Sedihnya Meow Pergi Sebab FLUTD Kucing, RIP Baby Dexter - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sedihnya Meow Pergi Sebab FLUTD Kucing, RIP Baby Dexter

Trending

Sedihnya Meow Pergi Sebab FLUTD Kucing, RIP Baby Dexter

Dalam sehari memang tak sah kalau tak tinggikan suara pada Dexter. Mana taknya dah naik umur perangai pun menjadi-jadi juga. Di rumah ni ada 2 ekor pula anak jantan, masing-masinglah nak tunjuk hero sebagai ketua kawasan. Selalunya si Sky yang selalu mengacau Dexter dan Dexter ni suka menyakat neneknya Muezza. Dexter ni anakya Cik Putih. Masa tu 17/2/2017, tak nampak tanda-tanda Cik Putih nak beranak. Balik je dari kerja nampak Cik Putih dah beranak depan pintu bilik Kak Bell. Asalnya nak tanda di kalender dan agak-agak la bila hari nak beranak. Sampai ke sudah lupa terus beranak je tanpa preparations. Kesian pula sebab dia beranak depan bilik. Mesti dia cari Kak Bell sebab pertama kali beranak kan. 3 ekor semuanya but seekor warna putih mati. Si Dexter ni dua beradik dengan si Luna.


Masa lahir tu, budak berdua ni nampak macam ada masalah. Dexter ni masa kecil ada satu gelembung kat perut dia, macam bengkak dan Luna pula nampak lemah dan tak aktif. Dalam hati fikir macam tak boleh survive. Tapi alhamdulillah besar jugak akhirnya. Dexter ni antara paling manja nak berkepit sahaja kerjanya. Badan dia pun lebih gemuk, tak macam Sky agak kurus sebelum kena sunat. Klik >> Kerenah Dexter Si Gemuk <<

Masa Sky hidap FLUTD hari tu >> Pengalaman Dengan Vet Tak Beretika << lepas sebulan Dexter pun tunjuk simptom-simptom sama sukar nak kencing dan kencing berdarah. Cepat-cepat Kak Bell bawa ke Vet sebab tak nak perkara sama berulang macam Sky pada si Dexter. Dexter cuma di diagnose alami stress dan tanda-tanda awal nak kena batu karang. So, vet bekalkan ubat UTI-oxi untuk mencegah Urinary Tract Irritations dan memudahkan dia kencing. Alhamdulillah akhirnya Dexter sihat macam biasa. Kalau ada nampak tanda-tanda, Kak Bell akan bagi dia ubat lah.



Sejak akhir-akhir ni nampak Sky kerap mengganggu dan bergaduh dengan Dexter. Maklumlah mana boleh ada 2 hero kan. Jadi, dia ni kerap duduk dalam cage supaya tak kena kacau dengan Sky. Takpun duduk bawah rak dapur. Selalunya memang Kak Bell akan asingkan dorang berdua ni sebab nak elak kalau bergaduh. Nanti kalau dah luka, berdarah kita juga yang susah dibuatnya. Disebabkan rasa terancam, Dexter pun dah mula buat perangai. Kencing sana sini, malah berak pun ikut suka dia sebab nak tanda kawasan. Dah bercadang nak kasikan dia, kebetulan semua meow betina pun dah mengandung. Bila dah buat perangai, Kak Bell pun jarang bawa dia masuk ke bilik. Mana taknya sampai kan atas baju, atas meja makan, semua pintu bilik dia pancut. Kemudian dia ni suka juga menyakat Muezza. Si Sky pulak anti Dexter dan as usual Muezza semua orang dia tak suka! Lepas Muezza luka haritu, baru je nak baik berdarah semula sebab bergaduh. Stress betul dibuatnya >> Cats Wound, Kesian Cik Zaza <<


Dalam 2 minggu lepas, makanan dorang ni habis. Dah cari 2,3 pet shop tak ada jenama Blackwood dan Brit. Disebabkan dah habis langsung, Kak Bell singgah ajalah Kedai Serbaneka 24 jam beli makanan kucing yang biasa Jenama X. Sebelum ni disebabkan nak kurangkan kos makanan pernah la bagi makanan jenama x,Y,z ni. Bila dah kena FLUTD terus tak berani nak bagi. Kak Bell cuma bagi sehari je makanan tu sebelum beli makanan yang biasa dibeli. Sebab dah terpaksa.


Ceritanya, 3 hari lepas Kak Bell perasan Dexter tak boleh nak kencing. Ubat pun masih ada dan Kak Bell bagi dia ubat sebelum pergi kerja pada 18/11/2018. Biasanya dia akan ok lepas bagi makan ubat. Balik kerja malam tu nampak ada muntah pekat warna unggu which is warna ubat yang Kak Bell bagi dia makan. Hati rasa dah tak tenteram. Nampak Dexter ok, still minum dan takde bengkak pada pundi kencing dan Kak Bell bagi makan ubat macam biasa. Bangun pagi keesokannya nampak dia macam jalan perlahan dan tunjuk tanda lemah macam Sky tempohari. Kebetulan pula 20/11 semalam Public Holiday jadi vet pun tutup untuk Kak Bell bawa ke klinik. Sebelum kerja tu masukkan dia dalam cage dan suruh dia tahan sampai esok nak ke klinik. Memang dah bersedia la nak swipe kad kredit sebab kos rawatan dalam RM800 ke 1k termasuk warded.

Gambar Kenangan Dexter




Sepanjang kerja teringat Dexter dan harap dia ok. Habis kerja cepat2 balik. Apakan daya balik rumah nampak Dexter dah separuh keras. Ya Allah! Tak tahu nak cakap apa. Masa tu jam 1pagi baru sampai rumah. Memang blur sekejap sebab fikir tengah-tengah malam nak mencari tanah dan cangkul. Tak sanggup nak tunggu keesokaannya baru tanam. Ada terdetik dalam hati terfikir kos rawatan tinggi tapi tak kisahlah asalkan dia sihat balik. Memang bersedia bawa di ke klinik. Rasa terkilan dan bersalah sebab ada marah-marah dia sebab berak kencing merata dan kurang bagi perhatian pada dia. Maklumlah anak-anak ramai dan sekarang bagi perhatian pada 6 ekor baby yang masih kecik. Rasa tak percaya Dexter dah tak ada. 2, 3 kali tanya housemate betul ke dia dah tak ada? Berdualah dengan housemate tanamkan dia malam tadi juga. Sedih sangat rasa sebab tak sempat bawa pergi Vet, tak bagi perhatian pada dia. Tak tahu nak luahkan macam mana. Sebelum pergi kerja semalam, tak sangka ciuman pada Dexter merupakan ciuman terakhir. Agaknya dia pun tak nak tambahkan susah mama dia agaknya 😭😭. Keadaan rumah pun diam je. Memasing pun diam. Sedihnya 😥. Selamat tinggal Dexter 17/2/2017-20/11/2018.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post