Venom (2018)

Untuk hari ini Kak Bell sempat menonton 2 movie, Venom dan tayangan perdana Kalla:Hidup Atau Mati (nantikan review seterusnya). Buat peminat Marvel pastinya ternanti-nanti filem yang menampilkan anti-hero dari karekter Marvel ini. Karektor Venom sebelum ini muncul dalam filem Spider-Man 3 (2007) sebagai musuh si Spidey. Filem garapan Sony Pictures ini diarah oleh pengarah Ruben Fleischer dan terima rating yang rendah 31% dari Rotten Tomatoes. Walaupun rendah, filem ini tidaklah seburuk yang disangka.


Mengisahkan Carlton Drake (Riz Ahmed) jutawan yang mengelola Life Foundation menghantar misi ke angkasa lepas untuk kajian klinikal. Di awal filem, kapal angkasa miliknya yang membawa symbiote (parasit/alien) terhempas di Sibu, Malaysia. Katanyaaa! Beberapa bekas yang mengandungi symbiote selamat (lupa 4 atau 3) dan satu daripadanya telah berjaya simbion dengan petugas keselamatan (Michelle Lee). Adalah 2 lines petugas tersebut bertutur dalam bahasa Malaysia.


Jalan filem seterusnya menceritakan tentang wartawan penyiasat Eddie Brock (Tom Hardy) yang memiliki show khas The Eddie Brock Report yang menampilkan kisah ekslusif macam 999 TV3 gitulah. Eddie ditugaskan untuk mewawancara Carlton Drake tentang projek roket terbarunya yang terhempas. Kekasih Eddie, Anne Weying (Michelle Williams) juga bekerja di Life Foundation milik Carlton. Sebelum wawancara keesokannya, Eddie telah secara diam-diam mengakses informasi fail sulit yang dihantar kepada Anne Weying. Eddie yang tidak menyukai Carlton telah menyoal isu sulit tersebut dan menyebabkan Eddie dan kekasihnya diberhentikan kerja. Anne yang merasakan dirinya dipergunakan, mengambil keputusan berpisah dengan Eddie.


Symbiote hitam dari ruang angkasa tersebut dilakukan ujikaji untuk bersimbiosis dengan manusia. Dr. Dora Skirth (Jenny Slate) tidak bersetuju dengan tindakan Carlton kerana melanggar etika menjalankan ujikaji terhadap manusia. Dr. Dora kemudiannya membawa Eddie ke dalam lab ujiian secara rahsia. Kemudian berlaku insiden mengakibatkan Symbiote masuk ke tubuh Eddie dan mengubahnya menjadi Venom. Symbiote tadi dia akan cari hos yang sesuai untuk diri dia, if not hos mesti akan mati.


Permulaan 30 minit pertama filem ini terasa agak sedikit bosan sebab penceritaan panjang tentang symbiote dan kisah Eddie Brock. Walaubagaimanapun, setelah pertengahan cerita penceritaan awal latar belakang Venom dapat beri penjelasan jelaslah untuk jalan cerita ni. Untuk lakonan semuanya ok terutama watak Eddie oleh Tom Hardy. Karektornya macam bodoh alah, ada humor dan lakonannya nampak natural dalam semua ekspresi. Watak lain kurang menonjol, hanya watak Eddie yang digarap lebih dalam filem ni. Venom yang sememangnya jahat, akhirnya ambil keputusan tinggal kat bumi sebab mula menyukai hosnya, Eddie. Manakala Carlton telah dijangkiti symbiote bernama Riot yang hampir sama seperti Venom, yang lebih bahaya dan boleh membuat senjata seperti kapak.


Efek visual transformasi Eddie bertukar menjadi Venom sangat memuaskan dan garapan sci-fi masa pertarungan Venom-Riot pun menarik. Scene humour semasa Eddie bercakap dengan Venom pun berkesan dan buat penonton panggung pun ketawa. Bagi Kak Bell movie ni best, rasa macam tak patut dapat rating 31%! Cuma awal movie sahajalah agak boring dan panjang. Overall menarik dan nak tonton kali kedua pun ok.

Riot

Ok, Venom menampilkan dua post credits ekstra lebih panjang buat peminat Marvel. Untuk 2nd credit scene memang akhir sekali lepas layar kredit habis. First credit scene, Eddie bekerja semula sebagai penyiasat dan ditugaskan ke penjara San Quentin atas tugas mewawancara tahanan rambut merah Carnage (lakonan Woody Harrelson). Carnage ialah Cletus Kasady dalam komik Marvel dipenjara atas kasus pembunuhan bersiri. Kredit scene kedua tiada kaitan dengan sekuel Venom. Merupakan trailer untuk filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse, yang menampilkan Miles Morales.

So, dalam movie ni ada penampakan symbiote Venom, Riot, Carnage dan yang warna kuning tu mungkin Phage. Tak tahulah betul ke tidak sebab Kak Bell tak baca komik marvel. Itu pun tahu lepas Chris Pratt tunjuk famili tree Venom. Hiks. Kak bell bagi 7/10 bintang ⭐

CONVERSATION

1 comments:

Back
to top