Hikayat Rakyat Mahsuri Dalam Muzik Video Terbaru NJWA Dan MonoloQue

“Darah putih Mu ini sebagai bukti, Bahawa kau seorang yang suci,
Darah mu ku abadikan menjadi besi, Smoga suara Mu bergetar shingga kini....”

Chinta merupakan salah satu lagu daripada album 'Lagu Perang' (Bunyi-Bunyian Gamelan Malaysia Abad ke-21) yang telah pun dimuat naik secara visual di Youtube. Muzik video Chinta dibuat dalam bentuk filem pendek, yang mengisahkan sebuah adaptasi daripada cerita rakyat “Mahsuri” yang semakin dilupakan kerana peredaran zaman. Uniknya, MonoloQue menceritakan filem pendek ini dalam bentuk 'stop-motion'. Percanggahan dan kelainan muzik video ini adalah sebagai sebuah penghayatan modus operandi tradisional dunia animasi walaupun kita kini berada di zaman yang semakin canggih. Ianya dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan seni zaman silam dan tradisional dalam bentuk masakini yang berbeza.


Gamelan Bintang Utama ‘CHINTA’
Kesemua boneka patung dalam muzik video ini dihidupkan olah Zyin, animator/pereka seni set stop-motion #Chinta. Boneka yang dihias dengan busana tradisional Melayu tersebut turut dibantu pembikinannya oleh Mamal dan Ghaz yang menjadi tulang belakang dan minda kepada projek ini. Dimaklumkan mereka mengambil masa lebih 4 bulan di dalam studio dan lebih dari 4000 kali shot telah diambil bagi menghasilkan animasi tersebut. Lirik lagu > Chinta


Merupakan sebuah adaptasi cerita rakyat #Mahsuri yang digubal untuk tatapan generasi kini agar tidak lapuk ditelan zaman. Bintang utama muzik video ini bukanlah watak Dang Merdu, bukan Long Pungguk mahupun Sultan tetapi bintang utama di dalam 'Chinta' adalah muzik gamelan itu sendiri. Disebabkan hasad dengki, iri hati tebal dalam masyarakat Melayu, Mahsuri menjadi mangsa. Kebenaran terbukti bila darah Mahsuri mengalir berwarna putih. Pada akhir video muzik ini, Pungguk leburkan perhiasan Dang Merdu dalam instrumen alat muzik gamelan sebagai 'Chinta'.



Dititahkan Sultan,
Pungguk ke negeri jiran,
Menuntut ilmu gamelan shingga terkesan,
Dua tiga purnama berlalu,
Hasad dengki, iri hati tebal dalam masyarakat Melayu.

Sejajar dengan nama album itu sendiri, ‘Chinta’ juga dimainkan dengan bunyi-bunyian gamelan sebagai instrumen pilihan yang dimainkan oleh Orkes Gamelan DiRaja Pahang. Menurut Dato' Ahmad Farid yang merupakan Penaung Perbadanan Muzium Negeri Pahang, usaha ini adalah untuk menaikkan martabat gamelan dan mengembalikan ingatan kita kepada kesenian lampau yang pernah memenuhi ruang-ruang Istana Kesultanan Pahang yang penuh bersejarah. Ianya merupakan satu inisiatif yang patut dibanggakan apabila instrumen muzik tradisional diterapkan dalam muzik abad ke-21 ini.


Menurut LoQue, “Muzik video ‘Chinta’ adalah cita-cita saya untuk membawa kesedaran Gamelan Melayu supaya ia relevan di mata masyarat Malaysia. Baik dari segi penceritaan, seni animasi dan paling penting seni bunyi di abad ke-21 ini. Stop-motion adalah satu medium animasi yang sangat leceh pembikinannya tetapi hasilnya amat memuaskan hati. Apatah lagi ia menceritakan sebuah cerita rakyat yang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Tetapi, sayang seribu kali sayang, cerita-cerita rakyat ini semakin ditelan globalisasi. Jadi menjadi naluri semula jadi kami semua yang terlibat dalam pembikinan dan penerbitan filem pendek ini untuk mengadaptasi dan menurunkan cerita-cerita rakyat ini melalui medium yang diharapkan lebih senang untuk generasi sekarang memahami, menghargai, diserap dan diterap oleh acak cucu cicit kita sampai ke generasi seterusnya, insya-Allah,”.

Paling istimewa, amanat untuk membawa ‘suara’ kepada Chinta, dibawakan oleh NJWA sebagai pelengkap bagi menjayakan perancanagan filem pendek Chinta ini. Pemilihan NJWA adalah pilihan paling tepat kerana ciri-ciri nyayiannya serta pembawaan lagu-lagu dia sebelum ini yang amat bersesuaian. Seolah-olah lagu ‘Chinta’ ini dikarang khas buat NJWA sendiri.


Najwa Mahiaaddin juga telah menjenamakan semula namanya kepada NJWA, sejak pelancaran lagu duetnya Sentiasa Merinding bersama penyanyi Imran Ajmain pada tahun lalu. Menurut NJWA, lagu tersebut sebenarnya telah dirakam pada 2015 tetapi kerana Loque mahu memastikan lagu-lagu itu dihasilkan dengan baik selain mahu mendalami dan memahami gamelan itu sendiri jadi ia mengambil masa agak lama untuk diterbitkan. Ketika Loque memberitahu mahu bekerjasama dengan dalam lagu Chinta ini, NJWA berada di New York. Berikutan beliau memang meminati muzik Nusantara sejak dulu. Lagu Chinta yang menampilkan elemen dan sentuhan muzik gamelan Melayu membuatkan NJWA terus bersetuju terbang ke Kuala Lumpur untuk penerbitan lagu ini.


Demi memartabatkan semula muzik gamelan dan hikayat rakyat yg semakin dilupakan, usaha dr Perbadanan Muzium Negeri Pahang ini turut dibantu oleh pihak Warner Muzik Malaysia dan Penerbitan Pancasona. Video muzik Chinta telah dimuat naik ke sesawang YouTube dan dijual secara digital dan dalam bentuk piring hitam.

CONVERSATION

25 comments:

  1. Wow... stop-motion, sungguh gigih mereka yang membuat stop-motion videos, ohsem... :)

    Btw, jemput singgah (and maybe join kalau berminat? ehehee...) GA Contest ai,
    Isi Buih-Kata Komik. Sejenis seni jugak nih... hadiahnya komik indie edisi terhad~ :D

    ReplyDelete
  2. Bagus nya diorang gigih nak bawak muzik gamelan tu balik. Budak2 zaman skrg x biasa dgr dah muzik2 asli kita ni.

    ReplyDelete
  3. great sharing as I didn't know of it til you shared here. So cute they look like little playgoudh, talk about music shall check it out now. Sure my kids wanna see whats this about.

    ReplyDelete
  4. this is such a great hikayat in muzik.. great presentation and nice show.. hope can see it...

    ReplyDelete
  5. Seriously, Rawlins kagum dengan usaha menampilkan kelainan video clip ini dan juga penggunaan alatan musik tradisional. Mohon hasilkan banyak lagi karya begini please.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka dgn gamelan. Tak sangka berjaya dimasukkan dlm muzik masa kini

      Delete
  6. Bagus monoloque ni. Dia berusaha untuk cipta muzik yang lain dari yang lain. Yang paking bagus ada kaitan dengan hikayat melayu dahulu kala

    ReplyDelete
  7. Muzik video yang unik. Tapi memang mereka ni kategori penggiat muzik yang versatile. Lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  8. wow, seriously bagusnya usaha mereka ni nak hidupkan semula muzik dan hikayat tradisi macam ni. Seriously amazed & to be honest style mcm ni la yg qeela suka when it comes to malay thingy hehe. qeela suka dan definitely appreciate lagu dan cerita melayu klasik, nak2 lagi bila ada usaha untuk selaraskan dgn kemodenan sekarang ni mcm yg mereka buat ni. Kudos dan semoga maju jaya kepada mereka! thanks for sharing, qeela nk tgklah hasil video mereka ni nanti 😍

    ReplyDelete
  9. Sangat-sangat kagum dengan idea dan juga effort yang telah diberikan. Insan hebat memang hasilkan karya yang hebat! Memang terbaik!

    ReplyDelete
  10. Comelnya penghasilan video muzik ini hehehe kita tak dengar habis lagi nanti kita dengar mesti sedap dan unik kan sebab suara Monoloque lain daripada lain bersama Najwa...

    ReplyDelete
  11. Klasiknya nama lagi ni bella hahah. Tapi i suka najwa ni punya suara mmg sedap dan padu. Harap single ni jadi dabomb sebab mmg best lagu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sore Njwa memang best. Penyanyi suara soul ni kurang kat Malaysia

      Delete
  12. Wow.. Lagu ni menarikkk.. Style more to klasik.. Jarang lagu melayu ada macam ni... Wawa xpenah dgr lagi.. Nanti nk dengar kat utube...

    ReplyDelete
  13. i suka dengar lagu ni. macam lagu zaman dulu2 gitu. tak mcm typical lagu zaman sekarang. videonya pun not bad.

    ReplyDelete
  14. I love history and I still remember Mahsuri. Good to make it as a story now and can't wait to get 1 soon.

    ReplyDelete

Back
to top