Cre Arts Asia Kembali Dengan Aksi Yang lebih Hebat Atas Permintaan Ramai

Cre Arts Asia, sarkas moden terbesar di Asia Tenggara kini kembali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC). Tahun lalu, kemunculan pertama mereka juga di KLPAC menerima sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat tempatan tanahair. Kali ini Cre Arts Asia bakal mempersembahkan aksi yang lebih hebat dan bersedia membawa penonton kembali ke dunia Cre.



Untuk pengetahuan anda, Cre Arts Asia merupakan kumpulan sarkas kontemporari moden yang sepenuhnya lahir dari Malaysia yang terdiri dari kerjasama dari studio seni persembahan, Viva Circus dan Psycusix sebuah kumpulan seni persembahan sarkas moden dan kontemporari terkenal Malaysia. Persembahan mereka adalah berdasarkan naratif misteri planet V dengan penceritaan melalui persembahan yang ditampilkan melalui 4 elemen udara, air, tanah dan api!


Cre dihasilkan secara bersama oleh Chris Lo (Pengarah Produksi & Persembahan) dan Yiki Chin (Pengarah Pentas), selain dibantu oleh Nana Liew (Pengarah Kreatif), Afique Khaikal dan Samantha Yee (Choreographer Art Flow). Aksi persembahan mereka tidak menggunakan haiwan dan hanya melakukan pertunjukan aksi teknikal berdasarkan unsur udara, air, tanah dan api. Berkesempatan menyaksikan persembahan mereka pada tahun lepas, sememangnya menarik dan amat memberangsangkan.



Pada tahun ini, sidang media telah diadakan di ANT Cafe & Bar pada 10 Oktober 2018 seterusnya melancarkan siri kedua persembahan Cre Arts Asia. Menurut mereka, pertunjukan tahun ini lebih istimewa dengan menampilkan lebih banyak pergerakkan baru dan perubahan dalam aliran koreografi, jalan cerita yang pasti membuatkan anda terpukau. Matlamat mereka bukan sekadar untuk memberikan hiburan yang luar biasa tetapi juga untuk berkongsi keghairahan dan menjadi penyokong dalam perkembangan seni persembahan di Malaysia. 


Mereka ingin memberi inspirasi, mendidik dan menggalakkan golongan muda untuk terlibat secara aktif dalam bidang seni. Oleh itu, kesemua mereka bekerjasama sekali lagi untuk mencipta satu lagi persembahan yang menarik untuk seluruh ahli keluarga menikmati keseronokan di hujung minggu menonton persembahan mereka di KLPAC nanti.

Dari Kiri : Chris Lo (Production Director, Event Director) , Yiki Chan (Producer, Marketing Manager) , Aifique Khaikal ( Creative Director, Flow Arts Choreographer) dan Nana Liew (Creative Director, Dance Choreographer)

Cre Arts Asia 2017

Akan diadakan di KLPAC bermula 30 November hingga 2 Disember 2018, tiket akan mula dijual secara dalam talian di https://airasiaredtix.com/cre bermula 15 Oktober 2018. Harga tiket bermula dari RM118, RM158 dan RM198 bergantung kepada jenis tempat duduk. Bagi kanak-kanak dan warga emas, layak untuk mendapatkan pengurangan harga bagi tempahan secara berkumpulan. Buat pemegang Kad Debit dan Kad Kredit Hong Leong Bank (HLB) akan diberi diskaun 10% daripada harga tiket biasa. Pemegang kad kredit GSC HLB pula layak untuk 15% diskaun.


Untuk dapatkan info lanjut mengenai tiket dan persembahan boleh kunjungi laman rasmi Cre Arts Asia dan paltform media sosial mereka.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top