Sekitar Konsert Padi Reborn Exclusive Live In KL 2018

Puas! Perkataan yang dapat Kak Bell katakan buat konsert band dari Indonesia, di Padi Reborn Exclusive Live In KL 2018 yang berlangsung pada 30 Jun 2018 lepas. Konsert yang berdurasi 2 jam lebih di KL LIVE tempohari, menyaksikan Fadly, Piyu, Ari, Rindra dan Yoyo kembali beraksi meluahkan kerinduan mereka terhadap peminat mereka setelah lebih 10 tahun tidak menjejakkan kaki di Malaysia.


Persembahan pembukaan konsert dibuka oleh band Pitahati yang menyampaikan beberapa buah lagu yang berkonsepkan musik "Nusantara" baru. Mungkin ramai yang tidak mengetahui perihal kumpulan Pitahati. Pitahati ini merupakan sebuah kumpulan yang berasal dari Lembah Klang, Selangor dan telah ditubuhkan pada awal 2011. Diberi kepercayaan untuk beraksi bersama di konsert Padi Reborn membuktikan naskah mereka juga tidak kurang hebatnya. Selepas Pitahati selesai membuat persembahan, Padi Reborn membuka konsert sulung mereka dengan lagu Sang Penghibur dan seterusnya melantunkan satu persatu lagu-lagu hit yang pernah dihasilkan Padi.

Vokalis Pitahati

Selama 2 jam konsert, Padi Reborn telah mendendangkan sekitar 17 buah lagu daripada 5 album studio mereka dalam persembahan tersebut. Kehadiran peminat Padi Reborn yang memenuhi dewan KL LIVE memang benar-benar diakui pengikut setia kumpulan ini. Sebelum ini, Padi lebih dikenali sebagai Sobat Padi diawal pembabitan sebelum band ini bubar. Setiap lagu yang dimainkan, disambut baik oleh kelompok peminat mereka yang turut menggamatkan dewan dengan bernyanyi bersama.



Kesemua lagu yang di persembahkan tidak diberi sentuhan baharu dalam susunan muzik, semuanya dinyanyikan mengikut susunan muzik asal bagi mengembalikan kembali nostalgia lagu-lagu tersebut. Antara lagu yang dimainkan seperti Menanti Sebuah Jawaban, Mahadewi, Semua Tak Sama, Sahabat Selamanya, Sobat, Lingkaran dan banyak lagi. Kak Bell pun hanya tahu 2,3 lagu je. Itupun tak tahu lirik, just layan je. Btw, memang semua lagu best!


Fadly juga tampil ringkas dengan kemeja-T dan topi berbanding Piyu dengan baju dan jaket yang lebih chic!






Siapa yg tak tahu lagu Sahabat Selamanya dari OST Upin & Ipin kan? Sepanjang tempoh 'vakum' kumpulan Padi, lagu ini je yg dikeluarkan. Memang meriah lah masa lagu ni dinyanyikan dan Fadly turut memegang Jalur Gemilang di akhir lagu. Terharu bila Fadly, ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas kejayaan PRU baru2 ni dan doakan Malaysia terus maju dan maju! Katanya rakyat Indonesia juga turut bangga ❤. 






Di atas pentas yang sama, Padi Reborn turut berkongsi pentas bersama penyanyi tempatan, Aizat untuk duet lagu Kasih Tak Sampai serta pemain dram muda tanah air yang berbakat besar, Amira Syahira yang bergabung dengan Yoyo bagi menyempurnakan lagu Bayangkanlah. Aizat juga menyampaikan sebuah lagu beliau Sampai Ke Hari Tua.

Aizat Amdan

Drummer cilik, Amira Syahira

Masa saat akhir konsert, gitaris Padi Reborn, Piyu memberikan gitar pick yang telah ditandatangani nama beliau. Memang berebutlah masing-masing nak 'catch' masa Piyu baling. Akhirnya dapat juga 1 buat Kak Bell.


Saat akhir konsert, para peminat meminta sebuah lagi lagu tambahan. Demi tidak menghampakan permintaan peminat, Padi Reborn memilih Hitam single yang terkandung dalam album Save My Soul sebagai salam selamat tinggal. Tahniah atas penganjuran konsert ini dan mempamerkan sebuah persembahan yang luar biasa untuk kenangan peminat di Malaysia.



Bersama rakan dari Media Hiburan

Btw sound agak bingit untuk rakaman video konsert. Mungkin duduk berdekatan sangat dengan speaker dan ni je yang mampu Kak Bell edit. Walau apapun, kualiti gambar not badlah sebab duduk depan sekali. More video boleh tengok di YouTube Bella Jamal. Jgn lupa subscribe channel Kak Bell tau! Promo kejap. Hehe.

Sahabat Selamanya (OST Upin & Ipin)

Menanti Sebuah Jawaban

Sesuatu Yang Indah


Kasih Tak Sampai Ft Aizat Amdan


Hitam


CONVERSATION

2 comments:

  1. bestnya dapat tgok konsert... aahhh giannya nk pgi tgok konsert...

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekali seronok juga dapat tengok LIVE.

      Delete

Back
to top