Domino’s Melancarkan Pencuci Mulut Terbaru, Kek Lava Blueberry Cheesecake - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Domino’s Melancarkan Pencuci Mulut Terbaru, Kek Lava Blueberry Cheesecake

Trending

Domino’s Melancarkan Pencuci Mulut Terbaru, Kek Lava Blueberry Cheesecake

Dommal Food Services Sdn. Bhd. (Dommal Food Services), pengendali rangkaian restoran Domino's Pizza di Malaysia, meluaskan pilihan menunya untuk pelanggan dengan memperkenalkan manisan pencuci mulut terbaru, Kek Lava Blueberry Cheesecake. Biasanya kalau ingin memesan Pizza, Kak Bell juga lebih menggemari piza dari Domino's berbanding restoren piza lain. Selain piza, menu tambahan seperti Banana Kaya dan Twisty Bread akan jadi pilihan sebagai menu pencuci mulut.


Pada minggu lepas, Kak Bell berpeluang berkunjung ke Domino's Pizza PJ Newton untuk mencuba sendiri Kek Lava Blueberry Cheesecake terbaru Domino's. Tidak dinafikan, terdapat ramai peminat kepada pencuci mulut mereka berikutan lebih 10% daripada jumlah jualan Domino's adalah daripada penjualan pencuci mulut selain dari penjualan pizza yang sedia ada.


Kek istimewa ini ialah tambahan kepada rangkaian manisan mereka yang terdahulu iaitu Choclate Lava Cake dan Peanut Butter Choclate Lava Cake. Berbeza dengan dua seleksi kek lava tersebut, menu kali ini menggunakan keju dan buah beri biru sebagai bahan utama. Untuk menghasilkan kek lava yang berkualiti, pihak Domino's Pizza menggunakan keju yang diimport dari New Zealand dan buah beri biru pula diimport dari Perancis bagi menambah kelazatan rasa kek lava Bluberry Cheesecake mereka.


“Rakyat Malaysia rata-rata meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan. Dengan pelancaran manisan baharu ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat lebih tinggi. Menyusuli kejayaan manisan kami, khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai, hari ini kami mempersembahkan satu lagi manisan yang lazat untuk pilihan pelanggan kami.” kata Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan & Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura pada majlis pelancaran.


Antara cabaran dalam penyediakan kek ini adalah untuk memastikan keseimbangan tekstur kek tersebut. Oleh itu kawalan suhu yang tepat adalah penting untuk memastikan kek lava ini dibakar dengan sempurna untuk menghasilkan leburan di tengah kek. Kek lava terbaru ini memang sedap, ada sensasi masam manis buah beri dan keju cair yang pekat. Tekstur keknya memang lembut dan sangat enak dimakan ketika masih panas. Btw, rasa akhir yang terlalu manis buat Kak Bell sedikit muak. Walaubagaimanapun, peminat dessert mesti akan suka punya. Harus korang cuba!

Sempena pelancaran tersebut, Domino’s Pizza menawarkan Blueberry Cheesecake Lava Cake terbaru pada harga pengenalan RM7.10 (tanpa GST) sahaja mulai 1 Julai 2018 untuk tempoh terhad. Pelanggan juga boleh menikmati Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake juga pada harga yang sama. Jika ada yang ingin memuat naik gambar dan video di laman sosial, anda bolehlah meletakkan hashtag #BluberryLove #Love Is Sweet #DominosMY.

Untuk hidangan lebih besar, pelanggan boleh mendapatkan Buddy Combo atau Super Combo yang didatangkan sekali dengan Kek Lava Blueberry Cheesecake.


  • Buddy Combo - 1 Regular Pizza, 1 Garlic Twisty bread, 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake, 1 Stuffed Cheddar Bites dan 2 tin minumn ringan berharga RM42.90 dan
  • Super Combo - 2 Regular Pizza, 1 Garlic Twisty Bread, 1 Blueberry Cheese, 1 Chocolate atau Peanut Butter Chocolate Lava Cake dan 1 botol minuman ringan pada harga RM59.50.

Untuk maklumat lanjut mengenai Blueberry Cheesecake Lava Cake ini, promosi terbaru dan lain-lain bolehlah layari laman rasmi Domino's Pizza dan laman Facebbok Domino's. Untuk tempahan pula, boleh dibuat menerusi talian 1-300-888-333 atau layari laman web www.dominos.com.my untuk pesanan secara talian.



 Rakan blogger yang turut sama menikmati kek lava Bluberry Cheesecake tempohari



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post