Nikmati Rasa Menu 'Central Thai' Di Mueang Kao Thai Cuisine

Masakan Thai memang terkenal dengan kepelbagaiannya. Rahsia keenakan makanan Thai ini datang dari keseimbangan 5 perisa asas masam, manis, masin, pahit, dan pedas. Sesetengah hidangan Thailand juga mempunyai rasa yang lebih kuat dari kesemua citarasa ini. Faktor iklim, budaya dan tempat di bahagian Thai mempengaruhi rasa hidangan di negara ini. Masakan di bahagian Selatan biasanya lebih popular dengan penggunaan herba dan rempah seperti serbuk kari atau cili dan lebih kepada menu dari hidupan laut selain penggunaan kelapa.  Makanan Selatan Thai  juga lebih pedas jika dibandingkan dengan masakan dari bahagian tengah Thailand yang lebih 'balance' dari segi rasanya. Bagi makanan Utara Thai pula dikenali dengan penggunaan beras pulut, pes pedas cili (Nam Prikdan juga sos ikan yang ditapai (Pla Ra) serta masakannya lebih rasa masin dan berminyak.


Kebiasaannya, kita lebih kenal dengan rasa masakan dari bahagian Selatan Thai, hidangan Thai yang pedas dan lebih rasa. Pertama kali berkunjung ke restoren Mueang Kao Thai Cuisine, restoren ini menghidangkan menu hidangan dari bahagian tengah negara Thailand iaitu Mueang Kao, salah sebuah wilayah Sukhothai. Mueang Kao Thai Cuisine mula beroperasi sejak Februari 2018 dengan menampilkan pelbagai menu hidangan Central Thai dengan rasa tersendiri. Menurut pemilik restoren Mueang Kao Thai Cuisine, Esther Yap dan dibantu oleh Iman Rosul, restoren mereka menggunakan bahan dan hidupan yang segar untuk hidangan. Tukang masak dan bahan-bahan kebanyakkannya memang diimport dan dibawa masuk dari negara Thailand.

Selain itu, restoren Mueang Kao mempunyai kolam ternakan sendiri untuk sumber bahan seafood bagi memperlihara rasa masakan dengan menggunakan hanya bahan segar. Diantara maklumat yang diperolehi, Ikan Australian Jade Perch ternakan mereka diakui ada kandungan Omega lebih tinggi berbanding ikan ternakan di tempat lain dan diakui oleh wakil dari Australia sendiri. Baca sini untuk ketahui >> Thai STREET Food <<


Hidangan pada hari tersebut dimulakan dengan pembuka selera Poh Pia Sod, dan seterusnya hidangan utama yang lain. Terdapat lebih daripada 90 menu masakan untuk dipilih dan disediakan tukang masak Thailand yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun memasak masakan Thai. Tiada pes segera digunakan dan semua perasa dan condiment dibuat sendiri dengan rasa istimewa restoren ini. Jom lihat hidangan menarik disini.

Poh Pia Sod
Untuk saiz medium, set datang dengan 10 biji Poh Pia. Memang lebih kurang sama dengan popia tempatan tetapi berbeza pada intinya. Poh Pia Sod ini menggunakan inti isi ayam kari dan daging berbanding sayur untuk popia biasa. Digoreng rangup tetapi kulit popianya tidak keras bila dimakan.

 RM22 (Medium)

BBQ Saba Fish
Selain ikan Saba, terdapat juga menu dari ikan Talapia. Restoren Mueang Kao Thai Cuisine hanya menggunakan ikan Talapia Merah yang lebih sedap berbanding Talapia Hitam. Menu ikan Saba disediakan dengan sos pencicah istimewa di sini dan mempunyai rasa segar, tidak hangit walaupun dibakar. Recommended untuk anda cuba sebab isi ikan memang segar, tak hanyir dan manis.

RM25

Australian Jade Perch Thai Style Salted Egg
Ikan Australian Jade Perch yang tinggi kandungan Omega ini dimasak dengan telur masin. Isi ikannya dijadikan bebola kecil untuk hidangan. Rasa salted egg tidak terlalu kuat dan seimbang. Di antara menu patut cuba disini.

RM45

Geng Some Cha Om Goong
Menu istimewa restoren Thai, pastinya hidangan Tom Yam. Menu ini sebenarnya menggunakan telur dadar goreng sayur (Vegetable Omelette) bersama dengan kuah kari masam Thai. Ada rasa masam, manis dan pedas yang seimbang. Untuk rasa masam, menu ini yang menggunakan asam jawa (makham) dan gula pasir Thai (namtan pip)Rasa kuahnya seakan-akan masakan asam pedas tetapi lebih kuat dengan lebih aroma. Rasa pedasnya muncul setelah kuahnya dihirup dan ianya agak pedas. Top pick!

RM30

Coconut Prawns With Thai Mango
Menu udang digoreng bersama dengan serpihan kelapa (coconut flakes) dan dihidang dengan sos pencicah mangga. Peminat udang mesti tak lepaskan peluang untuk cuba menu ini. Sos pencicah pun penuh rasa. 

RM18

Dry Curry Chicken
Sos kari berperisa yang dibuat dengan herba kering dan rempah serta segar serta ditambah santan kelapa. Boleh maklumkan pihak restoren untuk tahap kepedasan.

RM18 (Small) RM35 (Medium)

Spicy Fried Rice with Thai Basil
Untuk menu ini, nasi digoreng dengan telur itik. Walaupun rasanya agak tawar, rasa nasi ini boleh disesuaikan dengan rasa menu lain yang lebih kuat. Tidak pedas dan boleh dimakan oleh kanak-kanak dan sesuai bagi yang tidak menggemari masakan pedas.

RM12 (Small)

Deep Fried Paku Pakis
Pertama kali mencuba paku pakis goreng tepung berbanding sayur bayam goreng tepung. Untuk menu ini memang ranggup dan tidak menggunakan bahagian batang yang keras. Sos pencicah juga merupakan sos khas istimewa dari Mueang Kao Thai Cuisine.

RM15 (Small)

Spicy Minced Beef Salad
Kerabu daging atau salad daging di sini memang istimewa! Paling menarik rasanya sangat segar dan tiada rasa darah seakan-akan sudah dimasak terlebih dahulu. Recommended cuba beef salad ni dan semestinya korang akan cuba lagi selepas ni!

RM18 (Small)

Thai Style Sweet Chilli Tofu
Tofu ni memang dimasak sempurna dan tidak terlalu lembik. Bahagian dalamnya memang lembut dan sesuai sebagai menu sampingan dalam hidangan.

RM13 (Small)

Terdapat 2 saiz hidangan untuk kesemua menu samaada saiz Kecil dan Sederhana. Untuk harga bergantung kepada saiz hidangan dan bagi Kak Bell ianya amat berpatutan dengan kualiti masakan dan bahan yang digunakan. Kesemua hidangan utama dan sampingan yang Kak Bell cuba memang memenuhi citarasa dan sangat berbeza dengan masakan Thai yang pernah dicuba. Rasa masakan tidak terlalu tajam kecuali untuk rasa kuah Geng Some Cha Om Goong yang agak kuat. Sebagai menu istimewa di sini, disarankan untuk cuba menu ini yang cukup enak walaupuan dimakan dengan nasi putih sahaja. Untuk menu pilihan, Kak Bell memilih menu BBQ Saba Fish, Coconut Prawns With Thai Mango, Spicy Minced Beef Salad dan Geng Some Cha Om Goong. 

Bagi menu pencuci mulut, kesemuanya menarik dengan rasa tersendiri. Pulut Thai yang digunakan  lembut dan memang berbeza dari segi rasa. Sebenarnya, bukanlah pemina tegar pulut mangga tetapi pulut mangga di sini memberi rasa sensasi yang amat berlainan. Ketiga-tiga dessert berikut juga boleh anda cuba nanti.

Mango Sticky Rice

RM9.50 (Small)

Coconut Ice Cream

RM12.90

Thai Red Ruby

RM9.50

Mueang Kao Thai Cuisine menyediakan dua pilihan tempat makan sama ada duduk di kerusi dan meja atau boleh bersila di ruang yang disediakan. Pengunjung juga boleh memilih untuk menikmati makanan di bahagian luar (tanpa penghawa dingin). Ruang makan restoren boleh memuatkan lebih kurang 40 orang pengunjung pada sesuatu masa dan tempahan boleh dibuat untuk sebarang event dan sebagainya. Untuk pengetahuan restoren ini adalah restoren Pork Free.


Ruang makan luar

Ruang makan dalam

Bagi yang ingin menikmati rasa asli hidangan dari bahagian tengah Thai bolehlah berkunjung ke sini. Pasti tidak mengecewakan! Tempahan juga boleh dibuat melalui Food Panda dan tiada minimum order dikenakan.

Mueang Kao Thai Cuisine
No. 21, (Ground Floor),
Jalan SS 22/11, Damansara Jaya,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 0142731512
Masa operasi: 11AM-11PM
Food Panda: 2PM-11PM
*Tutup pada hari Selasa


| FB | IG |


CONVERSATION

30 comments:

  1. Sedapnya tengok semua menu ni. Gambar pun cantik-cantik semua. Hari tu Qiya makan tomyam seafood kat satu restoran ni dia guna paste knorr je, spoil je rasa... first time terkena macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap semua kat sini. Rasanya memang berbeza dengan menu Thai yang biasa kita makan.

      Delete
  2. Tergoda nya dgn gambar2 makanan ni semua. Buat lapar betul walaupun dah lunch dah tadi. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. Nanti Bella belanja kita yer sebab tak jauh dari office ni hehehe memang semua sedap dan menyelerakan kita suka makanan kat sini banyak pilihan dan rasa original Thai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Jomla nanti bebila. Tak pun Food Panda sajer

      Delete
  4. Great to hv new menu served.. love thai food.. unique and nice.. must be super duper yummy! enjoy the food ya..

    ReplyDelete
  5. Memang suka makanan Thai. Kat Damansara Jaya?. Tempat saya membesar ni. Teringat nostalgia jalan kaki area sini sehingga ke Sekolah Menengah. Makanan pun banyak pilihan kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. yg penting rasa menu dr bahagian tengah Thai

      Delete
  6. suka dengan makanan thai ni..ya ampun semua yang dimakan bella semua yang nad teringin makan walaupun haritu dah rasa..haha..suka pulut mangga tu, coconut aiskrim..tomyam dia wah sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..nak makan lagi. terliur nak cuba menu lain

      Delete
  7. makanan thai memang menjadi kegilaan org melayu. makanan dalam artikel ni pun nampak sedap. harap2 restoran ini kekal dan sentiasa dipenuhi pelanggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. so far ramai yang puji taste dorang memang berbeza dan sedap.

      Delete
  8. I dah pernah makan kt sini. Memang sedap. I suke tomyam die rasa ori thai betul. Ikan yang dh siap potong tu pon sedap. Tibe2 rasa terliur. Haih kene pergi ni!

    ReplyDelete
  9. Terliurnya Rawlins tengok juadah yang ada nie. Terus rasa rindu nak makan kat situ menjelma semula. Bila Kak Bel nak belanja kita makan kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. InsyaAllah boleh. Terus lapar ni nak makan..

      Delete
  10. Wah nampak menyelerakan sangat menu2 dia kan. Dlu masa study dkt korea pun selalu pg restoran thai. Tomyam die mmg perghhh.

    Boleh la nanti ajak fmly mkn sini. Mmg anak2 saya pun suka tomyam.

    ReplyDelete
  11. Saya memnag peminat makanan Thai. Semua sedap sedap. Bila tengok gambar makanan ni lagi tambah terliur dibuatnya. Nanti nak juga merasa makan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa tekak kita memang dah biasa dengan menu Thai. Apatah lagi tom yam kan. hehe

      Delete
  12. Amboiii, semuanya nampak menyelerakan. emi memang penggemar masakan thai sejak dulu. tekak melayu katakan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah blend kita punya taste masakan tu..dah influnce jadi menu budaya kita kat sini juga kan

      Delete
  13. Oooo ayu baru tahu yang cara hidangan dan masakan menu thai ni dipengaruhi oleh daerah negara tu sendiri. Tapi ayu memang suka makanan thai, tak mudah muak.

    ReplyDelete
  14. thanks for sharing this. Their food look so delicious and fresh. lucky it's near to me. I can bring my whole family over to try it out soon.

    ReplyDelete
  15. Selalu juga kawan Thai saya ajak makan kat sini sebab deorang cakap tak sedap. Ingatkan tak Halal, rupanya boleh eh. Thanks!

    ReplyDelete
  16. Saya suka makanan Thailand. Sentiasa kena jiwa. Kalau demam saya cari Tom yam tau. Kalau minum petang suka popiah. Nyummy. Hehehe. Nanti boleh cuba restoran ni.

    ReplyDelete

Back
to top