Review Rawatan Resurfacing Laser Di Toscana Medi Clinic

Zaman sekarang memang ramai orang sanggup mengambil pelbagai jenis 'supplement' disebabkan obsesi hendak cantik, mulus dan sebagainya. Tetapi perlu diingat, pengambilan produk yang tidak mendapat kelulusan boleh mengakibatkan kerosakan organ dalam badan yang memudaratkan kesihatan. Kadangkala terpengaruh juga dengan iklan dan testimoni pengguna yang meluas di media sosial. Cuma perlu diingatkkan, perlulah selidiki dahulu sebelum mengambil apa jua jenis supplement dan ubatan untuk cantik untuk mengelak sebarang komplikasi kesihatan. 

Kredit photo by Marcus Osmand Official

Bercerita tentang kecantikan, diantara rawatan kecantikan segera adalah dengan mendapatkan rawatan estetik. Rawatan estetik (aesthetic treatment) bagi meningkatkan penampilan kosmetik atau wajah sememangnya jalan pintas untuk menyerikan wajah. Walaubagaimanapun, sebelum melakukan rawatan hendaklah kita memastikan bahawa setiap rawatan yang bakal dilakukan adalah selamat, berkesan dan mendapatkan perkhidmatan estetik daripada klinik yang berlesen dan bertauliah.

Terdahulu pada bulan Mei 2018, Kak Bell ada menghadiri demonstrasi secara langsung rawatan aestetik yang telah dianjurkan oleh pihak Toscana Medi Clinic di Publika Solaris Dutamas. Boleh klik sini >>LIVE DEMO BYE BYE SCAR & VAMPIRE BLOODY<< jika nak ketahui lebih lanjut. Kak Bell juga telah berkesempatan berkunjung kali kedua ke Toscana Medi Clinic untuk mendapatkan rawatan Resurfacing Laser dan Intravenous Glowhite. Jom ikuti selanjutnya untuk ulasan dan langkah rawatan di sana.


Semasa kunjungan tersebut, Kak Bell telah mendapatkan khidmat konsultasi rawatan dari Dr. Kanwall Gill yang merupakan doktor astetik dan pengarah di Toscana Medi Clinic. Beliau juga dibantu oleh Dr. Lashela Dharmadass, juga merupakan doktor astetik dan pengarah bersama di Toscana Medi Clinic. Pada sesi konsultasi, Dr Kanwall Gill terlebih dahulu memeriksa kondisi wajah dan masalah kosmetik yang Kak Bell alami. Untuk sesi tersebut, Dr Kanwall mencadangkan rawatan CO2 Fractional Laser dan Intravenous Glowhite untuk mengatasi masalah kulit kusam dan kesan parut jerawat di wajah Kak Bell. Nampak sahaja Dr Kanwall ni macam ganas, but he is very friendly and open-minded. Tak perlu untuk segan untuk dapatkan perkhidmatan dari beliau. I should say it's very professional, good info & knowledge been shared for my own skin type and problems.

Sesi konsultasi dengan Dr. Kanwall Gill

CO2 Fractional Laser
Rawatan ini merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk meremajakan kulit tanpa proses pembedahan. Proses skin resurfacing ini menggunakan kaedah fractional photothermolysis dimana pancaran laser CO2 yang digunakan akan berpecah kepada ribuan sinaran kecil mikroskopik yang akan menyingkirkan lapisan tisu kulit bermasalah. Pancaran laser tersebut akan menjejaskan tisu kulit melalui epidermis ke dalam dermis dan seterusnya proses penyembuhan semula jadi badan akan menghasilkan tisu baru yang sihat untuk menggantikan kawasan tisu yang terjejas di zon rawatan. Kaedah ini selamat dan berkesan dengan masa downtime yang kurang bagi memudarkan kesan parut dan membuat tekstur kulit menjadi lebih sekata.


Terlebih dahulu, krim kebas akan disapukan ke seluruh muka bergantung kepada zon rawatan sebelum rawatan laser. Tempoh masa penggunaan krim kebas adalah selama 30 minit untuk mendapatkan kesan kebas. Selepas langkah pertama, muka akan dicuci sebelum proses rawatan dimulakan. Semasa rawatan dilakukan berdebar juga dibuatnya, maklumlah bila laser dipancarkan ke muka. Waktu rawatan akan terasa seperti renjatan elektik pada muka dan akan berbau hangit. Ada sedikit rasa sakit but still bearable. Kalau tak tahan, boleh beritahu dan doktor akan sesuaikan kekuatan laser tersebut. Kak Bell juga mendapatkan rawatan laser pada bibir untuk kawasan bibir yang gelap.

Kesan selepas pancaran laser

Selepas selesai sesi CO2 Fractional Laser, sesi penyejukan kulit muka akan dibuat. Zon rawatan akan disapukan aloe vera gel dan dipakaikan mask. Untuk langkah ni, muka akan terasa pedih dan berdenyut-denyut. Rasa keseluruhan muka mencucuk-cucuk macam kena simbah air cili! Terus terang memang sakit dan rasa macam nak pengsan. Terus muka jadi macam nenek disebabkan bengkak. Inilah harga yang perlu dibayar kalau nak cantik. Hehe.

Adoi terbuka pula mulut kita. Hahaha

Kesan bengkak telah berkurangan

Penjagaan Selepas Rawatan
Sebelum ini memang Kak Bell jarang menggunakan sunscreen/sunblock. Kalau pakai pun hanya semasa bercuti ke pantai. Sebenarnya, penggunaan tabir suria perlu dipakai secara rutin untuk perlindungan kulit wajah. Boleh gunakan tabir suria asas air (water base) dengan SPF30 atau SPF50 dan gunakan gel aloe vera untuk proses pemulihan. Untuk tempoh 3-4 hari boleh mengenakan make-up tipis. Sepanjang tempoh tersebut, akan kelihatan kotak-kotak halus pada wajah kesan pancaran laser tersebut.

Zoom untuk lihat kesan laser pada wajah

Intravenous Glowhite
Rawatan Intravenous Glowhite merupakan rawatan drip vitamin untuk kesihatan kulit wajah. Rawatan popular ini memang menjadi pilihan kerana kesannya lebih cepat berbanding pengambilan vitamin secara oral. Kombinasi bahan yang digunakan adalah seperti Vitamin C, Vitamin B, Magnesium, Biotin, CoQ10 dan Glutathione untuk memberi kesan glowing dan meremajakan kulit. Walaubagaimanapun kesannya bukan untuk selama-lamanya. Rawatan susulan perlu dilakukan jika hendak mengekalkan kesan penggunaannya pada wajah.


Selepas seminggu rawatan, memang ada perubahan pada kulit wajah. Kulit baru yang tumbuh lebih sihat, licin dan muka lebih cerah. Paling seronok bila pujian diberikan kerana terdapat perubahan ketara pada wajah. Terima kasih atas perkhidmatan Dr Kanwal dan juga staf Toscana Medi Clinik yang ramah dan mesra terutamanya Mercus Osmand yang memperkenalkan rawatan astetik di sini. Rawatan pun dilakukan dalam suasana santai dan seronok. Tak sabar untuk berkunjung untuk sesi lawatan yang akan datang. Bagi yang ingin mendapatkan rawatan perkhidmatan estetik di sini bolehlah hubungi dan mendapatkan maklumat lanjut di bawah.

Toscana Medi Clinic
No 1 & 2 Block D5 Level G4,
No 1 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas,
50400, Kuala Lumpur
Telefon: 03 6143 8866
Email: info@toscanamed.com



CONVERSATION

11 comments:

  1. Kalau buat rawatan kat klinik berlesen macam ni, baru la yakin sikit kan. Wah, lepas ni makin berseri-seri la, kulit pun makin flawless gituu

    ReplyDelete
  2. wah.. betsnya buat rawatan muka.. TB dah lama giler tak buat rawatan muka.. tapi dulu buat biasa2 je.. yang laser macam ni tak pernah ada pengalaman lagi.. hehehe.. sakit tak?

    ReplyDelete
  3. Dr Kanwall tu best. Dia memang tahu apa masalah kulit kita. Senang nak cerita kat doktor apa yang kita nak. Masa dia buat pun tak sedar dah selesai. Hahaha. Sebab dia explain ni buh apa. Buat apa. Rasa sakit skit. Don't worry. Hahaha. Lokasi Toscana pun senang nak pi. Ruby pernah pi di Publika tu.

    ReplyDelete
  4. selalu teringin nak manjakan kulit macam ni tapi takut sebab kulit airah boleh tahan sensitif jugak. jadi kita buat spa dekat rumah jela hahaha.baca review orang yang pergi facial macam ni memang semua best2

    ReplyDelete
  5. Aduii scary pulak tengok bengkak2 dan sakit masa treatment tu, sebab qeela ni mmg jenis takut jarum etc haha. Teringin nk try aesthetics treatment tapi tulah, takot lebih haha. Nampak bagus resultnya lepas tu kan, lagipun bila pergi ke klinik yg betul2 established mcm ni barula ok dan yakin untuk dptkan treatment kan. Nice sharing!

    ReplyDelete
  6. Lawa kulit you bella lepas rawatan ni. I really love to try this once I build up m courage. I bab camni takut sikit. Takut after affect tu. Mana tau result tak bagus kat kulit i.

    ReplyDelete
  7. Macam menarik frictional laser tu. Parut dekat muka Nad ni pun susah betul nak hilang. Penat dah tunggu tapi tak hilang jugak. Bella, sunblock tu penting tau! I everyday memang pakai SPF 50+ and bila I buat skin analysis, skin consultant tu kata dari segi UV muka I ok. Padahal I kerja site, tiap hari duduk bawah panas. Don't forget to apply your sunblock! :)

    ReplyDelete
  8. Wahhh bestnya dapat pengalaman mcm nie. Nak jugak buat utk laserkan parut dekat tgn. Dah ikhtiar byk cara lain tak jln jugak. Nantilah nk singgah buat laser kt sini. Harap parut tu boleh pudar. Anyway Dr tu seksinya ! Hahaha

    ReplyDelete
  9. Wow nampak beza efeknya pepas menerima rawatan kat sini. Nampk bella lebih glowing dan berseri-seri

    ReplyDelete
  10. Nampak menarik rawatan laser ni ..tengok muka bella pun cantik je..walaupun dengar laser tu macam menakutkan, kalau yang membuatnya pakar, takde masalah dekat muka, okla kan

    ReplyDelete
  11. Nice blog i feel thanks for sharing!
    https://www.couponkoz.my/coupons/zalora

    ReplyDelete

Back
to top