Kucing Pun Ada Penyakit Asma?

Kesekian kalinya, lama sudah Kak Bell tak update cerita pasal anak-anak di rumah ni. Paling last tempohari berkenaan penyakit FLUTD (batu karang) pada anak jantan Si Sky. Adatlah menjaga anak kucing lepas sorang sihat, sorang pula yang sakit. Kali ini, Kak Bell nak kongsikan tentang si Puteh, anak 1st batch Muezza dan Sky yang menghidap asma ataupun lelah.


Kak Bell yakin mesti ramai yang tidak tahu bahawa penyakit asma ini turut juga dihidapi oleh kucing. Percaya atau tidak, kucing pun mengalami asma/lelah ni macam manusia. Cik Puteh bermula dengan batuk kecil dan selsema. Selepas terima rawatan pertama beberapa bulan lalu, nampak batuknya tak hilang. Disebabkan batuknya on-off, jadi Kak Bell kurang ambil perhatian sangat waktu tu sehinggalah nampak tanda-tanda kesukaran dia bernafas. Kak Bell pun menghidap asma, jadi faham sangat kalau tak dapat bernafas. Semua kerja pun tak bleh nak buat. Waktu dia sakit tu, memang risau betul jikalau dia putus nafas sebab apapun nak kena tunggu esoknya nak ke berjumpa vet.

Selepas terima rawatan kali ke-2, disahkan memang Puteh menghidap asma dan ubat antibiotik dan antiinflamatory diperskripsi. Waktu dalam tempoh habiskan ubatan nampak Puteh beransur pulih.


Apakah Gejala Umum Asma Pada Kucing?
Kucing yang menghidap asma ni memang sangat mirip dengan asma pada manusia. Penyakit ini merupakan keradangan pada saluran kecil paru-paru kucing. Apabila serangan asma berlaku, laluan ini menebal dan menjadi sempit seturusnya menjadikan kucing sukar untuk bernafas. Simptomnya sama sahaja seperti yang di hidap pada manusia. Diantara gejala-gejala umum yang boleh didapati adalah seperti berikut:
  • Batuk dan wheezing (berderam/berdehit)
  • Batuk berterusan
  • Pernafasan yang cepat atau mengah
  • Mulut ada mukus/air liur berbuih
  • Memanjangkan leher ketika bernafas
  • Mulut terbuka, tercungap ketika bernafas
  • Bibir dan gusi menjadi biru 
  • Kucing lemah dan kelesuan


Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada asma pada kucing, yakni bronkitis kucing mejadi alah dan menyebabkan keradangan pada salur pernafasan kucing. Selepas habis ubat yang diberi untuk rawatan kali ke-2, Cik Puteh masih tak tunjukkan tanda pulih dan sekali lagi Kak Bell bawa ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan. Untuk kali ni, doktor veterinar bagi ubat lain tanpa antiinflamatory seperti sebelum ni. Penyakit asma Puteh kadang-kadang ok, dan ada masanya memang dia alami kesukaran bernafas. Sedih sangatlah sebab Kak Bell tak tahu cara bagaimana nak merawat atau melegakan dia. Jadi, Kak Bell cuma tenangkan dia dan bawa dia tidur sekali lah untuk beri perhatian pada dia.


Disebabkan kekurangan dana untuk lakukan X-Ray, Kak Bell berbincang dengan doktor untuk teruskan pengambilan ubat. Apa yang Kak Bell nampak, Puteh lebih sesuai bila ambil antiinflamatory berbanding ubat jenis kedua yang diberi oleh doktor. Jadi, vet teruskan pemberian ubat antiinflamatory selama sebulan. Memang bersyukur dan lega sebab asma Cik Puteh semakin ok. Btw, untuk penyakit ni, ubat memang perlu diberi setipa hari. Sedihkan.

Diantara faktor biasa yang boleh menyumbang kepada serangan asma pada kucing adalah seperti berikut:
  • Alergen termasuk debunga, kulat/fungus, debu dari pasir kucing, asap rokok, minyak wangi dan makanan tertentu
  • Keadaan atau penyakit jantung yang sedia ada
  • Parasit
  • Tekanan stress
  • Obesiti

Asma pada kucing biasanya boleh terjadi pada kucing di antara umur 2-8 tahun. Kebiasaannya lebih tinggi berlaku pada kucing betina berbanding kucing jantan. Baka yang lebih mudah dijangkiti asma adalah kucing Siam dan Himalayan berbanding baka yang lain. Gejala asma pada kucing ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit lain seperti masalah cacing, parasit pada salur pernafasan, tumor, kegagalan jantung dan radang paru-paru (pneumonia). Untuk kes yang lebih teruk, inhaler atau nebulizer turut diberikan kepada kucing yang asma. Cuma alat sedut untuk kucing ada sambungan tambahan untuk dilekapkan pada mulut kucing.


Nak harapkan penyakit ini sembuh memang agak sukar tetapi terdapat beberapa perkara atau langkah penjagaan yang boleh dibuat untuk mengurangkan potensi asma pada kucing kesayangan kita.

Apa Yang Perlu Dibuat?
  • Lakukan ujian kesihatan rutin pada kucing
  • Jaga kebersihan lingkungan sekitar kucing
  • Jangan gunakan parfum, pengharum ruangan, hairspray, aerosol di sekitar kucing
  • Hindarkan kucing dari obesiti
  • Jangan merokok berdekatan kucing

Kalau amati perkara diatas, memang sama sahaja dengan faktor yang manusia alami. Kalau ada nampak perubahan ketara seperti kucing meregangkan leher semasa bernafas dan gejala-gejala berkaitan, kena cepat-cepat berjumpa veterinar sebab penyakit asma ini dengan cepat boleh menjadi masalah kesihatan yang mengancam nyawa kucing. Harap perkongsian ini dapat beri sedikit input bagi mak-mak kucing sekalian. Harap Cik Puteh Kak Bell ni pun sihat macam biasa. Aminn.

Rujukan:
pets.webmd.com

CONVERSATION

30 comments:

  1. sebelum ni memang tak tahu, tapi pas member punya kucing pun penah kena. so, kira percaya gak la. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 saya pun sukar nak percaya.

      Delete
  2. ye ke.. baru ni mama tau rupanya kucin pun ada asma. tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Harap dapat berkongsi info ni nanti.

      Delete
  3. hmmm... ini baru tahu. sekian lama jugak bela kucing. mungkin nasib x penah jadik kot kan.. thanks for the info Bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. Kucing ni mcm2 penyakit dia. Dlm tahun pertama tiada nmpk masalah. Bila dah ramai macam2. Bibir bengkak lah..telinga kobis la. Hehe

      Delete
  4. ye ke? kak lily pun tak tau kucing ada penyakit ni, setahu kak lily kucing ada penyakit batu karang ni. ni yang takut kalau kena dengan dak uban ni lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kucing jantan kena batu karang..betina selalu kena asma. Kesian kan

      Delete
  5. Kesian kan kalau kita tak dapat detect penyakit diorang awal kan. Dah lah depa takleh nak cakap. Yang membela binatang peliharaan sebegini perlu alert kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Rawlins. Kena alert sentiasa.

      Delete
  6. Kesiannya. Macam manusia juga penyakitnya. Kena sedut jugak kucing ni macam manusia juga. Memang tak tahu kucing ada Asma. Harap2 kucing ni tak teruk la kena asma. Kesian sebab dia tak pandai cakap kalau sakit. Cuma kita leh tengok kelakuan dia je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sama mcm manusia. Kita la yg kena bantu bg pam kan. Kalau nmpk lain mcm tu kn aware lah

      Delete
  7. alaa comelnyaaa teringat lak kucing member. obestii teruk tapi tak tau la ada asma ke tak .bagus info ni boleh buat as panduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Khai. Bila dah lalui pengalaman mcm ni barulah tahu.

      Delete
  8. Baru tahu pasal penyakit asma kucing. Ada jugak bela kucing kt rumah. Tp xprnh gi vet kalau dorg sakit. Mahal. Dana xbyk. Selalu ikhtiar dgn ubat manusia. Xpon jaga dlm rumah. Lama2 elok sndri. Besar pahala bela kucing nie. Comellah cik putih tu. Matanya besar betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zharif tak boleh bg ubat manusia..ubat luaran mcm gamat tu okla. Need to consult vet. Ubat dorang tak sama.

      Delete
  9. Kucing ni cam manusia gak..apa sakit kita cam tu jugak dia ada. Ada sesetgh sakit dia je kita idok lah ada..hehehe
    Sb tu kena lah rajin jaga kesihatan dia..cam jaga anak.
    Satu lg vaccine kena saban tahun buat. Penyakit bila2 boleh dtg..tapi sekurang2nya kita usaha utk menggurangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. Huhu. Kena usaha la avoid penyakit ni datang.

      Delete
  10. HHmm haven't heard of asthma in cats but I am not surprised that they also can suffer from it since they have so many similarities to humans. Sad for your cat to have to endure this. It's long term care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah..but she is getting better now. I'll stop the medication for now and monitor her health.

      Delete
  11. Bgus la kak bel..syg btul dengan kucing2 kak bel ya...alia xpndai jaga kucing..
    Dlu pernah terdengar kucing batuk..terkejut beruk kita dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Batuk, bersin..Kentut je Kak Bell tak pernah dengar. Hehe

      Delete
  12. Siannya tengok kucin kalau sakit sebab kita tak tahu mereka tak boleh cerita kat kita tapi sebagai tuan kucing kita kena tahu reaksi yang peling pada haiwan peliharaan kita. Bagus tindakan segera yang dilakukan Bella...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess..kena aware perlakuan dorang ajelah.

      Delete
  13. Makin lama, makin banyak pengetahuan tentang penyakit kucing. Zaman dulu bela kucing bagi makan dan pandai-pandai mereka nak main kat mana. Mudah je bela. Sekarang ni dari baby kena vaksin, ubat kuku, kutu, makanan terbaik, syampu mandian dan pelbagai penyakit boleh di kenal pasti. Ada yang sakit buah pinggang lah, selsema la, sakit mata dan lain-lain. Makin banyak kos. Tapi rezeki membela haiwan kesayangan Rasullullah ni sangat besar kan kak bell. Takpelah jaga kucing ni Elok-Elok. Dialah peneman ketika kita gembira dan sedih. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga dalah hikmah dan perkara baik dari Tuhan kan. Betul tuu. memang peneman la buat diri kita ni yang keseorangan. Hahaha

      Delete
  14. Oh really? Cat also can get asthma? Well anyway they also like human. Thanks for the information at least now if got such symptoms I will bring the cat to the vet.

    ReplyDelete
  15. Anak bulus ni kena bagi perhatian juga sama macam manusia. Maklumlah spesies mamalia sama macam manusia kan. Manusia yang kena asma pun kena ada rawatan, ini kan pula lucing kan. Banyak info menarik selepas baca. TQ sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Lia. Kadang-kadang bila tak jadi benda ni, tak tahu la pula kan. Bolehlah amek info berguna kan

      Delete

Back
to top