Pelancaran FATIMÉ Di Konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pelancaran FATIMÉ Di Konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma

Trending

Pelancaran FATIMÉ Di Konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma

Buat julung kalinya, industri fesyen tanahair digegarkan dengan pertunjukan fesyen di dalam konsert tersohor, "Anuar Zain, Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma Live In Concert" baru-baru ini pada tanggal 28 April 2018 yang lepas.

Peragaan fesyen koleksi raya oleh Fatimé yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak penganjur konsert, DTA Fashion Art Performance Sdn. Bhd. dengan tema 'flower fantasy' itu telah berlangsung dalam konsert berprestij di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang menyaksikan pertemuan penyanyi terkenal dari dua buah negara, Malaysia dan Indonesia.

Credit photo to @Uyushh

Pengasas jenama rangkaian busana Fatimé, Datin Fatime Azmi berkata, pelancaran itu bertujuan memperkenalkan jenama miliknya sendiri kepada masyarakat tempatan sekaligus menjadikan ianya pertunjukan fesyen koleksi raya di dalam konsert yang pertama di Malaysia.


Pertunjukan fesyen ini dijadikan sebagai satu platform terbaik untuk koleksi rekaannya yang baru sahaja muncul di pasaran. Beliau amat teruja dan bersyukur kerana dapat mempertengahkan koleksi raya Fatimé secara terus kepada masyarakat yang bertindak sebagai penonton konsert pada hari tersebut.


"Ini bukan sahaja pencapaian baru bagi industri busana wanita di Malaysia, bahkan juga bagi sektor industri fesyen domestik negara secara keseluruhannya kerana ia tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini."

Setiap koleksi rekaannya diberi nafas baru yang diinspirasikan daripada pereka-pereka terkenal tanahair dan juga luar negara dengan pilihan warna-warna memukau untuk digayakan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Rangkaian busana koleksi raya Fatimé sudah berada dipasaran menerusi penjualan secara online di laman web rasmi www.fatime.my dan juga di laman media sosial Instagran dan Facebook untuk pembelian atas talian.





Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post