Raikan Ulang Tahun ke-3 JOOX Bersama Artis-Artis Kesayangan Malaysia Di Tremendous JOOX Live Concert! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Raikan Ulang Tahun ke-3 JOOX Bersama Artis-Artis Kesayangan Malaysia Di Tremendous JOOX Live Concert!

Trending

Raikan Ulang Tahun ke-3 JOOX Bersama Artis-Artis Kesayangan Malaysia Di Tremendous JOOX Live Concert!

Siapa pengguna aplikasi strim muzik, JOOX? Bagi pencinta muzik, pastinya tahu aplikasi muzik percuma JOOX yang menyediakan pelbagai koleksi lagu hits, artis kegemaran seluruh dunia sesuai dengan citarasa anda. Bersempena dengan Ulang Tahun ke-3 JOOX dan IN Festival : Influencers 2018, JOOX ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka menerusi Tremendous JOOX Live Concert pada Sabtu, 22 September 2018 ini, pada jam 7.30 malam di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat aplikasi muzik popular ini bakal berhibur dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama dengan Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See!

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan barisan penyanyi untuk meraikan ulang tahun ketiga kami melalui acara Tremendous JOOX Live Concert. Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamanya untuk pelanggan JOOX, berdasarkan populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut,” ujar Angie Tan, Pengarah Perkembangan Perniagaan JOOX.

Menurut Angie Tan, bilangan pendengar lagu-lagu artis yang akan tampil di malam konsert tersebut terus meningkat, dan masih stabil dalam senarai lagu-lagu popular yang dimainkan hingga ke hari ini. Penyanyi yang juga pemenang pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah menyatakan bahawa JOOX telah memberikan para peminatnya sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyiannya tidak kiralah yang lama mahu pun baru. Penyanyi berbakat besar ini akan muncul dengan lagu terbaru bertajuk ‘Layarlah Kembali’ dan lagu ini mendapat respons yang baik di aplikasi Joox. Sementara itu, Akim and The Majistret menyatakan bahawa aplikasi seperti JOOX merupakan satu aplikasi yang baik untuk band-band seperti mereka. Ini kerana aplikasi ini berjaya memperkenalkan muzik mereka kepada audiens yang lebih besar.

“Kami tidak akan berjaya mendapat bilangan para peminat seperti hari ini kalau bukan kerana JOOX membantu mempromosikan muzik kami,” ujar mereka yang popular dengan lagu ‘Potret’ dan ‘Lagu Untuk Laila’.

Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan JOOX telah berkembang dan konsert ini adalah ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong JOOX setelah tiga tahun beroperasi. Mereka berharap dapat terus menyediakan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat buat peminat JOOX.


Peminat hanya perlu membeli JOOX VIP untuk mendapatkan 1 pas masuk biasa, atau JOOX VIP tiga bulan untuk mendapatkan 1 pas masuk VIP ke Tremendous JOOX Live Concert. Kad VIP boleh dibeli melalui JOOX atau di mana-mana cawangan 7E (terhad kepada Malaysia Barat), bermula Khamis, 6 September.

Bagi mereka yang membeli kad VIP dari cawangan 7E, jangan lupa untuk membawa kad tersebut ke RedBox The Gardens atau RedBox Low Yat Plaza mulai 13 September (Khamis) hingga 17 September (Isnin) bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang untuk menebus Pas masuk. Jangan ketinggalan kerana Pas masuk adalah terhad. Jika anda membeli kad melalui JOOX, anda akan menerima mesej pengesahan dan cuma perlu tunjukkan di kaunter penebusan untuk masuk. Anda juga boleh melawat laman Facebook JOOX Malaysia facebook.com/JOOXMY untuk maklumat lanjut mengenai cara menebus pas masuk anda.


Selain itu juga, JOOX turut menyediakan aktiviti termasuk JOOX P2P Live, yang membolehkan anda merasai P2P secara langsung dan bertemu artis VJ kegemaran anda seakan di studio, pada hari IN Festival: Influencers 2018 pada 22 September dan 23 September, dari 11 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Terdapat juga booth karaoke, video mini VOOV (pengunjung boleh membuat video mini!), dan putaran percuma Wheel of Fortune (terma dan syarat dikenakan).

Jangan lupa untuk singgah sebelum konsert bermula mendapat beberapa hadiah percuma atau mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Hadiah Utama serta bertemu dengan Social Influencers dari seluruh Asia Tenggara! Muat turun sekarang untuk memulakan jelajah muzik premium anda mulai hari ini!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post