Cre Arts Asia 2018 Menutup Tirai Di KL PAC Dengan Aksi Memukau - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cre Arts Asia 2018 Menutup Tirai Di KL PAC Dengan Aksi Memukau

Trending

Cre Arts Asia 2018 Menutup Tirai Di KL PAC Dengan Aksi Memukau

Sarkas moden terbesar di Asia Tenggara, Cre Arts Asia telah melabuhkan tirai persembahan mereka di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) baru-baru ini. Tahun ini merupakan pertunjukan tahun ke-2 Cre Arts Asia di KL PAC yang kembali beraksi atas permintaan ramai peminat. Apa yang menarik, Cre Arts Asia ini merupakan kumpulan sarkas kontemporari moden yang sepenuhnya lahir dari Malaysia dan kesemua pemain dalam pertunjukan ini adalah merupakan anak tempatan Malaysia.


Cre Arts Asia terdiri dari kerjasama dari studio seni persembahan, Viva Circus dan Psycusix sebuah kumpulan seni persembahan sarkas moden dan kontemporari terkenal Malaysia. Cre dihasilkan secara bersama oleh Chris Lo (Pengarah Produksi & Persembahan) dan Yiki Chin (Pengarah Pentas), selain dibantu oleh Nana Liew (Pengarah Kreatif), Afique Khaikal dan Samantha Yee (Choreographer Art Flow). Persembahan selama 3 hari tersebut bermula dari 30 November dan berakhir pada 2 Disember 2018.


Tahun lalu, Kak Bell berkesempatan menghadiri pertunjukan sulung mereka dan turut tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan mereka buat kali kedua. Untuk tahun ini, naratif penceritaannya masih bersandarkan kepada 4 elemen persembahan iaitu elemen udara, air, tanah dan api dengan pelbagai teknik persembahan yang baru dan berbeza dengan tahun sebelumnya. Slot persembahan selama 2 jam tersebut menyaksikan pertunjukan yang terdiri dari spellbinding circus acts, akrobatik udara, tarian artistik, tarian tiang dan pertunjukan api (pyrotechnic). Acara pada tahun ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat YB Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan tetamu VIP yang lain.


Setelah ucapan pembukaan dan penyampaian cenderahati penghargaan kepada pihak penaja, penonton dibawa merentasi masa ke 173 tahun cahaya dahulu untuk menyaksikan mitos Polinesia di Planet V. Berikut diantara gambar sekitar pertunjukan Cre Arts Asia.


Persembahan oleh Aerial Rainbow

Pertunjukan oleh kumpulan akrobatik

Paling mendebarkan bila menyaksikan aksi persembahan terapung oleh aerialist dan terpesona dengan kecekapan dan kepantasan artis juggling melambungkan bola Diablo. Sepanjang persembahan terasa excited dengan persembahan mereka yang padat, koreografi menarik dan penuh aksi sehinggakan terlepas untuk menepuk tangan kerana kagum. Cre Arts Asia telah menampilkan sebuah persembahan yang berbeza dari tahun lepas.



Sempat merakam beberapa sedutan persembahan Crè Arts Asia di KL PAC. Terdapat 1 slot yang menampilkan seorang kanak-kanak cilik berumur 4 tahun dalam sesi kisah lanun. Untuk saksikan video persembahan yang lain bolehlah lawati you tube channel Kak Bell di http://www.youtube.com/c/BellaJamal



Bagi yang belum pernah menyaksikan pertunjukan sarkas kontemporari moden, seharusnya anda tidak melepaskan peluang untuk saksikan dan menikmati sendiri persembahan mereka di masa akan datang. Yang penting, persembahan Cre Arts Asia bebas daripada persembahan yang memanipulasikan haiwan dan tentunya kerana ianya lahir sepenuhnya dari Malaysia dan dipelopori oleh anak tempatan. Malaysia Boleh!



Sesi kredit pertunjukan kepada semua peserta

Bersama peserta pertunjukan Cre Art Asia dan rakan blogger dan media influencer Malaysia



Looking forward for next year performances by Cre Art Asia. XoXo


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post