Magic Jelly Lovera Formulasi Terbaru Untuk Kegunaan Pelbagai

Sejak beribu tahun dahulu, Aloe Vera telah digunakan secara meluas untuk tujuan kesihatan mahupun kecantikan kerana mempunyai pelbagai khasiat meliputi dalaman dan luaran tubuh badan manusia. Kini terdapat banyak produk di pasaran yang menggunakan tumbuhan aloe vera atau lebih dikenali sebagai lidah buaya di negara kita. Sebelum ini, Kak Bell pernah juga menggunakan produk berasaskan aloe vera dan terbukti berkesan. Kebetulan juga, baru-baru ini Kak Bell ada menjalani rawatan aestetik pada wajah dan memerlukan pemakaian penapis suria dan pelembap yang berasaskan Aloe Vera. Jadi, Kak Bell nak kongsikan tentang satu produk iaitu Lovera Magic Jelly yang Kak Bell gunakan.


Magic Jelly Lovera
Magic Jelly merupakan produk tempatan yang dikeluarkan oleh syarikat Lovera. Produk ini menggunakan Aloe Vera sebagai bahan asas utama dan datang dalam bentuk gel. Untuk formulasi terbaru, ianya telah diperkaya dengan ekstrak Timun, Sengkuang (Jicama) dan Bunga Chamomile yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


Kesemua bahan tersebut, secara tradisi terkenal dengan kelebihan berkesan mengekalkan kelembapan kulit. Magic Jelly yang merupakan produk pelbagai guna (multipurpose) telah diakui dapat membantu menyelesaikan masalah seperti jerawat muka, kesan parut, kulit kusam dan juga permasalahan kulit yang lain.


Antara kebanyakan produk keluaran Lovera, Magic Jelly merupakan produk paling laris dijual dan kini telah terjual lebih daripada 70,000 botol. Produk ini bebas paraben, tidak menggunakan pewarna tiruan, tiada merkuri, tiada steroid dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang membahayakan kulit. Magic Jelly ini memiliki kelulusan KKM dan mempunyai sijil HALAL daripada JAKIM serta di kilangkan mengikut piawaian GMP. Jadi, ianya selamat untuk digunakan tanpa rasa ragu dan bimbang dan boleh digunakan oleh lelaki & perempuan dari kanak-kanak hingga lah dewasa.


Lebih 25 Kelebihan Di Dalam 1 Botol

  • Mengecutkan jerawat dan memudarkan bintik hitam
  • Menghilangkan kulit kusam dan parut (lama/baru)
  • Merawat sunburn
  • Melembapkan kulit kering dan menjadikan kulit lebih lembut 
  • Melegakan meringankan ekszema, ruam, kulit alergi dan sensitif
  • Mengecilkan liang roma
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan kelemumur
  • Mengurangkan rambut kusut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Membantu merawat luka dan kesan terbakar
  • Melebatkan dan memanjangkan bulu mata
  • Merawat bibir pecah dan kering
  • Boleh digunakan sebagai aftershave (utk lelaki & perempuan)
  • Sesuai untuk tumit pecah
  • Boleh digunakan untuk rawat ruam pada badan bayi
  • Digunakan sebagai pelembap kulit, pembersih make up, serum muka, serum rambut, serum bulu mata, pelembap bibir.
  • Digunakan sebagai make up primer *Boleh campur dengan foundation/bb cream untuk make-up tahan lebih lama & glowing

My Verdict
Lovera Magic Jelly ni datang dalam bentuk gel yang jernih/tidak berwarna dengan bau segar seperti bau mint dan wangi. Mungkin baunya datang hasil gabungan dari kombinasi bau Aloe Vera dan Chamonile. Sangat suka dengan baunya yang tidak terlalu kuat dan bau yang masih kekal setelah beberapa minit disapukan. Tekstur gelnya juga tidak melekit, tidak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit. Semasa sapuan kulit akan berasa sejuk. Memang boleh nampak kawasan sapuan lebih lembap.



Kak Bell gunakan produk Lovera Magic Jelly ini sebagai pelembap muka untuk lembapkan kulit selepas rawatan laser pada muka tempohari. Selepas 2 hari penggunaan, kesan tegang muka memang berkurangan dan proses pemulihan kulit bertindak dengan lebih cepat. Selain itu, Kak Bell juga gunakan pada bahagian tumit kaki dan pada bahagian siku berikutan kulit kering pada bahagian berkenaan. Untuk penggunaan pada tumit memerlukan masa yang lebih lama untuk hasilnya dan tiada komen buat masa ini.

Bagi yang mempunyai masalah jerawat, boleh letakkan Magic Jelly ini lebih banyak dan biakan selama 5 minit sebelum diratakan. Untuk kesan serapan optimum, boleh lakukan urutan pada wajah selepas sapuan. Pengguna juga tidak perlu bimbang sebab gel ini tidak menghakis kulit dan tiada kesan sampingan.


Packaging Lovera Magic Jelly ini datang dalam bentuk botol pump dengan saiz 60ml. Pump dan saiz yang kecil ini memudahkan proses penggunaan sebab kita boleh kawal jumlah gel yang hendak digunakan. Botol yang digunakan juga kalis cahaya matahari bagi melindungi kandungan gel supaya komposisi kimia bahan tidak berubah apabila terkena haba dan memberi kesan kepada pemakai.

Bagi yang mencari produk untuk penjagaan kulit, bolehlah mencuba Lovera Magic Jelly ini yang dijual pada harga RM70 sebotol (60ml). Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Lovera seperti berikut. 

Lovera Malaysia
Tingkat 10, Plaza Azalea,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan
+601132348255
E-mail: hello.lovera@gmail.com

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top