Konsert LIVE Tremendous JOOX Meriah!

Konsert 3mendous JOOX yang berlangsung pada 22 September lepas telah dihadiri 2000 penonton di Plenary Hall, KLCC dan berjaya menerima lebih daripada 33,000 tontonan yang telah disiarkan secara langsung. Bersempenea dengan ulang tahun ke-3 JOOX, Konsert Tremendous JOOX Live ini mengundang penyanyi-penyanyi paling popular di aplikasi muzik popular JOOX.


Di antara artis yang diundang bagi meraikan ulang tahun ketiga JOOX tersebut seperti Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Aizat Amdan, Akim and The Majistret bersama dengan Ismail Izzani, Aziz Harun, Farisha Irish dan Uriah See. Mereka merupakan di antara nama-nama popular yang paling distrim di aplikasi muzik popular, JOOX. Setiap penyanyi mempersembahkan 3 buah lagu popular masing-masing, manakala Akim and The Majistret telah mempersembahkan 5 buah lagu.


Konsert 3mendous JOOX dibuka dengan persembahan Aziz Harun yang menyampaikan lagu Senyum, That's Whai I Like dan Jangan. Semasa konsert tersebut, pihak JOOX juga telah mengumumkan aplikasi video terbaru, VOOV dimana peminat boleh menyanyi dan battle dalam aplikasi ini.


Ismail Izzani pula menyampaikan lagu Sabar, Perfect dan Luar Biasa walaupun dalam keadaan tidak sihat beliau tetap memberikan aksi terbaik. Sudah tentunya, kehadiran Ismail Izzani pada malam tersebut mencuri tumpuan peminatnya terutama para gadis.


Persembahan seterusnya menampilkan penyanyi berbangsa Cina, Uriah See. Walaupun kurang dikenali bagi peminat Melayu, Uriah telah menampilkan persembahan hebat dan bertenaga. Beliau menyampaikan lagu Now Or Never, All Of Me dan paling mencuri tumpuan penonton apabila membawakan lagu lagu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi dengan cara tersendiri. Aksi tarian dan sambil memainkan violin memberi kelainan kepada persembahan Uriah See!



Farisha Irish yang popular dengan lagu Tak Malu, turut menyanyikan lagu popular Siti Sarah, Semakin. Terus terang tak sangka dengan vokalnya yang tinggi mampu membawakan lagu Semakin dengan baik dan memukau.


Seterusnya, suasana konsert semakin hangat dengan persembahan Akim and The Majistret. Keupayaan dan persembahan mereka memang tidak perlu disangkal. Membawakan lagu Terlalu Mudah, Lagu Untuk Laila, Obses dan Potret. Mereka juga turut membawakan lagu baru Rampas dan semua lagu dipersembahkan dengan bertenaga. Terus jatuh hati dengan lagu Rampas dan telah berulang kali memainkannya di JOOX!



Aizat Amdan tampil pertama kali dengan quartet sambil menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Hari-Hariku, Sampai Ke Hari Tua dan Hanya Kau Yang Mampu. Katanya ini pertama kali beliau membuat persembahan dengan konsep ala unplugged dengan menampilkan quartet. Aizat di sidang media JOOX menyatakan hasrat dan keinginannya untuk membuat konsert solo di kemudian hari.



Kemuncak konsert semestinya dengan kehadiran Dayang Nurfaizah. Peminat yang tidak henti-henti menjerit setelah kemunculan Dayang di pentas menjadikan suasana bertambah meriah. Dayang yang menyampaikan lagu Di Pintu Syurga, Dayang Sayang Kamu dan Lelaki Teragung. Untuk lagu Dayang Sayang Kamu dibawakan secara remix dan dimeriahkan dengan para peminat Dayang yang menari bersama ketika Dayang turun dari pentas dan menyanyi bersama peminat.




Persembahan Tremendous Joox Live Concert ditutup oleh Joe Flizzow dengan menyanyikan lagu Sampai Jadi, Drop dan lagu paling popularnya Apa Khabar. Seterusnya konsert diakhiri dengan acara memotong kek bersama artis undangan dan pihak JOOX.



Bagi yang nak menonton video rakaman konsert bolehlah layari You Tube Bella Jamal. Happy Birthday yang ke-3 JOOX!
Credit untuk sumber gambar. TQ!


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top