Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili

Hi Korang! Lama rasanya Kak Bell tak kongsi resepi. Jawapannya jarang masuk dapur sejak akhir-akhir ni. Harini masuk ke dapur pun buat menu ringkas sahaja sebab banyak benda nak buat. Nampak di FB ada yang post gambar telur goreng dengan bawang, jadi teringin pula nak makan. Menu ringkas dan mudah tentulah telur goreng! Kalau time tak ada selera makan, menu telur goreng dengan kicap pun dah memadai kan untuk membuka selera.


Untuk resepi ni, Kak Bell buat untuk 2 orang makan. Nanti bolehlah adjust berapa banyak bilangan biji telur dan bahan yang nak digunakan. Kita tak pakai air yer sebab bukan nak buat telur masak kicap yang berkuah. Ada yang dah siap tumis semua bahan baru letakkan kicap, ada juga yang gunakan cili padi hidup dan perahkan asam limau tanpa menumis. Kak Bell lebih suka tumiskan semua bahan dan tambahkan sos tiram untuk lebih rasa. ikut suka nak buat kaedah mana asalkan boleh makan. Jom tengok bahan-bahan masakan.


Bahan-bahan:
3 biji telur
1/2 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar
2 biji cili padi
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 sudu sos tiram
Kicap
Garam



Cara memasak:
1) Hiris bawang atau potong bulat dan potong cili, lada ikut kesukaan.
2) Panaskan minyak, goreng telur dan ketepikan.
3) Goreng garing ikan bilis dan ketepikan.
4) Asingkan minyak menggoreng tadi guna secukupnya untuk tumis bawang, cili padi dan lada.
5) Masukkan sos tiram, kicap dan sedikit garam.
6) Tumis hingga bawang besar dan cili padi, lada sedikit layu.
7) Tuangkan bahan atas telur siap digoreng tadi.

TIPS!
  • Gunakan minyak banyak semasa menggoreng telur
  • Gunakan api perlahan, jika nak telur cantik tanpa membalikkan telur

So dah siap dah resepi ringkas lagi mudah ni. Nak hiaskan dengan salad pun boleh. Kak Bell pun makan dengan hirisan timun Jepun. Bertambah makan nasi walaupun menu telur kicap. Tambah pula ada ikan bilis goreng. Amacam menarik tak?

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top