LAB11 Full-Lift Rangkaian Terbaik Penjagaan Rambut

Gorgeous hair is the best revenge!

Hi semua! Ungkapan 'Rambut Mahkota Wanita' memang sudah biasa kita dengari. Sememangnya rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang. Selain pakaian yang cantik, kesempurnaan penampilan seseorang juga didukung oleh gaya rambut. Menata dan menggayakan rambut adalah satu cara untuk mengekspresikan diri dan kebebasan diri seseorang seterusnya mampu menggambarkan kesuksesan diri kita. Not only your facial features tell you a thing or two about yourself, your HAIRSTYLE can also reveal things about you!


Bagi Kak Bell sendiri, penjagaan rambut memang menjadi perkara utama sebab ianya memberikan kepuasan dan memang manambah keyakinan diri bila nak berhadapan dengan orang. I like getting my hair done. Jadi, penjagaan kulit kepala dan rambut sebenarnya sama penting dengan penjagaan kulit wajah. Oleh itu, produk penjagaan rambut terbaik menjadi titik utamalah untuk mendapatkan rambut cantik dan menawan. Minggu lepas, Kak Bell berkesempatan menghadiri majlis pra-tonton eksklusif produk penjagaan rambut LAB11 Full Lift di Eco Sky Business Lounge Kuala Lumpur. Nak tahu apa yang menarik tentang produk ini, jom ikuti lebih lanjut.


LAB11 Full Lift
Produk LAB11 Full Lift ini merupakan jenama produk yang dihasilkan oleh Global Story, sebuah syarikat tempatan yang bertempat di Pulau Pinang. Syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam industri penjagaan rambut di Malaysia ini mempunyai 11 cawangan salon rambut, 2 cawangan SugarNail Saloon, 2 buah cawangan FaceStory Outlet dan turut mempunyai sebuah akademi rambut mereka tersendiri iaitu Hair Story Academy. Setelah melakukan R&D selama 2 tahun sejak 2016, mereka mengeluarkan siri penjagaan rambut LAB11 yang terdiri dari 2 buah produk iaitu  LAB 11 Full Lift Shampoo dan LAB 11 Full Lift Soft Mask.


Melalui penyelidikan dan kepercayaan mereka bahawa usia 11 tahun adalah permulaan yang terbaik untuk mula menjaga kesihatan rambut, LAB 11 diperkenalkan sebagai penyediaan penyelesaian kepada kecantikan rambut. Menerusi visi Global Story untuk memupuk kecantikan dan keyakinan orang ramai dari semua lapisan masyarakat, LAB 11 dijadikan platform yang menawarkan rangkaian produk rambut dan variasi produk kecantikan lain dari hujung kaki hingga kepala.

Derick Tze Wei Ooi, CEO dan founder GlobalStory

Menurut CEO dan pengasas kepada GlobalStory, Derick Tze Wei Ooi " LAB 11 mampu untuk merawat pemasalahan rambut seperti kelemumur, frizzy hair, rambut gugur, kegatalan kulit kepala dan bagus untuk pertumbuhan rambut baru serta sesuai digunakan untuk kegunaan harian".


Mengapa FULL-LIFT Berbeza Dari Yang Lain?
  • Bahan 100% ekstrak semula jadi
  • Menggunakan 100% pati minyak tulen
  • Bebas MIT (Methylisothiazolinone)/CMIT (Chloromethylisothiazolinone)
  • Tiada pewarna buatan/tiruan
  • Bebas pewangi


Diantara isi kandungan aktif produk ini adalah Selada Air (Watercress), Minyak Jarak (Castor Oil), Pati Minyak Limau (Lime Essential Oil) dan Pati Minyak Buah Oren (Sweet Orange Essential Oil), Pati Minyak Pudina (Peppermint Essential Oil), Pati Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Essential Oil) dan Minyak Argan (Argan Oil).

Bahan Aktif/Active Ingredients 
Kegunaan/Benefits 
Selada Air (Watercress) 
Menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut 
Minyak Jarak 
(Castor Oil) 
Menebalkan rambut/mengekal kelembapan
rambut 
Pati Minyak Limau 
(Lime Essential Oil) 
Mengurangkan rambut berminyak dan imbangi  
lembapan kulit kepala/Menghilangkan kelemumur 
Pati Minyak Buah Oren 
(Sweet Orange Essential Oil) 
Merangsang pertumbuhan rambut baru/ 
Menghilangkan kelemumur 
Pati Minyak Pudina 
(Peppermint Essential Oil) 
Mengurangkan rambut gugur/Menggalakkan  
pertumbuhan rambut baru 
Pati Minyak Kayu Putih 
(Eucalyptus Essential Oil) 
Merangsang folikel rambut 
Minyak Argan (Argan Oil) 
Melembapkan rambut kering dan rambut kerinting 

LAB11 FULL-LIFT Shampoo
Mengandungi ekstrak Selada Air yang dapat menguatkan akar rambut, meningkatkan ketumpatan folikel rambut dan membuat rambut kelihatan lebih tebal dan lebat dengan meyampaikan jumlah zat sulfur, zink dan magnesium pada rambut. Rambut akan terasa lebih ringan dan kelihatan lebih tebal selepas syampu. Penggunaan pati limau, oren, minyak pudina dan pati minyak kayu putih dapat memberikan kesan segar pada setiap cucian rambut.


Cara penggunaan: Sama seperti menggunakan syampu biasa. Basahkan rambut dan sapukan rata LAB11 Full-Lift Syampoo. Lakukan urutan menggunakan hujung jari ke atas kulit kepala sambil meratakan syampu, kemudian bilas.

LAB11 FULL-LIFT Soft Mask
Adalah produk rawatan terbaik selepas cucian rambut. Kandungan minyak argan Morocco yang kaya dengan vitamin E yang tinggi, minyak zaitun dan asid amino dapat meremajakan rambut, melindungi folikel rambut dan membuatkan rambut bersinar. Soft Mask ini juga dapat melembabkan, menebalkan rambut dan mengelakkan rambut bercabang, kerinting dan statik seterusnya menjadikan rambut lebih lebat dan mudah diurus.


Cara penggunaan: Berfungsi sebagai conditioner selepas cucian rambut. Ambil amaun secukupnya ikut kepanjangan rambut dan sapukan rata hingga ke hujung rambut. Boleh ratakan menggunakan sikat atau jari. Biarkan 2-4 minit sebelum bilas.

TIPS!
Bagi yang menggunakan pengering rambut, pastikan anda untuk keringkan rambut kering dari atas ke bawah untuk mengelakkan kerosakan pada tekstur rambut.


LAB11 FULL-LIFT Shampoo 
LAB11 FULL-LIFT Soft Mask 
Berat 
300 ml 
250 ml 
Fungsi 
1. Make hair fuller 
2. Strengthens hair structure 
3. Oil Control 
1. Strengthens hair follicles 
2. Increases compatibility 
3. Conditions & moisturizes the hair 

My Verdict
Penggunaan syampu yang sesuai dan berkesan memang sangat dititik beratkan. Kak Bell mempunyai rambut asal yang ikal, lebat dan tebal. Masalah biasa yang dihadapi ialah mudah berminyak dan kelemumur. Jika kurang tidur dan menggunakan produk yang salah, kulit kepala Kak Bell sangat sensitif dan masalah ini sering berlaku. Kebiasaannya selepas 2 hari rambut mesti dicuci. Penggunaan syampu yang tidak sesuai di salun rambut juga menyebabkan kulit kepala cepat kering dan berkelemumur. Oleh itu memang Kak Bell perlukan syampu yang sesuai untuk atasi masalah tersebut. Secara jujurnya, so far LAB 11 Hair Series ni memang sangat sesuai dan di antara yang terbaik pernah Kak Bell cuba. Yes! Memang ada nampak instant result selepas penggunaaan.


LAB 11 FULL-LIFT Shampoo ini mempunyai tekstur likat dan berwarna putih lutsinar. Bau syampunya fresh dengan bau oren dan limau. Syampu ini hasilkan buih yang sederhana sahaja tetapi buihnya cukup untuk keseronokan semasa mencuci rambut. Selepas bilasan, rambut terasa licin dan tidak kesat seperti sesetengah produk syampu.


Bagi LAB 11 FULL-LIFT Soft Mask pula berwarna putih seperti warna losyen. LAB11 menggunakan Soft Mask sebagai langkah selepas cucian rambut berbanding penggunaan perapi rambut (conditioner). Teksturnya lembut dan tidak terlalu berminyak. FULL-LIFT Soft Mask ini juga mempunyai bau oren seperti bau syampu tetapi baunya tidak terlalu kuat. Selepas bilasan, terasa rambut lebih lembap dan segar.


Hair Trivia!
  • Having thick hair means you have strong willpower
  • Curly hair equals a fun-loving, warm-hearted personality. Oh, and you do things faster than other people, too
  • If your hairstyle is high maintenance, you might be self-critical or a drama queen!

Buat masa sekarang, gaya rambut kerinting Kak Bell memang perlukan lebih penjagaan disamping penggunaan produk rambut yang baik. Selepas gunakan 2 ke 3 kali produk LAB11, keadaan rambut selepas cuci tidak mudah kering dan memudahkan proses meletakkan hair serum dan produk rambut kerinting pada rambut Kak Bell (Kak Bell pakai jenama Small Talk/TIGI). Nampak perbezaan rambut lebih terurus, bouncy dan terasa volume curl lebih baik. Semua frizzy hair pada bahagian kerinting kurang dan rambut kekal lebih lembap. Love it!


Secara jujurnya, both produk ini memang sesuai dan berkesan untuk penjagaan rambut kerinting Kak Bell. Dalam tempoh penggunaan juga, tiada masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala juga diatasi walaupun selepas 2 hari rambut dicuci. Paling best, rambut tak berbau busuk setelah cucian seperti kebanyakkan syampu yang hanya memberikan bau wangi semasa mencuci rambut sahaja. Terus-terang memang produk ini berbaloi dan Kak Bell recommend untuk anda juga cuba. Kak Bell yakin maklum balas sangat positif selepas menggunakan LAB11 Full-Lift.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai LAB 11 Full-Lift anda boleh layari laman rasmi mereka seperti berikut.


CONVERSATION

9 comments:

  1. Nampak beza rambut sebwlum dan selepas guna syampu dna mask Lab 11 tu. Nampak gaya saya kena juga beli untuk rambut sendiri

    ReplyDelete
  2. Wah bila tengok packaging mmg nampak esklusif. Tapi ramai yang review best produk penjagaan rambut ni. Bolehlah nak cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Wahh. Boleh cuba nanti. Dah macam-macam produk sy beli untuk masalah rambut. Sbb rambut dh mula menipis. Huhu. Boleh la try lepasni

    ReplyDelete
  4. I like their haircare set. good for every hair type. I esp love their fresh scent. now I have used half the bottle already hahaha

    ReplyDelete
  5. Best nya dapat manjakan rambut. Ni duk pakai tudung pun kena tgk2 jugak ni. Kdg2 selalu terabai plak :'(

    ReplyDelete
  6. Dah cantik, lagi cantik la lepas ni. Nampak perbezaan ketara sebelum dan selepas guna shampoo ni.

    ReplyDelete
  7. macam best je shampoo tu.. liez kena beli la kot sbb nak rawat rambut keguguran yang kronik ni.. dah pening fikir nak buat apa bagi rambut lebat balik..

    ReplyDelete
  8. Looks like a good product! I should probably get this since I have similar hair prob. But first, I need to finish my current hair products first...haha.

    ReplyDelete
  9. The hair looks so much manageable with this full lift... Looks great and I wanna try this as well

    ReplyDelete

Back
to top