Touch & Go Photocard Baru! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Touch & Go Photocard Baru!

Trending

Touch & Go Photocard Baru!

Mulai 26 April 2017 lepas, tiada lagi bayaran tol tunai untuk pengguna laluan tol. Semua pengguna jalan raya perlu membayar tol secara elektronik sama ada menggunakan kad Touch 'n Go, SmartTAG atau Radio Frequency Identification (RFID). Ianya bagi memudahkan dan mempercepat pergerakan kenderaan serta mengelak 'traffic jam' di plaza tol. 


Kak Bell juga lebih selesa menggunakan SmartTAG semasa di laluan tol berbanding Touch 'n Go sebab perlu membuka tingkap dan sentuhkan kad. Kalau ada masalah pada tingkap, terpaksa pula membuka pintu kenderaan untuk touch! Kadangkala ada juga hadapi situasi alat SmartTAG tidak dapat dikesan oleh sensor tol. Sebelum ini, memang tiada masalah. Tak payah nak memperlahankan kenderaan dan terus meluncur laju, tetapi sejak akhir-akhir ini sampai naik rimas bila banyak kali terjadi SmartTAG sukar dikesan oleh sensor tol. Masalahnya bawa bukannya laju, tetap katanya tiada baki! Paling sakit hati, kalau ada pemandu salah masuk laluan tol, lagilah berbulu kita kat belakang kan.

Sebenarnya bukan nak bercerita pasal tol. Kak Bell nak cerita pasal kad Touch 'n Go Photocard yang hilang tempohari. Kisahnya bulan lepas Kak Bell telah kehilangan kad Touch 'n Go Photocard yang telah Kak Bell personalised dengan gambar sendiri. Actually, bukannya hilang tetapi terlupa nak ambil semula semasa menaiki Grab! Mungkin dah rancak berbual tak ingat dunia (kononnya peramah) sampai terlupa nak minta balik kad tersebut. Kak Bell ada hubungi pihak Grab dan juga pemandu grab terbabit untuk dapatkan semula kad tu tetapi tiada maklum balas dan jawapan dari pemandu Grab. Pihak Grab  pula bagitahu perlu membayar caj perjalanan untuk pemandu tu hantar semula kad tersebut. Bukannya kita sengaja tinggal pun, dah memasing lupa pasal kad tu nak buat macam mana! Daripada bayar caj dia datang nak pulangkan kad, baik Kak Bell buat TnGo Photocard baru. Saja je abang Grab tu nak simpan gambar i kan! Hahaha. Nasib baiklah ada baki sikit je. Nak transfer baki, terlupa pula nak register kad tu.


Sebelum ni juga, Kak Bell ada kongsikan tentang Touch 'n Go Photocard ni awal tahun 2017. Elok pulak dah hampir setahun kena buat kad baru. Nasib baiklah ada kad lama dalam simpanan, so gunakanlah dahulu sebab hari-hari pergi kerja memang kena lalu tol. Kalau nak cepat kena lalu 2 buah tol (ni kes dah terlambat). Masa nak reload, abang tol bagitahu kad dah expired pulak. Nasib baiklah boleh gunakan MyKad (Identification Card)  untuk fungsi reload TnGo. Terus kantoi muka pembantu rumah kat IC! haha. Kalau korang nak tahu, MyKad boleh digunakan sebagai kad TnGo. Cuba tengok MyKad masing-masing ada tulis Touch 'n Go dengan ciri 80K chip tak? So, boleh reload kat MyKad. Sekarang pun dah ada e-Wallet, boleh top up terus je online.




Hampir sebulan gunakan MyKad letak dalam SmartTag banyak kali sensor tak dapat kesan bila lalui tol. Terpaksa reverse dan touch. Kalau tak berjaya kena pula tunggu abg tol datang. Stress! Rupa-rupanya, kalau gunakan MyKad, susah sikit nak detect. Korang perlu tekan butang tepi SmartTAG supaya alat tu aktif (cara sama nak semak baki kad pada SmartTAG), barulah boleh lalu kat tol dengan jayanya. Dah sakit hati sangat, so Kak Bell lalu kat laluan Touch 'n Go ajelah senang!

Ok, untuk personalized kad ni korang boleh buat di hub TnGo di NU Sentral, Bangsar South dan Wisma Nufri, JB. Harganya RM20 tanpa nilai reload. Untuk tambah nilai minimum RM10 dan maksimum RM500 *Maximum card limit atau maksimum reload value ialah RM1500. Tiada annual fee dikenakan dan jika kad rosak disebabkan manufacturing defect, boleh minta tukar dengan harga RM10 dalam tempoh 30 hari dari tarik pembelian. Untuk kad TnGo ni ada expired date jugak. Let say, if kad tidak digunakan selama 12 bulan berturut-turut (12 consecutive months), kad tersebut akan tidak aktif atau jadi unutilized. Lebih lanjut boleh visit Touch 'n Go website. Baca FAQ!

Sekarang ini, ada harga promosi. RM18 sahaja! Bolehlah pi buat.


Sekarang ni pula dah diperkenalkan pula sistem RFID. Kak Bell pun baru je tahu apa benda alah ni. Sistem RFID telah mula diaplikasi dan lebih cekap dan lebih canggih daripada menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG untuk membayar di plaza tol. Pengguna jalan raya hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahan atau berhenti sepenuhnya. Sensor di plaza tol akan mengesan tag dan debit secara automatik. Kak Bell dah register untuk pilot testing. Hanya untuk 100K pelanggan terawal, akan diberi sticker RFID percuma, cume tol ajelah kena bayar sendiri. Hehe. Siapa nak cuba register kat PreRegisterRFID.

Itu aje pun nak cerita. Cantik kan Kad Touch 'n Go Photocard baru Kak Bell?? Kay Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post