Majlis Pelancaran Trailer Filem Dan Runut Bunyi Filem Kalla: Hidup Atau Mati

Pada 28 Ogos 2018 telah diadakan pelancaran rasmi trailer dan runut bunyi bagi filem Kalla: Hidup Atau Mati bertempat di Arthall WOWKL. Trailer yang berdurasi 97saat dan OST filem yang berdurasi 4 minit ini akan mula menemui peminat filem melayu dipawagam tidak lama lagi.

Kalla: Hidup Atau Mati, karya filem tempatan akan mula ditayangkan di layar perak pada 11 Oktober 2018. Merupakan hasil garapan Dato Dr. Suhaimi Ibrahim dan Tuan Lai Yun Ka manakala idea skrip asal dihasilkan oleh Alan Smithe. Filem yang bergenrekan suspens thriller dan diperkuatkan dengan barisan pelakon yang cukup berpengalaman seperti Faizal Hussein, Vanida Imran, Azhan Rani serta kemunculan wajah baharu, Farali Khan yang giat menempa nama di Indonesia. Karektor utama tersebut turut menerima dukungan dari aktor-aktor yang berwibawa seperti Heryanto, Razali Hussain, Riz Amin dan Zaidi Omar.


Kalla: Hidup Atau Mati mengisahkan seorang professor sejarah Dr Ezahar (lakonan Faizal Hussein) yang diburu oleh pihak berkuasa diketuai Inspektor Harris (lakonan Azhan Rani) kerana disyaki terlibat dalam letupan bangunan 18 tingkat Pusat Dagangan dan Konvensyen yang mengorbankan ramai nyawa termasuk isterinya. Dr Ezahar yang tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya Sherina (lakonan Vanida Imran), meneruskan pencarian isterinya yang diisytiharkan mati dalam sebuah kejadian bangunan runtuh akibat serangan bom terroris. Dr Ezahar mendapat petunjuk mengenai isterinya dan mula mempercayai isterinya masih hidup.


Bermula dari situlah, segala misteri mula dirungkaikan satu persatu oleh Dr Ezahar yang membabitkan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri. Diburu oleh pihak berkuasa dan juga dari kumpulan lain, Dr Ezahar banyak dibantu dan diselamatkan oleh seorang wanita bernama Uyun (lakonan Farali Khan). Melengkapi genre suspens thriller, filem ini bakal menghidangkan pertarungan, aksi, konflik serta drama dari mula sehinggan ke hujung filem ini.

Pengarah Produksi Little Film Sdn Bhd, En Elman Wafi Ng Abdullah


Turut diperkenalkan dalam majlis ini adalah sebuah lagu runut bunyi yang dicipta khas oleh seorang komposer tempatan yang tidak asing lagi iaitu Ajai dan disampaikan oleh Nooryn Aziz dan Hazama. Percayakan Hati Kita berdurasi selama 4 minit berkisarkan tentang keutuhan cinta dan kerinduan yang tidak bertepi seorang suami kepada isterinya akibat terpisah secara tiba-tiba. Menurut Ajai, pemilihan dua ini adalh berdasarkan kekuatan vokal serta emosi Noryn Aziz dan Hazama yang mampu menyempurnakan melodi serta lirik lagu tersebut.



Bagi memeriahkan dan merancakkan kemunculan filem melayu tempatan, Little Film Sdn Bhd turut menganjurkan sebuah peraduan untuk memenangi telefon pintar OPPO A3. Peraduan ini bermula pada 11 Oktober 2018 hingga tamat tayangan seluruh Malaysia.

Syarat penyertaan seperti berikut:
  • Like laman media sosial rasmi filem Kalla: Hidup Atau Mati di Facebook dan Instagram @kallathemovie
  • Rakam aksi mimik muka/ekspresi wajah melakonkan kembali dialog dari mana-mana adegan filem ATAU nyanyian lagu OST Kalla (Percayakn Hati Kita).
  • Muat naik video berdurasi 30saat di IG atau Facebook dengan hashtag #kallathemovie
  • Bukti pembelian 4 tiket filem Kalla untuk menuntut hadiah *tertakluk kepada terma dan syarat.

Siapakah yang terlibat dalam kejadian letupan tersebut? Apa sebenarnya yang menimpa Sherina dan adakah dia masih hidup atau mati? Jangan lupa nantikan jawapannya di pawagam  pada 11 Oktober 2018 nanti.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top