Ant-Man and the Wasp (2018)

Hi korang! Banyaknya movie Kak Bell tak sempat tonton. Kadangkala dah planned nak menonton, tapi tak kesampaian pula. Cukup sebulan lepas cerita Ocean8 baru la sempat nak tengok movie Ant-Man and the Wasp. Itu pun dah 3,4 kali posponed! Something came up, hujung-hujung, Kak Bell pergi tonton sendirian je. Masa tu geram sangat, terus perangai bit evil. Hampir jadi Haqiem Rusli dah yer. Hiks! "People need to learn that their actions do affect other people. So be careful what you say and do, it's not always just about you." Peringatan untuk diri sendiri.


Masa movie start, hall tak penuh pun. Kak Bell beli tiket middle seat dan kiri kanan ada penonton. Caritanya, masa menonton haritu terganggu sebab ada pasangan cincon yang duduk disebelah kiri ni dahla bising, makan pop corn macam besok dah tak jual dah pop corn kat dunia ni dan yang paling geram lunjurkan kaki kat seat depan! Dahla Kak Bell tengah panas hati, emosi tak stabil, rasa nak je sound jantan katak puru tu sebab tak beradap. Awek dia pun sama lunjurkan kaki yer. Nasib baik la awek ko elok, sanggup terima ko seadanya. Annoying sangat perangai. Tolongla elok sikit perangai masa nak menonton movie ye. Yang mana ada anak tu, beli tiket wayang di Ci­nemas ‘Family Friendly’. Orang lain pun ada anak juga. Tibahhh. Sekian, tazkirah kejap.


Filem Ant-Man and the Wasp diarah oleh pengarah Peyton Reed (Ant-Man 2015, Bring It On). Sebelum ni Dr. Hank Pym (Michael Douglas) pelik macammana Scott Lang (Paul Rudd) keluar dari Quantum Realm setelah jadi sub-atom di sekuel filem Ant-Man (2015). Untuk movie ni, Dr. Pym buat misi baru untuk jelajahi quantum realm dan rasa isterinya, Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer) masih hidup dan nak bawa balik Janet Van Dyne yang terperangkap di alam kuantum.


Untuk realisasikan misi ni, Dr. Hank Pym bina alat khas untuk ke Quantum Realm dan dibantu anaknya Hope Van Dyne; Wasp (Evangeline Lilly). Sementara Scott Lang (Paul Rudd) jadi tahanan FBI lantaran aksinya di Jerman bersekongkol dengan Captain America melawan pasukan Avengers dalam Avengers: Civil War. Scott Lang dikenakan tahanan rumah selama 2 tahun dan terpaksa lepaskan peranan dia sebagai Ant-Man. Filem bermula dengan babak Scott Lang menghabiskan masa dengan anaknya Cassie (Abby Ryder Fortson).


Portal khas yang dorang bina nampak mampu untuk bawa balik isterinya but ada komponen lain yang diperlukan untuk buat mesin ni berjaya. Mereka berurusan dengan Sonny Burch (Walton Goggins), penjual barangan teknologi untuk penjenayah. Disebabkan teknologi kuantum Dr. Pym akan jadi sebuah bisnes besar di masa akan datang, Sonny mengugut Hope untuk bekerjasama dengannya, namun ditolak. 

Kemudian muncul watak antagonis Ghost, Ava (Hannah John-Kamen) yang berusaha merebut teknologi tersebut untuk dirinya yang kesakitan, boleh bertukar secara pra-masa disebabkan terkena radiasi hasil ujikaji gagal bapanya. Disebabkan badan dia ni tak stabil sebagai satu jisim, jadi dipanggil Ghost. Karakter Ghost tidak terlalu dieksplorasi seperti villain Marvel lainnya but unik. Nama pun hantu kan!


So, ceritanya nak ke realm kuantum, berebut alat teknologi diantara Sonny dan Ava, disamping Dr. Hank Pym yang turut menyarung kembali costume Ant-Man. Watak lucu pun banyak dengan kehadiran Luis (Michael Peña) yang memang kelakar! Part truth serum tu kelakar dan watak Scott Lang macam biasalah agak lucu dan lalai.

Akhir cerita ada 2 post credit scene. Scott Lang yang pergi ke Kuantum Realm untuk mengambil tenaga MacGuffin bagi membantu sekutu baru mereka, Ghost. Walaubagaimanapun Ant-Man terperangkap di Kuantum Realm. Kemudian scene kat alam nyata, Hank, Janet, Hope bertukar menjadi abu (sebab Thanos petik jari dalam Infinity War)! Namun, yang pasti pertanyaan tentang kenapa Ant-Man tidak muncul membantu pasukan Avengers melawan Thanos di Infinity War terjawab. Untuk satu lagi post credit ada logo Captain Marvel kat TV sebelum scene semut main drum. So, nantikanlah cerita Avengers 4 dan Captain Marvel yang akan datang. Kalau tak cerita pun memasing dah tahu kan!


Bagi Kak Bell filem ni ringan, jalan cerita sederhana dan menghiburkan. Cerita Ant-Man and the Wasp memang best!. Dari awal cerita sampai habis segar je menonton. Tak pernah Kak Bell bagi rating tinggi ye!
Kak bell bagi 8/10 bintang ⭐

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top