Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia!

Anda peminat kumpulan Dewa 19? Para peminat kumpulan Dewa pasti menanti-nanti persembahan Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di Malaysia. Menariknya, konsert kali ini bakal meyaksikan kesemua mantan vokalis Dewa dari beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar tahun 1986 beraksi bersama di atas satu pentas. Ahmad Dhani, Once, Ari Lasso akan terbang Ke Kuala Lumpur untuk Konsert Reunion Dewa 19 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Februari 2019 nanti. Ini akan menjadi sebuah reunion fantastik dan momen manis yang tidak layak dilepaskan.


Bayangkan Ari Lasso dan Once bergabung mendendangkan karya penuh roh Dewa 19 di dalam sebuah konsert. Ari Lasso, pemilik vokal dari syurga yang antaranya menjadi faktor meledaknya album perdana mereka, Dewa 19 menerusi Kangen pada awal 90-an bersetuju untuk tampil di konsert ini. Once juga tidak punya masalah bergabung bersama. Ketika bersama Once, Dewa 19 yang sempat memakai nama Dewa meraih sukses luar biasa menerusi deretan beberapa albumnya termasuk Bintang Lima yang diiktiraf sebagai album terlaris dijual oleh band tersebut pada tahun 2000. Memantapkan Ari Lasso dan Once, tentulah pengasasnya, Ahmad Dhani yang melengkapkan formasi legenda dan bersejarah ini dalam konsert yang bakal berlangsung kelak.

Turut berdiri di belakang mereka,jentera Dewa 19 bersama instrumen masing-masing adalah Andra (gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum). Tyo Nugros, si penabuk drum yang tidak sedikit telah menumpahkan khidmatnya bersama band asal Surabaya ini akan menjadi tarikan dalam konsert bersejarah ini kelak.


Memilih tanggal 2 Februari 2019 dengan bangganya Nizra Production akan mencipta sejarah tersendiri apabila Dewa 19 Reunion Live in Malaysia akan meledakkan adrenalin Baladewa dan Baladewi di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

“Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama Once buat pertama kalinya bergabung di atas satu pentas di Malaysia. Konsert ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri,” ujar Nik Iruwan dari Nizra Production.


Dewa 19 dijangka membawa sekitar 30 ke 35 untaian hit daripada ratusan katalog hit yang dimiliki band ini menerusi album pertama sehingga yang terakhir, Kerajaan Cinta yang dihasilkan sekitar 11 tahun lalu dalam persembahan mereka nanti.

“Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!,” ujar Dhani.



Untuk rekod, Dewa 19 Reunion Live In Malaysia ini juga bakal menjadi saksi kehadiran Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di sini. Jadi, buat sekalian peminat Dewa, jangan menunggu lama untuk membeli tiket yang telah mula dijual dan terlepas momen menelusuri masa lampau bersama Elang, Larut, Cemburu, Pupus, Mistikus Cinta atau Sedang Ingin Bercinta yang akan bergema di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2  Februari 2019 bermula pukul 8.30 malam kelak.

Tiket-tiket berharga:
RM238 - Cat 3 (Reserved seating)
RM358 - Cat 2 (Baladewa Standing Zone)
RM458 - Cat 1 (VIP Reserved Seating)
RM888 - Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating)



Lebih menarik lagi tiket yang mula dijual mulai 7 November 2018 pukul 10 pagi ini akan diberi 10 peratus diskaun untuk jualan EARLY BIRD untuk tempoh 48 jam! Setiap pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my. Lawati laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di 0172792118 untuk keterangan lanjut.

Diskografi:
Album Studio
● Dewa 19 (1992)
● Format Masa Depan (1994)
● Terbaik Terbaik (1995)
● Pandawa Lima (1997)
● Bintang Lima (2000)
● Cintailah Cinta (2002)
● Laskar Cinta (2004)
● Republic Cinta (2006)
● Kerajaan Cinta (2007)

Album LIVE
● Atas Nama Cinta I & II (2004)
● Live in Japan (limited Edition DVD) (2005)

Album Kompilasi
● The Best of Dewa 19 (1999)
● The Best of Republik Cinta Management (2009)

Formasi Dewa19
● Ahmad Dhani, Andra, Yuke, Agung

Mantan Dewa
● Vokalis: Ari Lasso, Once
● Pemain drum: Wawan, Erwin, Wong Aksan, Gabriel Bimo, Tyo Nugros

DEWA 19 KEMBALI KE MALAYSIA
Tiket 10% diskaun untuk tempoh 48 jam!
#dewa19reunionMY

|IG: @dewa19reunionmy|FB: Dewa19 Reunion MY|TWITTER:@Dewa19ReunionMY|


CONVERSATION

24 comments:

  1. dengar jugak lagu dorang ni tapi kureng la hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la yg kureng, Tapi mostly Bella suka lagu dorang

      Delete
  2. Omaigash terus teringat my univ years, zaman study dulu... I used to play Dewa's Cintailah Cinta on my guitar and sing the song sekali, siap ada buat raw recording masa tu on my mp3 player/recorder... X"D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Nak dgr u nyanyi and petik gitar. Best nih!

      Delete
  3. Wahhh !!! Ini berita baik buat semua peminat Dewa. Nak kena beli tiket nie sebelum sold out. Bukan selalu ada peluang macam nie. Tgh ada nie, lebih baik grab ! Jumpa di sana semua 🤗

    ReplyDelete
  4. Baru semalam menonton Konsert DeKaDe yang dibawakan oleh Nizra. Memang tidak mengecewakan. Dan pastinya konsert Dewa pada tahun depan akan menggembirakan peminatnya di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Wow. Dewa 19 ni. Legend ni. Masa remaja dulu selalu dengar. Membesar pun zaman dorang ni. Lagu pun best sgt.

    ReplyDelete
  6. Terus Teringat zaman muda-muda yg mana masa tu tgh jadi kegilaan band-band macam ni...lagu2 pun best...bila dengar rasa syahdu...

    ReplyDelete
  7. Weh ni band favourite masa belajar dulu dulu. Mengimbau memori sungguh la kalau dengar lagu lagu dieorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hangat bercinta kan...dengar pula lagu dorang. Kikiki

      Delete
  8. waa rasanya mcm dah lama jugak takde dgr update psl group Dewa ni, dulu gempak jugak masa zaman2 sekolah dulu ni hehe..to those yg minat group ni mesti pergi ni kan tak lepaskan peluang, bukan selalu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dekat 10 tahun tak datang Malaysia. Lately byk grup Indonesia buat comeback

      Delete
  9. Bestnya antara band fav dari Indon , lagu-lagu dia dulu memang hafal lah hehe

    ReplyDelete
  10. pergh mesti konsertnya meriah ni dengan group2 ni..syokla dapat tengok depan-depan..kita suka lagu-lagu diaorang..

    ReplyDelete
  11. Wah!! Dewa 19!! AM suka sangat nie.. terutama bila dgr suara AHmad Dhani.. memang xtido mlm nie kalu dapat jumpa Ahmad Dhani berdepan!! Walaa!! Jom menonton konsert Dewa 19

    ReplyDelete
  12. Wow DEWA19! LIVE plak tu, mesti gempak giler ni..ahmad Dhani kl tarik dlm radio pon memang dah meremang..apatah lagi dgr secara live kan

    ReplyDelete
  13. wah lama benar tak dengar music dorang.. boleh ni peminat dewa pergi ni..

    ReplyDelete

Back
to top