Barbeque Nation Kini Di Buka di Pavilion Elite Kuala Lumpur

Anda peminat makanan India? Umum mengetahui bahawa masakan India terkenal dengan rasa pedas dan menyelerakan dengan rempah (herbs) masakan yang digunakan. Ciri khas masakan India yang menggunakan berbagai jenis rempah-rempah khas menjadikan makanan India mempunyai rasa yang tersendiri dan menawarkan pelbagai jenis 1001 jenis makanan yang berbeza. Masakan India turut memengaruhi masakan negara-negara di lain di dunia, terutama masakan Asia Tenggara, khususnya dalam pemakaian rempah-rempah untuk hidangan serupa kari dan interaksi antarabudaya ini telah menjadikan masakan India bercampur unik dengan berbagai jenis masakan di Asia.


Semalam Kak Bell ke Barbeque Nation di Pavilion Elite untuk mencuba hidangan 'Berbeque India'. Barbeque lebih dikenali dengan nama BBQ merupakan jenis penyajian hidangan daging atau sayuran dengan memanggang makanan di ruangan terbuka secara beramai-ramai atau dibakar di atas griller. Jika Tandoori pula, ianya jenis BBQ ala India yang menggunakan kuali tanah liat sebagai alat pemanggangnya.

Barbeque Nation
Barbeque Nation yang terletak di aras 9, Pavilion Elite KL ini menyajikan menu BBQ dan hidangan buffet buat penggemar masakannya. Restoren ini merupakan salah satu restoren BBQ India yang berjaya dan terkenal yang mempunyai lebih dari 100 rangkaian restoren di India dan beberapa buah restoren rangkaianya di luar negara seperti UAE dan Malaysia.


Barbeque Nation telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan visi yang mudah iaitu menawarkan pengalaman makan yang lengkap kepada para pelanggan pada harga yang berpatutan. Outlet pertama mereka di Mumbai telah dibuka pada tahun 2006 dan seterusnya berkembang termasuk di UAE, Dubai dan kini pertama kali dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia pada Ogos 2018 yang lalu.

Sangat tertarik dengan konsep ruang makan di sini yang amat selesa, bersih dan kemas. Restoran direka khas dengan suasana moden, luas dan ideal untuk pengalaman makan sempurna bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Ruang makannya terletak disekeliling kawasan bufet dan live kitchen dan pengunjung boleh bergerak bebas semasa mengambil hidangan.


Kawasan bufet

Di restoren ini, mereka menampilkan konsep 'DIY' (do-it-yourself) yang membolehkan pengunjung memilih hidangan kegemaran mereka dari pelbagai pilihan daging dan hidangan vegetarian (sayuran) untuk dipanggang sendiri di atas griller di meja hidangan. Menu bufet dan starter juga ada disediakan untuk menu vegetarian dan non-vegetarian. Selain bufet, turut ada 'live kitchen' dimana pengunjung boleh memilih menu untuk dimasak on the spot! Memang seronok dapat memanggang gril skewer secara live dan yang penting pilihan hidangan yang pelbagai dan pada harga yang tetap.

BBQ griller

Chilli bajji (Live kitchen)

Di sini, anda boleh mencuba menu tradisi yang hanya terdapat di India dan kebanyakan citarasa menunya datang dari masakan Mediterranean, Amerika, Oriental, Asia dan India. Penggunaan rempah dan herba telah disesuaikan rasanya yakni dikurangkan daripada rasa dan kuantiti asal hidangan bagi menepati citarasa tempatan. Walaubgaimanapun rasa rempah dan herbanya masih dapat dirasai dalam hidangan yang disediakan. 

Starter Menu
Untuk menu disini ada Kerabu Taugeh, Chicken Tikka Salad, Ambrosia Salad, Onions Rings, Carrot & Beetroot Salad, Tossed Salad, Tuscan Pasta Salad dan Crudite Vegetables. Turut disediakan pelbagai jenis topping sos yang pelbagai.


Chicken Tikka Salad

Diantara menu BBQ skewer yang ada disini ialah Chicken Shish Tawook, Mutton Mint Seekh, Burnt Garlic Chicken Tikka, Char Siu Chicken Wings, Hariyali Fish Tikka, Arabic Prawns dan Fried Chicken 65 untuk non-vegetarian. Bagi menu vegetarian pula terdiri dari Peri-Peri Mushrooms, Sweet & Sour Grilled Tofu, Rice & Corn Cake, Chili Garlic Grill Vegetables, Cajum Potato Wedges, Balsamic Bib Pineapples dan Crispy Corn.


Barbeque Nation menampilkan konsep makan selagi boleh. Setiap meja akan disediakan 'flag' I'VE HAD MY FILL. Jika anda menurunkan flag tersebut, pihak restoren akan berhenti menambah hidangan untuk skewer BBQ.


Dessert
Bagi peminat dessert dan kek boleh kunjungi stesyen ini. Diantara pilihan makanan yang ada seperti Cheese Cake, Blueberry Mousse, Buah potong, Assarted Indian Dessert, Ais Krim dan sebagainya. Bersebelahan stesyen dessert, pengunjung turut boleh mencuba Crispy Waffle dan juga Churros. Untuk waffle dan churros tersebut boleh digandingkan dengan ais krim, sirap coklat, sirap strawberi atau sirap pancake.


Live Chat Station 
Stesyen live chat ini akan menyediakan hidangan yang ditempah secara on the spot. Menu yang ada seperti Pani Puri, Dahi Puri, Dahi Papdi Chat, Dahi Bhalla dan Aloo Tikki. Mendengar namanya pun kita sudah tahu bahawa ianya merupakan diantara makanan tradisi masyarakat India.

Kak Bell cadangkan anda mencuba menu di sini jika hendak mencuba aneka snek India. Bebola pani puri ini nanti akan dimasukkan isinya oleh chef. Tuangkan sedikit sos cair mint yang disediakan ke dalam pani puri sebelum makan. Pertama kali mencubanya disini dan isinya lebih kurang isi karipap dan bebolanya ranggup. Worth to try!

Pani Puri

Isi dalam Pani Puri

Untuk menu ini dipanggil Dahi Bhalla. Menu ini menggunakan kutlet kentang (Aloo Tikki) bersama dengan yogurt (Dahi)Anda boleh mencuba menukar bahan snek dengan samosa dan lain-lain.


Samosa dengan yogurt

Menu popular lain seperti Thosai, Potato Masala juga ada disini. Untuk Thosai ini diletakkan isi kambing didalamnya. Sedap! Untuk stesyen Pasta, pengunjung boleh mencuba Pasta Station Pesto, Cheese Sauce dan Bolognese.

Thosai

Grilled seafood skewers

Berikut disediakan jadual hidangan dan harga untuk bufet. Setiap hidangan akan ada nama menu beserta tag vegetarian atau non-vegetarian.

Lunch Vegetarian (Mon-Sat)
Lunch Non-Vegetarian (Mon-Sat)
Dinner Vegetarian (Mon-Tue)
Dinner Non-Vegetarian (Mon-Tue)
Dinner Vegetarian (Wed-Sun)
Dinner Non-Vegetarian (Wed-Sun)
Lunch Vegetarian (Sunday)
Lunch Non-Vegetarian (Sunday)
Kids Buffet (6-9 Years)

Harga Bufet
Lunch (Mon-Fri) RM49
Dinner (Mon-Thurs) RM59
Lunch (Sat-Sun) RM59
Dinner (Fri-Sun) RM69
Kids (Fixed at) RM59
*tertakluk kepada 10% service charge

Biryani Kambing & Biryani Ayam (Non-Veg)

Butter Rice & Dry Fruit Pilaf (Veg)

Beef Chukka (Non-Veg)

Butter Chicken & Kurma Kambing (Non-Veg)

Andhra Fish & Oyster Basil Chicken (Non-Vege)

Chennai Egg Curry (Non-Veg) & Aloo Tomatar (Veg)

Herb Tossed Vegetable & Stir Fry Noodles (Veg)

Mix Veg Palak & Chilli Garlic Tofu (Veg)

Grilled Crab

First impression ketika mula masuk ke restoren, Kak Bell beraggapan bahawa harga hidangan disini pasti sangat mahal dengan konsep restoren tampak mewah tetapi harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan. Walaupun Kak Bell berkunjung untuk kali pertama ke sini, suasana makan di sini memang selesa dan aman. Tempat yang selesa untuk keluarga dan rakan-rakan menjamu selera. Masakannya tidak terlalu pedas dan menepati selera dengan rasa sebenar masakan India. Kebanyakkan menu Kak Bell suka dan sedap. Pelayan restoren juga ramah dan pengunjung boleh melihat kebersihan restoren ini di ruang masak. Bagi yang ingin mencuba keenakan masakan India dan keseronokan barbeque bolehlah kunjungi Barbeque Nation, Pavilion.



BARBEQUE NATION
Level 9, Elite Pavilion Mall
168, Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur
03-2110 4311

https://www.barbequenation.com/
https://www.facebook.com/BBQNMalaysia/

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top