Temui HELLO KITTY & Rakan-Rakan Dalam Pameran Our Sanrio Times Di Quill City Mall, KL

Siapa yang tidak kenal dengan watak fiksyen popular Hello Kitty atau Kitty White milik Sanrio. Buat peminat kartun ini, Hello Kitty dan rakan-rakan telah berkunjung ke Malaysia menerusi Pameran Our Sanrio Times-Kuala Lumpur di Quill City Mall Kuala Lumpur bermula dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019. Sepanjang 7 minggu merentasi cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru, pameran terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara ini menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak mengimbau kenangan masa lampau dengan watak-watak kartun Sanrio.


Sanrio merupakan jenama terkenal dunia yang diasaskan pada tahun 1960 dan kini sudah berada di lebih 109 negara menerusi pelbagai barangan berjenama Sanrio. Kini Sanrio telah mencipta lebih 400 watak fiksyen kartun dan antara watak yang paling terkenal adalah Hello Kitty. Bukan sahaja kanak-kanak, peminat Hello Kitty juga terdiri di kalangan gadis-gadis muda dan dewasa.

Our Sanrio Times Kuala Lumpur
Pameran yang dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam pada setiap hari ini dianjurkan oleh Alata Events dan MACEXPO setelah mendapatkan lesen daripada pihak Sanrio. Pameran ini juga turut mendapat sokongan dari pihak Tourism Malaysia. Kawasan pameran sebesar 1,500 meter persegi ini menampilkan 13 zon bertemakan watak Sanrio yang membolehkan pengunjung melihat secara dekat 100 daripada 400 watak comel milik Sanrio yang dibawa di dalam pameran ini.


Our Sanrio Times Kuala Lumpur mengenengahkan 4 tumpuan utama dalam pemeran ini iaitu:
1) Sanrio Village, di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan berkumpul di sini buat pertama kali. Beberapa watak dari mereka akan menaiki kereta api mainan Sanrio yang dibuat seakan-akan Sanrio Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970.
2) Replika dompet duit syiling Hello Kitty yang merupakan barangan pertama ciptaan Sanrio.
3) Mendapat kerjasama Sanrio Hong Kong dan Jepun untuk mempamerkan lebih daripada 300 barangan edisi vintaj Sanrio.
4) Barisan pereka Sanrio Jepun akan berada di pameran ini untuk melukis lakaran eksklusif 9 watak terkenal Sanrio dan menunjukkan tutorial langkah melukis watak Sanrio satu persatu.

Selain daripada 4 tumpuan utama tadi, terdapat patung gergasi Hello Kitty berketinggian 3.5 meter yang dibawa khas dari Hong Kong. Kalau anda nak tahu harga Hello Kitty gergasi ini bernilai RM250,000! Mesti semua pegunjung tidak sabar berkunjung ke sini untuk merakam detik bersama Kitty White kan?


Pameran ini akan membawa pengunjung ke sebuah perjalanan merentasi masa lampau. Bermula dengan ‘Sanrio Time Tunnel’ yang akan membuatkan pengunjung mengenang semula watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun, 'Paper Doll Fun’ yang menggamit memori permainan anak patung kertas dan ‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai koleksi alat tulis klasik Sanrio. Paling menarik, terdapat zon istimewa yang menampilkan pemandangan ikonik Kuala Lumpur bersama-sama dengan watak Sanrio. 


Jom ikuti 13 zon menarik Pameran Our Sanrio Times, KL. Sudah tentu watak-watak Sanrio yang comel berwarna-warni ini menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan!

Our Sanrio Times
Pintu masuk Sanrio yang berwarna warni yang bersedia menggamit kenangan zaman kanak-kanak anda. Pintu masuk Hello Kitty pula akan membawa anda semua masuk ke bahagia zon pameran yang lain.



Sanrio Time Tunnel
Zon ini akan membawa anda menelusuri 100 watak dari keluarga besar Sanrio dari tahun 1970. Di sini turut dipamerkan beberapa barangan koleksi merchandise Sanrio dan sejarah Sanrio dari tahun 1970-2014. Kalau anda nak tahu, watak Hello Kitty lahir pada tahun 1974 dan ulang tahun ke-30 Hello Kitty adalah pada tahun 2004.

'


The Retro Classic
Replika dompet duit syiling Hello Kitty ini merupakan barangan pertama ciptaan Sanrio dan dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia buat peminat setia Hello Kitty di Malaysia. Small but never trivial, it means more than anything for all Sanrio staffs and their devotees.

Comel je dalam ruang pameran yang besar tu!

The Plushy World
Menampilkan patung gergasi Hello Kitty berketinggian 3.5 meter bersama-sama lebih 2,000 patung yang terdiri daripada 100 watak ciptaan Sanrio. Pasti anda semua akan teruja melihat boneka patung yang comel dan berwarna-warni.

Kak Bell jadi patung princess!


Paper Doll Fun
Ingat tak kenangan masa main anak patung kertas? Pengunjung boleh cuba mix & match gaya pakaian untuk Kiki dan Lala di sini.


Vintage Stationary House
Menampilkan koleksi alat tulis klasik Sanrio dari tahun 1970 dan 1980. Kagum dengan koleksi alat tulis yang comel-comel yang pelbagai jenis.


Agak-agak berapa banyak batang pensil Sanrio ni?

Drawing Classroom
Pereka Sanrio telah sediakan demonstrasi lakaran untuk 9 watak utama Sanrio. Korang boleh tahu macam mana watak ni dilukis satu persatu. Ada papan hitam disediakan untuk kanak-kanak melukis watak idaman mereka di sini.


Small Gift Big Smile
Diantara koleksi hadiah dari Sanrio Gift Gate.


Sanrio Village
Perkampungan Sanrio dengan kereta api mainan Sanrio ini ditiru seakan-akan Sanrio Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. 100 watak keluarga Sanrio akan berada disini seperti Patty & Jimmy, Hangyodon, Minna no Tabo, Kuromi, dan banyak lagi.



Kak Bell tengah tunggu tren dengan Hangyodon

Strawberry Newsroom
Majalah Strawberry News oleh Sanrio Japan telah diterbitkan semenjak Oktober 1974. Majalah bulanan Sanrio ini menerbitkan pelbagai berita tentang Sanrio dan produk terkini mereka. Anda boleh melihat dan membaca majalah Strawberry disini.


Strawberry Office
Nak tahu rahsia tentang Sanrio, bolehlah berkunjung ke Strawberry Office. Pengunjung boleh berjumpa dengan Strawberry King.


Strawberry Studio
Nak jadi penghias kulit majalah Strawberry News? Anda boleh berkunjung ke photo booth di Strawberry Studio untuk bergambar.

Strawberry King

Sanrio Visits Malaysia
Di zon khas ini, watak-watak Sanrio ditonjolkan bersama dengan kebudayaan dan permandangan di Malaysia. Ada KLCC, juga Pasar Seni dan rumah kampung tempatan. Begini rupanya bila Hello Kitty dan rakan-rakan Sanrio bercuti ke Malaysia!




Dalam kawasan pameran ini juga terdapat Game Zone yang menampilkan 5 jenis permainan yang menyeronokkan buat kanak-kanak bermain. Diantaranya Finding Ribbon, Feed 'D' Fish, Let Me Roll, Shark Hunting dan Rolling Stone. Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik melalui permainan tersebut. Game token berharga RM5 untuk 1 permainan dan RM20 untuk 5 permainan.


Para peminat watak Sanrio juga boleh mendapatkan souvenir Sanrio untuk dijadikan kenangan seperti beg, phone case, payung, dan juga boleh custom design baju sendiri. Terdapat juga barangan Sanrio khas yang dibawa dari Itali. Bukan senang Sanrio hendak berkunjung ke Malaysia. Jom memeriahkan cuti anda ke pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur.

Sanrio Butter Cookies Stick RM7.90


Sanrio umbrella RM88

Our Sanrio Times Kuala Lumpur
Tarikh: 24 November 2018 hingga 6 Januari 2018
Masa: 11 pagi hingga 9 malam
Tempat: Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall KL

Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:
• Warganegara Malaysia: RM33
• Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
• Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
**Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
**Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bermula 21 Disember ini, ada promosi khas. Pengunjung yang membeli 4 tiket ke pameran ini akan diberikan RM5 voucher merchandise & 2 cookies eksklusif Sanrio!


Tiket boleh dibeli secara walk-in di kaunter tiket berhampiran pintu masuk pameran atau secara online di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 60392228811. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial rasmi Our Sanrio Times di bawah.



CONVERSATION

19 comments:

  1. Menariknyaa ! Waima cx bukan peminat hello kitty tapi ianya memang comel . Best betul bila adanya hello kitty dekat sini dengan pameran dan aktivti yg menarik. Cx rasa nak terjah semua bahagian yang disediakan ntk pengunjung. Paling nak masuk dekat painting house tu. Cx suka bab lukis² ni. Dia ada skill tersendiri ntk begin the painting. Anyway, decoration, style and colorful place memang sangat menarik perhatian dan keterujaan sesiapa sahaja yang visit. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh minat melukis ye. Bolehla dtg bawa anak2 ke sini. Anak2 melukis, Cx joinla sekali. Hehe

      Delete
  2. Kakak Dania dh x minat hello kitty tp mama dia memang minat sangat sebab cute dan banyabanyak karakter..dulu masa dia kecik memang nak bawak pi Sanrio kat Johor tapi x berkesempatan..la ni dia dh besar memang x la dia nak minat hello kitty ni semua...ntah bila la akak bleh bawak dia pi bercuti berdua dan enjoy the moment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah ni bolehlah pi kak. Nanti bila pulak Hello Kitty nak mai sini kan.

      Delete
  3. such wonderful nice pics here, I like them all. Yeah my friend told me of this too, but been busy no time to go yet. After see your pics, perhaps I need to make a date to go! Sure my friends wanna go together with me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should brings your kids before the school holiday end. Mesti dorang suka!

      Delete
  4. Hello Kitty! My childhood Fav yo. I like that she is so cute and pure. I am eyeing on the Sanrio umbrella but quite expensive haha. I gonna bring my kids to visit there before it ends

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya kak bell. Teruja pulak ana tgk. Rasa nak jadi kanak2 balik. Semua lokasi memang cun utk amik bergambar. Dekat sgt dah ni. Boleh lah jejak kan kaki ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi tempat menarik. Ni sebahagian la gambarnya. Dtg la bawa anak2 Ana

      Delete
  6. Hello kitty memang favourite cartoon anak.. banyak koleksi kat rumah.penah juga terpikir nak bawak dia tengok pameran hello kitty tapi belum bkesempatan. Alahai nape cantik sangat tempatnya. Geram tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah feveret mesti dia suka tgk Hello Kitty gergasi tu. Sonok peluk boleh landing. Hehe

      Delete
  7. Alaaaa ruginya xpergi hari tu. nampak best betul !! Banyak sudut yg cantik utk ambil gmbar. Nie peminat2 hello kitty boleh jd gila kalau masuk sini. Comel sangat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Kalo free sakan la bergambar kat sini. Best kannn?

      Delete
  8. Dulu masa kecik minat juga hello kitty ni. Bestnya ada tempat macam ni, banyak betul aktiviti yang boleh dibuat. Takde lah anak-anak statik macam tu je. Rasa macam nak pergi pula... Yasssssssss

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya . Hello Kitty .Anak anak memang suka Hello Kitty terutama girls la kan. Tak sangka banyak juga aktiviti boleh dilakukan. Nasib baik jauh kalau dekat memang dah terjah bawa anak anak datang sini .

    ReplyDelete
  10. Harga tiket a bit pricey tapi berbaloi sebab bukan selalu ada pameran macam ni kan

    Utk anak2 yang minat Hello Kitty sesuai la
    Kalau budak2 laki diorang mungkin x minat hahah

    ReplyDelete
  11. Puas hati dpt selfie dgn anak patong giant Hello Kitty jan..blhlah bwk anak2 cuci mata tgk byk mcm2 ada

    ReplyDelete
  12. Wah best nyer tempat ini! Jap nanti i will bring my family there coz my anak buah memang minat Hello Kitty. I like the Sanrio Village also can take many photos there. Thanks for the information.

    ReplyDelete

Back
to top