Jom Bowling!

Several years back, memang suka sangat dengan permainan boling. Sampai sekarang pun masih lagi ada minat, tetapi disebabkan kesuntukkan masa dan komitmen kerja yang lain membuatkan Kak Bell jarang beriadah di bowling alley. Dahulu setiap minggu pastinya ke Cosmic Bowl Mid Valley bermain bowling dan sekarang dah tutup pun tempat boling tu. Disebabkan minat dan tak puas menggunakan bowling house ball, gigihlah Kak Bell beli bola sendiri. Sebiji sahajalah. Nak beli 3,4 bijik, bukannya professional pun. Just untuk kepuasan berboling. Hajat dihati nak berboling semula, tetapi mungkin dah tak larat gamaknya nak menghayun bola. Dah tahap kena minum susu Anlene dah sekarang nampak gayanya. Kebetulan mengemas almari, ternampak pula bola boling yang dah naik berabuk. So, abadikanlah kat entri ni, manalah tau nak jual bola tu nanti. Huhu. 


Actually, terdapat beberapa kelebihan dalam memiliki bola boling sendiri. Antaranya tak perlu berebut house ball di pusat boling dan keselesaan bola ketika bermain berikutan lubang bagi jari pada bola ditebuk mengikut saiz jari dan lebar tapak tangan kita sendiri. Bola boling pun perlu dipilih mengikut kesesuaian berat badan dan kekuatan tangan. Jika nak beli bola sendiri mesti ambil kira tentang berat bola, stail balingan dan juga kos wang

                                               
Berat
Perlu pilih bola bowling yang bersesuaian dengan berat badan dan kekuatan tangan. Jangan membeli bola boling yang terlalu berat dan terlalu ringan. Jika terlalu ringan, balingan bola memang laju tetapi kurang momentum tenaga untuk menjatuhkan pin. Berat bola bowling dikira dalam paun (pound, lb) bukan kg ye. Kebiasaannya, berat bola bowling yang disaran adalah 10% dari berat kita sendiri (1 lb = 0.45kg). Btw, terpulang lah. Kalau mampu pakai 15 pound, mungkin dia mempunyai balingan badang. Untuk Kak Bell, bola yang digunakan adalah 10 paun, lebih kurang 4.54kg.

Stail
Ada 4 jenis balingan dalam permainan boling iaitu straight ball, hook ball, curve ball dan back up ball. Kak Bell pakai bola plastik je sebab guna balingan lurus/tegak dengan gaya kupu-kupu. Hahaha. Untuk stail lain tak pandailah nak cerita. Tapi setakat nak habiskan spare, bolehlah. Kecuali kalau bola tu terkangkang spare pada pin no 7 dan 10. Pernah sekali dua la kot berjaya jatuhkan. Masa ni fefeling Zandra Azila uolss..selain Shalin dan Lai Kin Ngoh!

Gaya Kupu-kupu!

Kos Wang
Biasa yang selalu main dan profesional mesti ada 2 biji bola untuk bola hook dan bola straight. Biasanya dijual pakej bola bowling, kasut dan 1 beg untuk 1 bola. Harga sekarang Kak Bell tak tahulah. Dulu beli pun dekat RM300. Bergantunglah kepada tahap kewangan kita untuk beli bola bowling yang mana. Setakat nak bergembira bola biasa pun dah ok.

Ok. Matlamat permainan bowling ini sebenarnya adalah untuk mendapatkan markah maksimum dengan menjatuhkan 10 pin dalam 1 atau 2 balingan bagi setiap frame. Satu permainan bowling dibahagikan kepada 10 frame. Bagi setiap frame, pemain dibenarkan melakukan 2 balingan. Sekiranya balingan pertama tidak berjaya menjatuhkan 10 pin, ada balingan kedua iaitu balingan spare. Markah maksimum bagi 1 perlawanan adalah 300 yang dikenali sebagai permainan sempurna. Perfect Game gittew!

sumber Google

Kalau balingan pertama berjaya jatuhkan kesemua 10 pin dipanggil 'Strike'. Balingan kedua sekiranya berjaya menjatuhkan semua baki pin dari balingan pertama dipanggil 'Spare'. Jika kali ke-2 pun tak jatuh semua pin, frame itu dikira 'Open'. Pada frame ke-10, terdapat balingan bonus ke-3, jika pemain berjaya melakukan strike atau spare pada 2 balingan pertama. Boleh rujuk table bawah untuk nama berapa kali jatuhan strike pin.

STRIKES 
NAME 
2 
Double 
3 
Turkey/triple 
4 
Four bagger or hambone 
5 
Yahtzee or five bagger 
6 
Six pack, or six bagger 
7 
Front seven, seven bagger 
8 
Front eight, eight bagger 
9 
Front nine, nine bagger 
10 
Front ten, ten bagger 
11 
Front eleven, eleven bagger 
12 
300, perfect game! 

Gigih ye Kak Bell cari gambar simpanan lama masa main boling dahulu. Ni kira jatuhan pin paling banyak la pernah Kak Bell buat. Walaupun tak sehebat mana kira oklah kan. Pernahlah buat Four Bagger! Dulu masa main, kalau sebelah lane budak jantan memang suka sangat dorang ni kutuk-kutuk Kak Bell kan. Sekali keluar gaya butterfly baru lah kita keji dia balik. After all, you have to know how to keep score if you want to know what you need to bowl to beat your opponent for either competition or just for fun!! Harap badan je besar dengan mulut besar! Hahaha.

233 je pown


So sekarang ni looking forward nak pergi melawat balik bowling alley. Tapi malu pulak rasanya nak membawa bola tu. Kalau buat sports day blogger pun best jugak kan. Mesti skill dah berkarat. Tu je pun nak cerita. XoXo

CONVERSATION

44 comments:

  1. Wowwww !! Kita tak pandai main pun setakat baling2 tu bolehlah nak suka-suka hehe

    ReplyDelete
  2. lama juga tk main bowling..biasa opis ada buat tournament tiap2 thn tp thn ni tkde plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Skrang takde pun anjuran dari opis.

      Delete
  3. Kita tak pandai main bowling. Nak baca kat papan markah tu pun tak paham. Haha
    Tapi yang kelakar, abh kita xpnh main bowling jgk. Pastu kena join game tuk kerja. Terror btl dia main. Banyk pin dia blh jtuhkan.. jarang ke longkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah papan markah tu kira. Kita pasrah ajelah. hehe

      Delete
  4. waa memang details betul info pasal bowling ni, great for those yg berminat nak tahu lebih mendalam mengenai bowling ni kan, kot2 ada yg nak jadikan as career boleh rujuk basicnya di sini hehe. dulu rajin jugak main bowling, just for fun je, tapi now dah lama jugak tak main but just tgk je org main hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sedikit je info. Info yg hebat2 tak tahu jugak

      Delete
  5. lama nyer x memboling! rindu...
    aida tak pandai. kalu main, ke longkang jer yg lebih byk, bella :)
    jabatan selalu jer ada games boling ni.
    so,main jer la. belasah jer baling bola tu.
    pernah cari kelas boling, utk anak2 aida.
    tapi tu la. kelas nyer on weekdays. anak2 penuh dgn aktiviti skola kan.

    ReplyDelete
  6. Bestnya baca. Kita tak pandai main bowling tapi teruja nak cuba pas baca penerangan info Bell. Jom temankan kita... .

    ReplyDelete
  7. Dulu bujang selalu la main bowling, ni dah alma tak main bowling..nak kena ajak husbnd ni weekend..hehee..Kit akalau baling, main baling je takda pun gaya..haha..konon kaki senget je, last2 masuk longkang..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Pernah juga masuk longkang. Bola tak sesuai tu kot

      Delete
  8. AM penah main boling.. balingan pertama confirm berjaya jatuhkan semua pin tapi bila balingan kedua dan seterusnya mula la tah apa2'' banyak masuk longkang dr berjaya jatuhkan semua pin.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Jom kita buat tournament antara blogger hehehehe lama tak main bowling memang selalu kalau balik masuk longkang tapi tetap semangat hehehehe cuma semenjak sakit tangan ni agak kurang main bowling sebab tak leh angkat menda berat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mcam best. Tapi nak fikirkan pasal penganjuran nak kena cari kawan2 utk bantu

      Delete
  10. Dah lama weh tak main boling. Last main boling masa degree, 7 tahun lepas. Itu pun balin gbola boling tu, lepas ke belakang hahahahhaha

    ReplyDelete
  11. Saya pun suka main boling. Lama dah rasa tak main boling. Last main masa 2016 kot. Bila lama tak main boling ni confirm ke laut jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mcm tu lah kan. Sama lah dengan Bella

      Delete
  12. Owh baru tahu kenapa ramai yang ada bola bowling sendiri.Main bowling masa zaman study dulu sekarang nie dah tak ada teman,lalu tempat bowling macam memangil-mangil je masuk tapi tulah kalau nak main kena ramai-ramai baru syok kan

    ReplyDelete
  13. Kita tak pandai main boling .. main gitu gitu bolehlah

    ReplyDelete
  14. rindunya nak main bowling lagi..last main rasanya lebih dari 5 tahun dan tengok entry ni pun akak dah rasa nak ajak geng pergi main bowling pulak..

    ReplyDelete
  15. Saya masa keja dlu..time bujang2 selalu main bowling ngn member2 dak2 laki...abeh keja ja pi main bowling..kadang2 sampai 3 games satu malam...dari mula2 asyik masuk longkang sampai dah boleh and reti main la orang kata...
    Selalu 1st game ke laut skit..2nd and 3rd game bila da dapat rentak kira ok la...cuma.x tahap kak bel lagimla strike and spare sokmo...

    ReplyDelete
  16. Meletups Kak Bell pernah buat Four Bagger! Kita lebih kepada all longkang hahaha. Best gak kalau ada yang buat tournament

    ReplyDelete
  17. Kite boleh main boling cuma jrg dpt strike jer.Hahaha. Rindu lama x main.Btw susunan no tu betul eh? Bru taw

    ReplyDelete
  18. wow kak bell ! kalau dah sampai ada bola bowling sendiri tu, maksudnya hebatlah tu. alamakkk takutlah kita nak lawan. confirm kalah. dahlah asyik masuk ke longkang je. lain yang di sasarkan, lain pulak bola tu menghala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala tak juga. Kdg2 main kn ada luck juga. Kalo stress apa pun tak jadi.

      Delete
  19. It's been so long since I've touch a bowling ball, reminds me of all the fun I used to have, must go again.

    ReplyDelete
  20. Rindu nak main bowling.. last kita main bowling masa mengandungkan 2nd baby.. sekarang dia pun nak masuk 3thn.tp tgh plan nak buat bowling tournament masa family day nnt

    ReplyDelete
  21. dah lama tak main bowling. mungkin sebab takde bakat langsung. memang fail lah bab boling ni..

    ReplyDelete

Back
to top