Jurassic World: Fallen Kingdom (2018)

Done menonton Jurassic Park:The Fallen Kingdom pada 7 Jun lepas. Dah hampir sebulan baru nak review. Banyak review cakap cerita ni kecewa. Tapi bagi Kak Bell ok sahaja ceritanya sebab BF i, Chris Pratt berlakon. Hahaha. Masa tu pergi menonton pada jam 11PM. Masa nak masuk, dok scan bar code, tak lepas masuk. Pelik dan anggap belum boleh masuklah. Rupa-rupanya terbeli tiket hari lain. Beli tiket keesokannya jam 11AM! Adoyai! Nasib baiklah boleh juga masuk as GSC ada sediakan seat emergency untuk insiden macam ni. Btw, partner Kak Bell yang belikan. Lawak sangat. Hehe.


Ok, filem Jurassic World: Fallen Kingdom (2018) dari Universal Pictures hasil arahan sutradara Sepanyol, J.A. Bayona (The Impossible dan A Monster Calls). Sekuel yang sebelum ni diarah oleh Colin Trevorrow. Merupakan sekuel kedua untuk franchise Jurassic World setelah filem Jurassic World 2015. Sebelum Jurassic World, terdahulu dah ada filem Jurassic Park 1993, The Lost World: Jurassic Park 1997 dan Jurassic Park III 2001. 

Blue Raptor dengan bf i. Hiks

Cerita mengisahkah misi nak selamatkan dinosour di taman tema Isla Nublar sebab gunung berapi nak meletus. Setelah 3 tahun runtuhnya taman Jurassic World di Isla Nublar, dinosour kat sana dibiar hidup bebas. Merasakan perlunya selamatkan dino-dino tu, satu pasukan penyelamatan ditubuhkan oleh Benjamin Lockwood (James Cromwell) dan melalui orang kepercayaannya Eli Mills (Rafe Spall) meminta Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) menyelamatkan dinosour tersebut dan bawa ke tempat perlindungan di Amerika. Claire kemudian meminta Owen Grady (Chris Pratt) untuk membantunya memindahkan para dinosaurus dari Pulau Isla Nublar disamping bantuan Justice Smith (Franklin Webb) dan Daniella Pineda (Zia Rodriguez). Mestilah nak dapatkan khidmat Owen, sebab dia je arif dengan Blue Raptor.


Style juga spek mata pink ni kan

Then ada konspirasi dalam usaha nk selamatkan dorang ni. Claire dan Owen telah dikhianati dan mengetahui bahawa dinosaurus yang mereka selamatkan akan dilelong di kediaman Lockwood. Nanti korang dapat tgk beberapa spesies yang dihighlight (yang diselamatkan) dan ada prototype dinosaurus baru Indoraptor yang direka Dr. Wu (BD Wong). Indoraptor ni direka dari hasil kajian genetik macam spesies Blue Raptor tetapi lebih better. Berjaya ke spesies baru ni atasi kepandaian Blue? Korang tontonlah nanti.


Selamatkan Blue yang cedera

Kebanyakannya memang ceritanya berlatarkan luar taman tema dinosour dan ada elemen aksi macam filem-filem yang ada. Kisah selamatkan dinosour, bidaan haram dinosour, pengkhianatan yang dilakukan oleh Eli Mills terhadap Lockwood, pengenalan dinosaurus hibrid terbaru, then aksi berhadapan dengan dinosour tersebut di kediaman Lockwood. Ada momen dalam cerita ni berjaya buat Kak Bell sedih iaitu scene masa kapal yang selamatkan dinosour pergi meninggalkan pulau. Dari jauh kelihatan Brachiosaurus yang tidak sempat diselamatkan macam meminta pertolongan tapi akhirnya mati terkena lahar gunung berapi. Part ni memang sedih.



Dalam cerita ni juga ada cerita misteri keluarga Benjamin Lockwood dengan cucunya Maisie Lockwood (Isabella Sermon) yang merupakan hasil genetik. Kak Bell pun tak paham kenapa ada babak budak ni but mungkin juga ianya berperanan untuk sekuel yang akan datang disamping dinosour2 yang telah bebas ke kawasan awam. Untuk cerita ni, bagi Kak Bell biasa sahaja sebab tak ada rasa sensasi pun masa menonton. Macam cerite seram pun ada bila Indoraptor masuk bilik Isabella dengan bayang cakar dia yang tajam tu. So far so good la untuk ditonton! Macam kita cakap tadi sebab ada bf i!

Kak bell bagi 6.5/10
Love u Chris Prat! Hahaha

CONVERSATION

2 comments:

  1. Wayang memang megagumkan. Seronok juga tengok semua dinasour dilelong oleh pembeli.
    doorgift.net

    ReplyDelete

Back
to top