Kediaman Mewah YOO8, 8 Conlay Di Kuala Lumpur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kediaman Mewah YOO8, 8 Conlay Di Kuala Lumpur

Trending

Kediaman Mewah YOO8, 8 Conlay Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah salah satu bandar yang paling sering dikunjungi di Asia Tenggara. Dengan kehadiran pencakar langit bertaraf dunia, pelbagai jenis kuliner terkenal serta kesan sisa zaman penjajah, menjadikan landskap bandar KL sangat unik dengan campuran tarikan bersejarah dan moden yang memukau. Berikutan itu, banyak pemaju hartanah membangunkan projek infrastruktur dan hartanah terbaru di kawasan berpontesi di Kuala Lumpur.


YOO8 Atau 8 Conlay
Terletak di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas KL dan kawasan KLCC, 8 Conlay, kondominium kategori mewah berdiri sebagai pilihan salah sebuah kediaman mewah bertaraf world class buat peminat kediaman dengan konsep rekaan dan dekorasi moden yang minimal. 8 Conlay terdiri dari 2 buah menara kediaman A & B, hotel 5-bintang Kempinski dan juga ruangan kedai. Reka bentuk dalaman YOO8 bagi Tower A direka oleh Steve Leung, manakala Tower B oleh Kelly Hoppen dan diselenggarakan oleh pihak Kempinski Group dan dibangunkan oleh pihak pemaju KSK Land.


Minggu lepas, Kak Bell berkesempatan menghadiri majlis pratonton tertutup untuk YOO8 Tower B yang diadakan bersempena dengan pelancaran pameran 'Confluential 3.0: Prêt-À-Porter'. Ianya merupakan pameran fesyen oleh beberapa pereka fesyen terpilih dan dikendalikan secara eksklusif untuk 8 Conlay bagi menonjolkan tentang pertembungan gaya hidup, fesyen dan kemewahan di Kuala Lumpur. Nak tahu siapa pereka yang ada semasa pameran tersebut, bolehlah ikuti artikel ini sampai habis kay.


YOO
Diasaskan pada tahun 1999 oleh John Hitchcox dan Philippe Starck- merupakan jenama perintis gaya hidup dan jenama reka bentuk kediaman terbesar di dunia. Di YOO, mereka menampilkan pereka reka bentuk dalaman berbakat dengan revolusi rekaan hebat seperti Philippe Starck, Marcel Wanders, Jade Jagger, Kelly Hoppen MBE, Steve Leung, Susanne Khan dan juga YOO Studio. Kepelbagaian reka bentuk YOO yang ditawarkan adalah sebahagian daripada falsafah mereka bagi mewujudkan hasil reka bentuk yang selari dengan gaya hidup pilihan individu itu sendiri.

Untuk Tower A, pihak YOO telah berkerjasama dengan pereka terkenal Hong Kong Steve Leung dalam fasa pertama kediaman mewah di 8 Conlay. Tower B pula menampilkan interior oleh pereka Kelly Hoppen. Pada 20 Oktober lalu, Kak Bell berpeluang melihat sendiri hasil rekaan kediaman untuk Tower B, 8 Conlay di galeri mereka di Bangunan KSK, Jalan Yap Ah Shak.


Reka Bentuk Dalaman Kelly Hoppen
Kelly Hoppen dilahirkan di Cape Town dan memulakan kariernya pada usia 16 tahun di London dan mempunyai 41 tahun pengalaman kerjaya dalam bidang reka bentuk. Beliau ialah seorang penulis, usahawan dan pakar reka bentuk dalaman yang berjaya. Gaya reka bentuk Hoppen adalah hasil inspirasi dari palet warna neutral Budaya-Timur serta mengenengahkan bentuk-bentuk yang minimalis untuk menggambarkan ketenangan dan keseimbangan ke dalam ruang hidup. Pada tahun 2009, Hoppen telah dianugerahkan MBE (The Most Excellent Order of the British Empire) oleh Queen Elizabeth II untuk perkhidmatannya dalam reka bentuk dalaman.


Untuk YOO8, beliau berkerjasama dengan YOO dengan menampilkan 2 konsep reka bentuk utama: Urban & Spring

Spring Concept
Menampilkan kesan harmoni dan tenang untuk kediaman dalam reka bentuk konsep ini. Menggunakan warna hijau untuk latar belakang yang segar, unbleached fabrics dengan perincian kaca berwarna putih bagi menghasilkan ruang lebih neutral dan semula jadi. Ciri rekaannya lebih kepada tekstur organik dan menggunakan warna semulajadi serta menggabungkan ciri permukaan lembut dan bentuk-bentuk rekaan yang seimbang. Perincian warna gangsa untuk kemasan menjadikan bilik dengan konsep musim bunga ini lebih menyerlah dan tenang. Untuk bilik ini, tab mandinya direka dengan ciri origami.





Urban Concept
Bagi peminat gaya klasik Hoppen, konsep Urban ini menampilkan ciri timeless elegance, lebih kosmopolitan, rona senada dengan penggunaan motif yang berulang untuk kesan lebih glamour. Dengan kesan pencahayaan ambien, penggunaan batu seramik taupe dan lantai kayu berwarna gelap menjadikan ruangan di konsep ini sangat elegan.


Urban - Type C Bathroom

Bilik tidur utamanya menggunakan rona warna hijau dan warna coklat, selain warna hitam dan putih yang dramatik. Unsur ruang juga lebih kontras dengan butiran hiasan dalaman yang geometri. Tab mandi untuk konsep ini berbentuk segi empat tepat.

Urban - Type C Bedroom


Kemudahan Di YOO8
Lifestyles Retail Quarters (Tingkat 10-49/50-55): 8 Conlay's lefestyle retail quarters bring together cultural and artistic experiences as well as a collection of fine shops and FnB venues.
26th Floor : water lounge; chill out room, main pool, jacuzzi, wading pool, gymnasium, changing room, view deck & playground.
44th Floor Green Refuge : multi purpose room, lounge, library, BBQ, Chill out deck, games room, Yoga Deck, management room.

Type 
sq.ft/m2 
Bedroom 
A1 
705/65.5 
1 
B3 
751/69.8 
1+1 
B4 
751/69.8 
1+1 
B5 
776/72.1 
1+1 
C4 
945/87.8 
2 
C5 
949/88.2 
2 
C6 
960/89.2 
2 
C7 
1098/102 
2 
D2 
1095/101.7 
2+1 
D3 
1140/105.9 
2+1 
D4 
1147/106.6 
2+1 
D5 
1158/107.6 
2+1 
D6 
1155/107.3 
2+1 
E1 
1328s/123.4 
3 

Serviced by: Kempinski (Hoteliers Since 1879)
Selling Price Range for YOO8: RM 2.3 mil – RM 4.2 mil
Price per sq. ft.: Starting from RM3, 200 per sq. ft.
Maintenance Fees: RM 1.20 psf
Event/Show Units: YOO8 Sales Gallery, 8 Jalan Conlay, 50450, Kuala Lumpur.

Kempinski Kuala Lumpur
Ditubuhkan pada 1897, merupakan sebuah syarikat kumpulan hotel mewah dan tertua di Eropah. Kempinski dikenali di peringkat antarabangsa sebagai salah sebuah jenama terkenal dengan layanan dan perkhidmatan terbaik di dunia. Mempunyai 76 buah hotel di seluruh dunia dan Kempinski Kuala Lumpur (KHKL), merupakan salah satunya hotel pertama mereka di Malaysia. KHKL merupakan hotel yang menggabungkan ciri Timur warisan Malaysia dengan Eropah (kempinski's european savoir-faire).

Basic Service: Valet, 24 hours security system, concierge service, doorman, shuttle bus service etc.
Ala carte service: laundry, houskeeping, butler on call, private chef service, nanny/day care centre, car care service etc



'Confluential 3.0: Prêt-À-Porter'
Sebuah pameran fesyen yang meraikan pertemuan gaya hidup, fesyen dan kemewahan kota Kuala Lumpur dengan menampilkan beberapa pereka fesyen terpilih seperti Han Chong of Self-Portrait, Khoon Hooi, Joe Chia, Jonathan Liang, Ezzati Amira, Kittie Yiyi, Cassey Gan dan Moto Guo. Pameran fesyen ini dikendalikan secara eksklusif untuk 8 Conlay pada private event tersebut.


Gambar Koleksi Pereka Terkenal Malaysia








Untuk maklumat lanjut sila layari 8conlay

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post