Drama Korea That Winter The Wind Blows

Semalam selesai menonton drama Korea 16 episod That Winter The Wind Blows. Sebelum ni menonton jugaklah drama Korea kalau ada masa. Bukannya apa, kalau dah mula menonton memang sampai habis episod la maraton tengok sampai tak buat semua kerja. Mostly semua cerita Korea yang Kak Bell tengok ni accidently je layan. Asalnya, melayan You Tube siri The King of Mask Singer. I found, rancangan ni best sebab penyanyinya pakai kostum dan topeng supaya penonton tertanya-tanya siapa yang nyanyi dan menggunakan nama pentas. Jadi penonton memang tak tahu siapa yang menyanyi. Semua hebat-hebat but i prefer nyanyian Dongmakgol Girl penyanyi Solji of EXID dan The East Invincibility nyanyian Son Seungyon.


Disebabkan suka lagu cover 'A Winter Story' (by The One) dan 'Y Si Fuera Ella' (by SHINee) yang dinyanyikan Son Seungyon, gigihla Kak Bell cari lagu asal siap tengok lirik. Then barulah tahu yang lagu 'A Winter Story' ni OST bagi drama That Winter The Wind Blows. Tengok je muzik video dia terus rasa cerita ni mesti best. Teruslah streaming K-Drama setiap malam sampai khatam.


Drama bersiri That Winter The Wind Blows ini sebenarnya di ambil dari filem Jepun I Don't Need Love, Summer dan digarap semula oleh penulis Noh Hee Kyung. Dah kalau drama Korea memang semua la hensem-hensem dan cantik. Cerita pun tak cliche. Kalau kat Malaysia ni, scene jadi doktor dalam hospital pun tak meyakinkan. Hahaha. So, pelakon utamanya Jo In Sung (watak Oh Soo) dan Song Hye Kyo (watak Young). Yang lain-lain Kak Bell tak tahu sebab memang tak kenal langsung pun artis-artis Korea. Blackpink, Lee Hin tu tahulah gitu-gitu je.


Dalam cerita ni ada 2 karekter bernama Oh Soo. Yang satu tu anak dari perusahaan besar PL Group dan satu lagi conned man aka penipu. Kisahnya Oh Soo 1 ni seorang gambler, playboy dan kena frame dengan girlfriend dia Jin So Ra (lakonan Seo Hyo Rim) sampai masuk penjara. Jin So Ra tak puas hati sebab Oh Soo ni tak nak kat dia dan tergila-gilakan sangat Oh Soo. Jin So Ra frame Oh Soo larikan duit Boss Kim sebanyak 7.8 billion won, walhal duit tu si perempuan gila ni yang simpan. Dia buat Oh Soo ni duduk dalam penjara, supaya tak jumpa perempuan lain then habis tempoh penjara kononnya nak ajak duduk kat Itali.

Korang nak tak jadi watak Young? Hmmm


Kisah Oh Young pula seorang perempuan kaya yang buta dan terpisah dengan abangnya Oh Soo 2, kawan kepada Oh Soo 1 si kaki judi. Oh Young dijaga oleh Secretary Wang (perempuan simpanan) yang menyebabkan parent Young berpisah. Young dijaga oleh bapanya dan abangnya Oh Soo di bawa tinggal dengan ibu dia. Mulanya Young ni tak buta, selepas remaja dia jadi buta. Dahlah buta, ada tumor otak pulak. 

Keluar dari penjara si Oh Soo penjahat dikejar oleh Boss Kim untuk tuntut hutang, walhal Boss Kim ni sugar daddy si Jin So Ra. Kemudian, Young pergi cari abang dia Oh Soo, tetapi terjumpa Oh Soo yang sorang lagi. Selepas kematian abang kepada Young dan bapanya (PL Group Chairman), peguam Jang salah anggap si Oh Soo 1 ni anak lelaki waris PL Group, abangnya si Young. Mulalah kisah antara Young dengan Oh Soo 1 yang akhirnya membuatkan dorang ni ada perasaan cinta sedangkan dorang ni kononnya adik-beradik (fake sister). 



Oh Young karakternya dingin dan tidak percaya dengan lain sekeliling dia tapi dia mula dan lebih percayakan Oh Soo 1 sebagai abang dia. Okay, Kak Bell tak larat dah nak cerita dah pasal drama gambler bercinta dengan perempuan buta ni. Kenapa jadi buta? Kenapa Oh Soo nak jaga Young? Kisah Secretary Wang? Korang tengok ajelah sendiri ye. Baru 16 episod, kalau 100 episod pengsan lah nak sinopsis. 

Jin So Ra-Tengok muka je terus nampak jahat kan!

Drama ni best tetapi agak lambat. Semua watak ada kisah masing-masing dan kenapa masing-masing ada agenda tersendiri. Sampaikan Kak Bell pun stress siapa yang jahat, siapa yang betul sebenarnya. Korang mesti akan sakit hati dengan watak perempuan gila lakonan Seo Hyo Rim sebagai Jin So Ra dan Secretary Wang. Feling la cerita ni sampai mengalir air mata. Hero dia Jo In Sung tu menangis pun hensem. Terus jatuh cinta, Kak Bell taste! Ala, korang pun taste sampai terkinja-kinja jugak kan?? Boleh tak boyfriend I nanti nak macam ni. Hahaha. Masa ending tu Kak Bell agak konfius samaada part last tu mimpi ke realiti. Hidup ke mati kedua-dua watak Oh Soo yang kena tikam dan Young lepas pembedahan otak. Tapi puas hati sebab Happy Ending. Tengoklah nanti ye. Kak Bell nak hafal lagu OST filem ni. 20 kali baca lirik pun tak dapat sebut juga. It is a sad song..takpelah I paham siapa diri ini yer. Tiberr.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top