Restoran Chilli's CRAB BK5, Bandar Kinrara - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Restoran Chilli's CRAB BK5, Bandar Kinrara

Trending

Restoran Chilli's CRAB BK5, Bandar Kinrara

Hi Korang! Sabtu lepas Kak Bell berbuka puasa di Chilli's Crab Restaurant BK5 yang terletak di Bandar Kinrara. Kebetulan siangnya dah bergigih ke Butik Rizalman mencari baju raya. Jadi, terus sahajalah plan untuk berbuka puasa bersama. Dah dekat 20 jam fikir nak makan kat mana, hujung-hujung nak buka puasa baru setuju nak ke Chilli's Crab.

Restoren BK5 ini mula beroperasi sejak tahun 2017 lagi dan menghidangkan ketam nipah segar yang diimport terus dari Indonesia dan Sri Lanka. Merupakan restoren masakan ala cina tetapi bezanya disini turut ada menyediakan konsep talam seperti shellout.



Setakat ini terdapat 2 buah outlet Chilli's Crab yang terletak di Dataran Sunway, Kota Damansara dan paling terbaru di Bandar Kinrara BK5 yang terletak berdekatan masjid Bandar Kinrara. Btw, entri ni bukanlah entri berbayar. Kak Bell saja nak kongsi dengan hangpa apa menu yang kami makan kat sini. Lepas ni kalau restoren nak panggil kita review bolehlah jemput. Hehe.

Bagi penggemar ketam nipah dan masakan laut bolehlah cuba pelbagai menu masakan ketam nipah di Restoran Chilli's Crab Bandar Kinrara. Di antara menu ketam yang ada seperti Sup Ketam, Lemak Cili Padi Crab, Kam Heong Crab, Salted Egg Crab, Chilli Crab, Maggi Ketam dan lain-lain lagi.

Nasi Goreng Cina

Untuk hari ni, kitaorang order Ketam Masak Kam Heong, Daging Masak Merah, Kailan Ikan Masin, Tom Yam Ayam, Sotong Telur Masin dan Nasi Goreng Cina. Untuk menu korang boleh pilih nak masakan ketam apa, sayur apa dan sebagainya. Ikut tekak masing-masing na! Air juga disediakan 2 jug dan boleh buat pilihan.

Daging Masak Pedas

Sotong Telur Masin

Kuih muih ni pula, kami beli di bazar Ramadhan Bandar Kinrara yang berdekatan sahaja dengan kawasan restoren. Sementara tunggu waktu nak berbuka, carilah pelengkap menu katanya. Bazar di sini memang meriah dan happening. Ibarat macam pergi bazar Ramadhan terpanjang kat Malaysia yer. Penat nak jalan dari hujung ke hujung sebab kawasan agak sesak dan sempit. Penuh dengan umat manusia nak beli makanan berbuka. Btw, makanan kat sini memang pelbagai! Kak Bell beli nekbat sebab seumur hidup ni memang tak pernah rasa. Tengok nekbat tu macam kuih bahulu dalam air gula. Not bad juga rasanya, tak manis sangat. Ayam Uncle Bob kat bazar ni pun sampai ada 4 kedai yer. Persaingan ke tidak??  Pilihlah mana berkenan kay.

Karipap gergasi

Nekbat

So, masakan ketam kat Chili's Crab ni memang puas hati. Semua diva-diva pun cakap puas hati. Kalau tak sedap haruslah kena carutan kan. Makan ketam tu sebelah sorang je cukup sebab isi memang banyak. Menu lain pun semua sedap termasuklah squid salted-egg tu. My faveret! Total harga RM321 untuk 7 pax makan hidang dan harga untuk 3 ekor ketam nipah tu ialah RM138. Memang nak pi repeat lagi makan akan datang. Semua hidangan kena dengan citarasa Kak Bell dan diva-diva semua. Pergilah cuba. Kay Bye.

FB : Chilli's CRAB Restaurant
IG : @chilliscrabrestoranbk5 / @chilliscrabrestoran


Restoran Chilli's Crab 
Jalan pju 5/9 dataran sunway, 
Kota Damansara, 47810 PJ.

Restoran Chilli's Crab
2-G Kinrara Niaga 3, Jalan BK5A/2B
Bandar kinrara, Puchong Selangor.

Operating hours:
Isnin - ahad ( 11 pg - 11 malam)
* 1st dan 3rd week hari RABU tutup
*10.30PM last order





Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post