ezbuy Tawar Penjimatan Hebat Melalui Keahlian PRIME

Membeli belah dalam talian memang sangat memudahkan malah menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna. Selari dengan perkembangan teknologi di zaman serba moden dan canggih ini, penggunaan peranti eloktronik menjadikan proses pembelian di kedai sesawang turut lebih mudah dan efisien. Tidak perlu ke kedai fizikal untuk membeli belah, menjimatkan masa, kos dan juga selamat.
Tidak dinafikan terdapat banyak penyedia perkhidmatan jualan barangan melancarkan medium jualan atas talian bagi para pelanggan mereka. Pasti masing-masing pernah berbelanja di laman sesawang seperti Lazada, Shopee, Zalora dan sebagainya. Kali ni, Kak Bell nak kongsikan tentang pengalaman membuat belian atas talian di ezbuy. Kak Bell yakin, sebelum membuat belian mesti korang semua akan membuat perbandingan harga dahulu diantara penyedia perkhidmatan jualan yang ada kan?


Ok, ezbuy ini ditubuhkan pada tahun 2012 dan dahulunya dikenali sebagai 65daigou. Penjenamaan semula kepada nama ezbuy dibuat pada tahun 2016 sebagai sebuah syarikat tempatan yang menyediakan platform membeli-belah antarabangsa bagi pelanggan mendapatkan barangan berkualiti dari negara luar. Buat masa ini, ezbuy mengkhususkan jualan barangan dari China, Taiwan, USA, Korea dan juga dari Malaysia sendiri. Terdapat pelbagai barangan jualan seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, kasut, beg & aksesori, produk kecantikan & kesihatan, peralatan rumah & dapur dan sebagainya. Perkara yang menjadi persoalan, bila membeli barangan yang besar dan jauh ialah kos penghantaran antarabangsa (international shipping). Oleh itu, ezbuy telah memperkenalkan perkhidmatan PRIME (prime service) buat pelanggan mereka.

Keahlian PRIME
Prime adalah program keahlian yang memudahkan pengguna berbelanja pelbagai jenis barangan dengan banyak tanpa perlu bimbang tentang kos penghantaran tanpa mengira saiz, berat atau kuantiti. Prime menawarkan kos penghantaran tanpa had pada harga hanya RM8.80! Amat murah bukan? Untuk mendapat keistimewaan ini, pelanggan perlulah mendaftar untuk keahlian Prime dan membeli barangan yang ditawarkan di dalam Prime List (klik pada tab Prime Wishlist di status bar). Buat masa ini terdapat lebih dari 4 juta barangan di dalam list tersebut.


Terdapat 3 jenis keahlian Prime yang ditawarkan. Bagi yang ingin mencuba pertama kali, bolehlah mendaftar untuk tempoh percubaan dengan bayaran RM18.80 untuk tempoh 5 hari. Walaubagaimanapun, untuk Prime Trial ni, keistimewaannya limited pada 'Wishlist'. Wishlist ini merupakan kelebihan dimana ahli Prime boleh menukar barangan yang tidak di dalam senarai Prime kepada status Prime. Dengan keahlian Prime juga, TIADA agen fee yang dikenakan. Untuk harga dan jenis keahlian Prime boleh rujuk di bawah:


Berikut merupakan kajian kes untuk contoh pembelian barangan menggunakan keahlian Prime dan pembelian biasa (ezbuy). Caj kos penghantaran antarabangsa yang dikenakan adalah RM8.80 (flat rate) tidak kira berapa berat, saiz dan kuantiti barangan yang dibeli. Walaupun membeli barangan secara pukal dan pelbagai jenis, cuma RM8.80 sahaja dikenakan.


Perbezaan kos penghantaran antarabangsa boleh dinilai melalui contoh di bawah. Banyak kos yang dapat dijimatkan. Pelanggan juga mesti mengambil kira tentang Estimated Time Arriving (ETA) untuk pembelian antarabangsa. Kadangkala penghantaran barangan dari pembekal tempatan pun tidak jauh berbeza. Paling penting, dapat jimatkan kos!


Save RM617.20! Banyak tu!

Anggaran masa ketibaan (ETA) untuk pengguna yang menggunakan keahlian Prime ialah diantara 3-5 hari dan 16-22 hari untuk barangan yang besar dan secara pukal.




Bagaimana Nak Daftar PRIME SERVICE?
1) Pergi ke laman https://ezbuy.my dan klik pada 'PRIME'.
2) Mendaftar untuk perkhidmatan Prime pilihan (Trial, Lite, Annual).
3) Pilih barangan yang ingin dibeli di Prime Collections.
4) Terdapat 2 pilihan samaada ezbuy dan prime. Klik pada Prime.
5) Add to cart dan boleh buat bayaran.

Untuk menunjukan secara jelas pembelian yang menggunakan perkhidmatan Prime, Kak Bell sendiri cuba dengan membuat pembelian tanpa perkhidmatan Prime dan pembelian biasa (ezbuy).

A)Dengan pembelian biasa ezbuy

B)Dengan Prime Membership
Klik pada Prime untuk prime membership

Nampak tak perbezaan kos penghantaran antarabangsa untuk pembelian A (pembelian biasa ezbuy) ialah RM22.50 dan pembelian B (Prime Membership) ialah RM8.80! Murah! Jimat!


Ok, sekarang ini Kak Bell tak buat pembelian antarabangsa. Disebabkan harga Bedsheet Queen Size tadi RM131.30 (termasuk kos shipping), jadi Kak Bell beli barangan tempatan sahajalah. Pembeliannya mudah dan untuk pendaftaran kali pertama, pembeli akan dapat cash voucher bernilai RM15! Jom tengok cara nak beli macammana.

1. Daftar akaun ezbuy secara percuma
One Time Password akan dihantar ke nombor talian bimbit yang didaftar. Masukkan OTP dan tekan Register. Kak Bell buat pendaftaran melalui desktop. Pengguna juga boleh mendaftar melalui ezbuy apps (muat turun di Aps Store).


Pengesahan pendaftaran akan keluar pada paparan dan boleh kemaskini maklumat di My Account. Boleh masukkan 2 alamat untuk alamat penghantaran.


Kod Voucher 15%

Pendaftaran yang berjaya akan diberi 300 points. ezbuy credit ni boleh digunakan untuk mengimbangi bayaran ejen untuk perkhidmatan Buy-For-Me100 credits bersamaan RM1.00. Maklumat lanjut boleh semak di profile akaun.


2. Membuat Pembelian
Klik pada tab 'Local' di status bar dan tekan carian barangan. So Kak Bell search bedsheet queen size! Local tab ni untuk marketer tempatan, means barangan dari Malaysia lah.


Pada skrin akan tunjukkan ezbuy, bermaksud ianya bukan dalam Prime List. Boleh tekan di ezbuy dan pilih syarikat kurier penghantaran mana yang berkenan. Selain itu, pembeli juga boleh pilih Road Trip (FOC), Self Collection (chargeable) atau Home Delivery method (chargeable) untuk jenis penghantaran bungkusan. Untuk jenis penghantaran boleh rujuk sini:


3. Memilih Baucer Tunai
Selepas pendaftaran tadi, telah dimasukkan terus Baucer Tunai bernilai RM15. Klik pada 'Use Voucher' dan pilih baucer tunai tadi.

Jangan lupa pilih delivery address!

Yeay! Diskaun RM15

4. Pembayaran
Kos bedsheet yang Kak Bell order ialah RM45 dengan caj penghantaran  yang dikenakan ialah RM5. Total kos pembelian adalah RM35. Seterusnya bolehlah buat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat melalui Kad Kredit, Online Banking, ATM atau Internet banking (Internet Bank Transfer).


Dah selesai buat pembelian dengan ezbuy! Pembeli boleh menyemak status order, status bayaran, penghantaran dan lain-lain maklumat di tab My Order. Mudah sahaja kan? *Sebarang pembatalan atau pengubahan ke atas order tidak dibenarkan setelah pesanan diproses.


Boleh letak gambar korang yang chantek nanti.

Selesai proses transaksi, nanti ezbuy akan menghantar pengesahan order melalui email. So, sekarang Kak Bell tunggu cadar tersebut dalam tempoh masa 3-5 hari. Kak Bell beli cadar gambar chipmunk. Bolehlah anak-anak bulus main atas ni nanti.


Bagi pembaca yang ingin mencuba platform dari ezbuy dan gunakan keahlian Prime bolehlah mendaftar di sini > ezbuy. Jangan lupa untuk menebus Baucer Tunai RM15 tadi. Jadi buat pembaca yang hendak menyemak jenis barangan tempatan yang boleh ditebus, boleh klik sini > ezbuy Local Market. Happy shopping!

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://ezbuy.my


CONVERSATION

6 comments:

  1. baru tau pasal ezbuy ni.. in shaa Allah nak try nnti.. thanks sharing :)


    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. untung beli online ni, banyak diskaun

    ReplyDelete
  3. Best kan sekarang ni... Hanya di hujung jari sahaja... Dah boleh beli macam-macam

    ReplyDelete
  4. pernah beli dari ezbuy, servis bagus dan cepat

    ReplyDelete

Back
to top