Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya Menampilkan Pementasan Bangsawan Dendam Laksamana

Bidang pementasan teater tempatan kebelakangan ini dikatakan menghadapi zaman suram berikutan terdapat banyak kekangan termasuklah daripada segi komunikasi, penajaan, kerajaan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pementasan warisan budaya kini telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat setelah pengenalan Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya yang merupakan inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment (PI.P.E) di dalam industri seni persembahan tempatan. 

Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya ini merupakan Industrial Collaboration Program yang terbesar dan juga bertujuan untuk memperkasakan warisan tidak ketara (Intangible Heritage). Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.


Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya
Pat Ibrahim Project Entertainment (PI.P.E) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan membawakan festival ini dengan siri jelajah bermula pada bulan Jun 2018 dengan melibatkan 8 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bersesuaian dengan jenamaan festival ini, Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB) ini mengandungi empat 4 komponen di dalamnya yang terdiri dari forum, pameran dan jualan, bengkel dan persembahan Bangsawan. Misi JPBWB adalah untuk memelihara santun melayu, budaya dan warisan terutamanya warisan tidak ketara dalam konteks bangsawan.

Pat Ibrahim

Komponen Pertama - Forum
Forum yang akan membentangkan dan memperkenalkan semula Bangsawan kepada para remaja. Selain daripada itu, PIPE juga akan berkongsi bagaimana inisiatif dan kajian yang dibuat untuk menambahbaik lagi dengan mengganungkan inovasi dan teknologi tanpa menjejaskan struktur asal Bangsawan. Selain daripada itu para jemputan penceramah akan membincangkan hala tuju Bangsawan dan juga industri seni persembahan.

Komponen ke Dua - Pameran & Jualan
JPBWB akan membawa barang-barang pameran khazanah warisan yang bersesuaian dengan festival ini seperti songket, keris, tanjak, tenun, tekad dan banyak lagi bahan-bahan warisan yang jarang dilihat. Pameran ini juga membuka ruang bagi pengemar bahan-bahan warisan untuk bertemu dan bertukar pendapat.

Komponen ke Tiga - Bengkel
Ini adalah komponen yang paling diminati dan ianya eksklusif untuk 200 orang setiap negeri, dimana Ketua Unit didalam produksi ini akan mengendalikan bengkel dengan peserta. Mereka akan berkongsi pengalaman dan ilmu (Knowledge transfer) bagi menjayakan pementasan. Selain itu, peserta akan mendapat nota-nota dan buku khas yang akan di pasarkan pada tahun 2019.



Ketua Unit yang akan mengendalikan bengkel -bengkel ini adalah:
  • Pat Ibrahim - Ketua Pelatih
  • Siti Jasmina Ibrahim - Penulis skript
  • Idzuan Samad - Pereka Produksi
  • Akma Suriati - Pereka Kostum
  • Saiful Ridzuan - Pengarah Muzik
  • Fitri Hiswady - Pelatih Vokal
  • Azhar Zainal - Teknik Lakonan
  • Pat Gui & Hamidon - Pengurusan Pentas
  • Eja Ibrahim - Pembangunan Perniagaan Seni Persembahan

Komponen ke Empat - Persembahan Bangsawan Dendam Laksamana
Bangsawan Dendam Laksamana, cerita dari mata penulis, didasarkan pada halaman di Tuhfat Al Nafis, yang menceritakan kisah Sultan Mahmud Syah-2 yang dibunuh oleh laksamananya. Laksamana Bentan membalas pembunuhan isterinya Wan Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan. Kisah yang mengerikan hati ini sangat popular di kalangan orang Melayu yang lebih tua. 

Lebih banyak masa, kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh Nusantara. Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip Shaharom. Sebagai infomasi, teater di bawah tajuk yang sama yang dipentaskan tahun lalu telah mendapat 4 nominasi dalam 15th Boh Cameronian Awards iaitu Calon Pelakon Lelaki Terbaik, Calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Calon Rekaan Kostum Terbaik dan Calon Rekaan Lampu Terbaik.


Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu akan menampilkan wajah-wajah lama dan baharu. Gandingan segar yang akan diperlihatkan kali ini menampilkan Nadia Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Azhar, Asmidar, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi. Malah tulang belakang pekan ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.


Nadia Aqilah pemegang watak Dang Anum
Menurut Aqilah "Saya sangat teruja dengan teater ini. Pada satu titik selepas sudah bertahun menjadi performer, kita mesti mahu memberikan kembali. Inilah peluangnya. Semangat nak berkongsi kembali bangsawan pada generasi baru, semangat nak cerita pasal sejarah, and most importantly proses pembelajaran sepanjang berlakunya tour ni. So many things I can learn."

"Saya merasakan Bangsawan Dendam Laksamana adalah sebuah produksi yang terdiri daripada profesional. Jalan cerita yang masih relevan, ada semua unsur tradisi kita dalam satu naskah iaitu nyanyian, tarian, musik, everything. So why not? Rugi lah siapa tak tengok," tambah Aqilah.

Hairi Safwan sebagai Laksamana Megat Seri Rama
Hairi Safwan sangat teruja dan bangga bila dipilih dalam Bangsawan Dengam Laksamana ini kerana beliau meyatakan bahawa beliau beraksi dalam satu keluarga dan bukannya kumpulan.

"Saya tidak ada masalah untuk membawa watak ini tapi cabaran saya adalah skrip, naskah ini menuntut pelakon-pelakon mengkaji dan dan mendalami setiap patah ayatnya. Cabaran ini yang saya suka!," kata Hairi. Tambah beliau "Anda semua harus menonton persembahan ini kerana anda akan berasa anda berada dalam persembahan ini. Penuh warna-warni dan pakar-pakar yang menjayakan persembahan yg total hebat ini bagi skop bangsawan. Tiada masa untuk anda boring dan tidur. Percayalah!!."


Perihal P.I.P.E
Projek Projek Pat Ibrahim (PIPE) bermatlamat mewujudkan kesedaran tentang keperluan untuk menyatukan bakat-bakat muda dari pelbagai cabang teater - tarian, muzik dan penulisan, yang mencari peluang dalam kerja kreatif dan juga membantu usaha kerajaan untuk membentuk masyarakat patriotisme dan identiti diri progresif. PIPE amat peka terhadap kepentingan bagi menarik perhatian dan minat remaja atau milenium untuk menghargai dan memelihara budaya dan warisan kita melalui seni persembahan dan meraikan 'Santun Melayu'. PIPE bertindak balas terhadap usaha Kerajaan untuk merapatkan jurang antara kesenian dan orang.


PIPE mempunyai pelan misi besar dalam tempoh 5 tahun. Dengan gabungan kepakaran dan pengalaman yang ada, mereka yakin untuk melukiskan industri seni persembahan di negara ini. Selain meraikan kepelbagaian dan warisan kita melalui seni persembahan, PIPE percaya kepada kuasa hiburan untuk mencapai penonton pada hari ini. Pihak PIPE berharap dan mengimpikan agar misi ini berlangsung untuk memanfaatkan kepakaran mereka untuk membiakkan kehidupan baru kepada generasi penampilan yang akan datang. Seterusnya, PIPE berharap mendapat sokongan dan kerjasama daripada korporat untuk mencapai matlamat dan objektifnya.

Kepada orang ramai, para peminat bangsawan khususnya dan masyarakat setempat awam bakal bertemu dengan produksi ini di lapan 8 buah negeri bermula dengan siri jelajah berikut:
  • Johor - 25 Jun- 1 Julai 2018
  • Melaka - 2-8 Julai 2018
  • Pahang - 9-15 Julai 2018
  • Terengganu - 15-21 Julai 2018
  • Pulau Pinang - 22-28 Julai 2018
  • Kedah - 30 Julai- 5 Ogos 2018
  • Perak - 5-11 Ogos 2018
  • Kuala Lumpur - 29 Oktober-11 November 2018


Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online di pipent.peatix.com telah bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 lalu. Jom memeriahkan pementasan ini nanti!


CONVERSATION

2 comments:

  1. Hello Kak, salam kenal ya... Saye blogger dari Pontianak, Kalimantan Barat. Suke bace tulisan Kakak ini mengenai seni pementasan drama, saat sekarang susah nak cari generasi muda seperti Kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello BloggerBorneo.Com, Terima kasih singgah di blog saya. Saya juga sebenarnya tidaklah begitu arif dalam bidang pementasan budaya tapi sangat suka menontonnya. Generasi muda sekarang sukar nak sukakan bidang ini jika tak diberi pendedahan. Saya juga mulai minat ketika di Universiti. Jika tiada pendedahan, mungkin juga tidak ambil peduli :)

      Delete

Back
to top