas Tertinggi Di Malaysia
Pengunjung ruang legar di bahagian taman pusat beli-belah Suria KLCC tentunya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di pokok Krismas gergasi berketinggian 100 kaki yang berlatarkan Menara Berkembar Petronas. Suria KLCC masih kekal memegang rekod untuk “The Tallest Christmas Tree in Malaysia” disahkan oleh Malaysia Book of Records yang sejak tahun 2015. Tahun ini pokok Krismas gergasi di kawasan Esplanade KLCC ini dijaga oleh 2 tentera Nutcracker gergasi disamping beberapa tentera Nutcracker lain yang berada di pintu utama bagi menyambut pengunjung yang hadir ke Suria KLCC. Kesemua dekorasi tersebut akan akan dipamerkan sehingga 2 Januari 2018.

Twinkle twinkle, little star. Christmas tree lights are my favorite

Jom lihat di antara spot menarik untuk anda abadikan momen indah kemeriahan Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers di Suria KLCC tahun ini. 





Tentera nutcrackers yang menjaga pintu masuk esplanede KLCC


Jadual Persembahan Christmas Special (24 Nov – 25 Dec 2018)
Bersempena musim perayaan Krismas di Suria KLCC, pelbagai aktiviti menyeronokkan dan persembahan akan diadakan sepanjang tempoh sambutan. Para pengunjung boleh menikmati persembahan balet, marching band dan juga Christmas carolling. Kemeriahan Krismas pastinya tidak lengkap tanpa kehadiran Santa. Buat kanak-kanak mereka akan  berpeluang untuk bertemu Santa di sesi meet & greet di ruang legar utama KLCC. Paling menarik, Santa juga akan turut memberikan lolipop untuk kanak-kanak pada sesi tersebut.


Untuk jadual persembahan sepanjang tempoh kempen anda boleh rujuk di > http://bit.ly/WhimsicalChristmasPerformances

Kempen Amal Bersama Hospis Malaysia
Seperti kebiasaannya, Suria KLCC tidak lupa menghulurkan bantuan dan berkongsi kegembiraan bersama golongan yang memerlukan. Bersempena Kempan Whimsical Christmas ini, pihak Suria KLCC berkerjasama dengan Hospis Malaysia melalui kempen yang dinamakan ‘Speak Up – There’s an Elephant in the Room’. Kempen 'Speak Up' ini adalah bertujuan memberi inspirasi dan bantuan khidmat nasihat kepada pesakit (life-limiting illness) dan ahli keluarga pesakit untuk berkongsi pengalaman dan paling penting berkongsi penderitaan bagi meringankan beban dan meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit yang menghadapinya. Kempen ini bermula pada 9 Disember 2018.


Selain itu, pengunjung juga boleh memilih untuk menyumbang RM15 melalui penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti melukis muka dan lengan. Aktiviti untuk kanak-kanak ini akan diadakan di Tingkat 3, berhadapan kedai Puma dan pintu masuk Isetan pada tarikh 9, 16, 22 & 23 Disember 2018. Kempen ini menyasarkan untuk mengutip RM10,000 jumlah derma melalui derma secara terus dari para pengunjung bermula dari 23 November- 2 Januari 2019.


Membeli Belah Dan Tebus Ganjaran
Untuk tahun ini, Suria KLCC ditaja oleh Citibank dan De Beers untuk pengunjung menebus ganjaran eksklusif keatas setiap pembelian.

  • Pemegang kad VISA Citibank yang berbelanja minimum RM 1,000 dalam satu resit akan menerima hadiah misteri dan flat rate tiket parkir kereta Suria KLCC bernilai RM10. Ganjaran ini adalah untuk setiap hari bagi 30 pelanggan pertama pemegang kad VISA Citibank.
  • Manakala untuk pembelian sebanyak RM 3500 dan ke atas dalam maksimum dua resit pada hujung minggu, pembeli akan menerima set hadiah khas L’Occitane. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sahaja dan penebusan adalah terhad kepada 60 pembeli sahaja pada hari Jumaat dan 40 pembeli pada hujung minggu Sabtu dan Ahad.
  • Bagi pelanggan bukan pemegang kad kredit Citibank juga tidak ketinggalan untuk menerima hadiah dari L’Occitane kepada 30 pelanggan pertama yang membelanjakan RM3,500 ke atas dalam satu resit pada hujung minggu Sabtu dan Ahad.


Paling menarik, 5 pemenang bertuah yang berbelanja di Suria KLCC akan dipilih untuk memenangi barang kemas dari De Beers apabila mereka membelanjakan RM3,500 ke atas pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad. Peraduan ini terbuka kepada pemegang kad Citibank Visa dan pelanggan bukan Citibank dan tertakluk terma & syarat. Maklumat lanjut boleh di dapati di > http://bit.ly/WhimsicalChristmas2018


Jom memeriahkan perayaan krismas anda dengan Whimsical Chrismas World Of Nutcrackers di Suria KLCC. 



CONVERSATION

27 comments:

  1. nutcracker ! lepas tengok cerita The Nutcracker haritu mesti teruja tengok patung dia.cantik diaorang hias sempena krismas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..kalau ada patung tentera ni bergerak2 kat KLCC pun best kan

      Delete
  2. The Suria's deco is very nice. I wonder whether our deco is the best deco compare than other malls in another countries.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course! I think all malls potray different concept and yet an amazing decorations too

      Delete
  3. waa bestnyaa, mmg cantik2 betul deco kat sana kann! i loveee christmas deco and each year mmg without failed mesti ada pergi jln2 kat mall sana sbb suka tgk dan bergmbr dgn deco2 tu semua dah alang2 sambil2 shopping tu kan hehe. My kids pon mmg suka betul and having fun jln2 dgn adanya deco2 christmas yg meriah mcm tuu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 pun hepi. Sama-sama hormati dan raikan budaya lain di Malaysia

      Delete
  4. so good to know about this, yeah KLCC nice to visit. If i take lrt need more than an hour to reach. Shall plan out where to go this school holidays, I like the Christmas deco here. sure wanna tel my friends too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh 1 hour macam jauh juga. Dont forget to share your selfie with family!

      Delete
  5. Cantiknya dekorasi krismas dekat KLCC ni. Dah lama dah tak pergi area sana. Asyik gi yang dekat2 dengan rumah ajer. Bestnyer kalau dapat hadiah barang kemas dari De Beers tu....hadiah gempak sangat!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau dapat DeBeers tu seronok lah kan.

      Delete
  6. you look so cantik! I love the decorations there. although haven't got chance to see it myself. I believe all the ppl will like it. Merry Christmas and Happy New Year to you sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Rene. So shy la a bit sexy. hahaha. Btw, Happy Holiday and Mery Christmas to you too

      Delete
  7. Cx suka tau kalau dapat pergi mall time meraikan apa jua perayaan. Mesti dkt sana akan ada decoration yang sangat sangat wow! Cx suka sangat. Boleh ambil gambar. Hihihi. Tapi cx ada satu rahsia . Cx tak pernah lagi masuk klcc hahaha! Kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha. Rahsia tu memang win sangat. Kami pun dah berbelas tahun baru sampai KLCC! Hiks

      Delete
  8. Wah menariknya ada nutcracker dekat mall. Dekorasi memang menarik dan cantik .Kalau pergi memang saya dan anak anak bergambar puas puas. Bukan sennagkan .Setahun sekali saja bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Spot menarik. Tahun lain, lain pula deconya.

      Delete
  9. Ala lama kita tak pergi KLCC ini memang kat sini tak pernah mengecewakan kita kalau ada perayaan terutama sambutan Krismas ini memang meriah dengan dekorasi yang sangat menarik dan cantik mewah lak tu nak pergi bergambar juga kat sini waaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergambar dengan Santa sekali nanti. Agak2 dapat lolipop tak Maha? Hehe

      Delete
  10. cantiknya decoration dia..
    Bagaikan dialam fantasi kejap kalau berada disitu kan..
    Kalau la anak anak kita nampak ni, mesti takmo balik. Hehe
    Seronok bila tiba krismas. Sebab mall kan meriah dihiasi dengan pelbagai deco yang menarik.

    ReplyDelete
  11. Cantik gile deco xmas kat Suria KLCC nie. Terasa macam kanak-kanak je bila nampak banyak nutcrackers kat situ. Half-expecting ada princess yang lalu lalang kat situ hehe

    ReplyDelete
  12. i suka giler deko kat sini...cantik dan meriah giler...kalau datang sini haruslah nak beria bergambar....antara deko krismas paling cantik setakat ni i tgk kat klcc//

    ReplyDelete
  13. nice kl always got all the super duper nice decoration in the malls during all the festive celebration. i never really know what's a nutcracker, do they actually crack nut? haha

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    ReplyDelete
  14. sukalah tengok decoration mereka ni..cantik sangat.Rugi kalau datang sini tak ambil gambar dengan nutracker yang comel tu...nasib kita jauh tau..

    ReplyDelete
  15. Meriahnya sambutan Christmas dekat KLCC ye. Very colorful and happening. Tambah pulak Bella punya colour baju and handbag tema colour block, lagi colourful! ^-^ Bagus bagus, semeriah mana pun sambutan, masih tidak lupa pada yang memerlukan. Siap ada contest berlangsung lagi. Siapa yang selalu shopping di KLCC tu boleh la join.

    ReplyDelete
  16. Wah cantiknya KLCC punya christmas decoration. Rasa nak fly dari Penang ke KL sekarang juga. Nak tengok sendiri benda yang tengah trending ni kan. Rasa fairy tales sangat.

    ReplyDelete
  17. Suka tgk mall2 byk yg menghias mall dorang dgn pokok Christmas..mcm kita ni berada di luar negara dan kita pun tumpang sekaki sambut perayaan dorang dgn promosi heavy.

    ReplyDelete
  18. I'm a Citibank card holder, huhu think I can start doing my last minute xmas shopping, I've only got another week to go.

    ReplyDelete

Back
to top