LIVE Demo Bye Bye Scar & Vampire Bloody Facial di Toscana Medi Clinic - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal LIVE Demo Bye Bye Scar & Vampire Bloody Facial di Toscana Medi Clinic

Trending

LIVE Demo Bye Bye Scar & Vampire Bloody Facial di Toscana Medi Clinic

Be Better Be You..

Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan menyebabkan kulit seseorang mengalami perubahan. Kehadiran kedutan, garis penuaan dan kehilangan volume pada kulit wajah diantara tanda-tanda kemerosotan umum dalam proses penuaan. Selain itu juga, pendedahan bagi tempoh lama di bawah cahaya matahari turut menyumbang kepada permasalah kulit wajah. Over-exposure kepada cahaya matahari akan merangsang kulit untuk menghasilkan melanin pada kulit bagi melindungi kulit terhadap sinaran UV yang berbahaya. Penghasilan melanin yang tertumpu pada bahagian kecil akan menyebabkan bintik gelap atau jeragat pada kulit seterusnya boleh menyebabkan Hiperpigmentasi pada kulit wajah. Bagi memberi pendedahan dan mengatasi masalah tersebut, satu demonstrasi secara langsung rawatan aestetik telah dianjurkan oleh pihak Toscana Medi Clinic di Publika Solaris Dutamas baru-baru ini.


Terdapat dua jenis rawatan estetik yang ditunjukkan untuk demonstrasi tersebut iaitu rawatan Bye Bye Scars dan Vampire Bloody Facials yang dekendalikan oleh Dr. Kanwal Gill dan Dr. Lashela Dharmadass. Terima kasih diucapkan kepada Marcus Osmand, selaku Pengarah Kreatif Toscana Medi Clinic di atas jemputan menghadisi sesi demonstrasi 'live' tersebut.



Untuk rawatan Bye Bye Scars, kaedah rawatan CO2 Fractional Laser akan dibuat seterusnya rawatan Vampire Bloody Facials iaitu rawatan PRP bagi memulihkan dan meremajakan semula kondisi kulit wajah. Dr. Kanwal Gill, Pengarah Toscana Medi Clinic telah melakukan demonstrasi rawatan untuk CO2 Fractional Laser dan Dr. Lashela Dharmadass, Pengarah Toscana Medi Clinic pula menerangkan dan melakukan demonstrasi untuk kaedah rawatan Platelet Rich Plasma (PRP).

CO2 Fractional Laser
Rawatan ini merupakan kaedah yang berkesan untuk skin resurfacing dengan menggunakan kaedah fractional photothermolysis. Pancaran laser CO2 yang digunakan akan berpecah kepada ribuan sinaran kecil mikroskopik yang akan menjejaskan tisu kulit melalui epidermis ke dalam dermis. Proses penyembuhan semula jadi badan akan menghasilkan tisu baru yang sihat untuk menggantikan kawasan tisu yang terjejas di zon rawatan. Kaedah ini selamat dan berkesan dengan masa downtime yang kurang bagi memudarkan kesan parut dan membuat tekstur kulit menjadi lebih sekata.


Rawatan CO2 Fractional Laser ini boleh digunakan dengan berkesan untuk merawat garis halus dan kedutan, parut jerawat, pigmentasi kulit, jeragat akibat kesan cahaya matahari, penyingkiran tahi lalat dan memperbaiki tekstur kulit yang tidak sekata.

Baca juga Rawatan Laser Jeragat

Menurut Dr. Kanwal Gill, Pengarah Toscana Medi Clinic dan juga selaku doktor aestetik di sini menerangkan bahawa kulit atau badan kita mempunyai keupayaan untuk pulih bila berlakunya kecederaan. Penggunaan laser dalam rawatan ini adalah untuk mencederakan kulit, dan kulit muka akan bertindak untuk pemulihan yang optimum bagi kesan cedera tersebut dan kaedah ini dapat meremajakan dan merapikan kulit wajah. 


Krim anestetik (krim kebas) akan disapukan pada wajah pesakit dan proses hanya rawatan CO2 laser hanya mengambil dalam masa kurang dari 10 minit. Pesakit akan alami kesan sensasi tegang pada kuit muka semasa rawatan. Kulit muka akan menjadi merah dan rasa panas dalam tempoh beberapa jam. Soothing cream akan disapukan dan kesan rawatan pada wajah bergantung kepada kadar rawatan. Kebiasaannya, kesannya amat kurang dan pesakit boleh menjalani rutin harian seperti biasa. Hasil rawatan boleh dilihat selepas rawatan yang pertama dan rawatan seterusnya boleh dilakukan bergantung kepada nasihat doktor.


Untuk penjagaan perlu gunakan sun block SPF30 dan keatas, pelembap wajah untuk melembapkan kulit. Elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi AHA, BHA (whitening product) dan elak dari terkena sinaran cahaya matahari untuk proses pemulihan yang cepat.

Platelet-Rich Plasma (PRP)
Terapi Vampire Bloody Facial ini menggunakan darah kita sendiri dalam proses rawatan. Dsrah akan diambil dari badan pesakit dan plasma darah akan diasingkan menggunakan mesin centrifuge khas bagi mendapatkan platelet-rich plasma. PRP tadi akan dimasukkan semula ke dalam kulit atau ke bahagian badan yang lain yang memerlukan rawatan. Tiada bahan kimia atau sebarang bahan campuran yang lain selain daripada sel darah platelet daripada badan kita sendiri. Facelift tanpa pembedahan ini juga turut dikenali sebagai rawatan terapi 'Vampire' atau 'Dracula' facial.



Dr. Lashela Dharmadass, juga Pengarah Toscana Medi Clinic, kaedah rawatan ini masih lagi kedengaran asing di Malaysia, namun ia sebenarnya telah lama digunakan di negara-negara maju seperti Jepun dan Eropah. Kaedah rawatan PRP ini, sering digunakan di dalam perubatan terutamanya penyakit-penyakit kronik seperti pembedahan ortopedik dan urologi, dan ianya kemudian mula digunakan oleh atlet-atlet untuk merawat tisu ligamen dan tendon yang terkoyak. Selain muka, PRP boleh dilakukan di pelbagai bahagian badan seperti lutut untuk merawat penyakit arthritis, kulit kepala untuk masalah rambut, bahagian kelamin untuk merawat masalah tenaga batin dan sebagainya.


Platelet tersebut merupakan protein yang mempunyai faktor pertumbuhan (growth factors) yang akan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru selain meningkatkan penghasilan kolagen dan seterusnya memperbaiki tekstur kulit dan tona wajah. Hasil rawatan boleh dilihat dalam tempoh masa 3 minggu selepas rawatan dan kulit akan lebih tegang dan kesan penuaan juga akan berkurangan. Rawatan lanjut haruslah dilakukan bagi mengekalkan kesan rawatan dan hasil nya boleh bertahan sehingga 18 bulan.

Untuk saksikan sedikit sedutan pada acara 'LIVE' demo pada hari tersebut, bolehlah menonton video dibawah. Jangan lupa subscribe ya!


Untuk maklumat lanjut tentang rawatan dan Toscana Medi Clinic, boleh rujuk laman sosial mereka seperti di bawah.

Toscana Medi Clinic
Lot 01 & 02 Level G4 Block D5,
Solaris Dutamas, No 1 Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur.
Hubungi : 03-6143 8866




Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post