Domino’s Melancarkan Kempen 'Together-gether Fund' Dedikasi Buat Wira Yang Dilupakan

Pada 18 May 2018 yang lepas, sempena mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan yang istimewa, Domino’s dengan komited telah melancarkan inisiatif terbaru mereka iaitu 'Together-gether Fund' bagi meraikan pihak yang sentiasa menyumbang dan berkorban demi masyarakat. Dana yang telah dilancarkan ini bertujuan untuk memberi kembali atau menghargai sumbangan mereka yang sentiasa memberikan pertolongan dan berkorban demi kepentingan orang lain. Dana untuk kempen ini dedikasi khas kepada 'the Unsung Heroes' yang ramai tidak kita kenali.


'Together-gether Fund' merupakan platform yang disediakan oleh pihak Domino dengan usahasama setiap pelanggan yang membuat pembelian Kombo Ramadhan sepanjang 17 Mei 2018 hingga 3 Jun 2018. Setiap pelanggan yang membeli mana-mana Kombo Ramadan iaitu Ssamjeang Buddy Combo atau Ssamjeang Super Combo, satu keping piza akan disumbangkan kepada dana dan dikumpul sehingga enam keping piza untuk membuat lengkap sekeping Regular Pizza dan kemudiannya akan disumbangkan kepada kumpulan-kumpulan The Unsung Heroes. 


Menurut Linda Hassan, Pengurus Besar & Pemasaran Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, pihak Domino mensasarkan sejumlah 3000 keping piza akan disediakan dalam masa 3 minggu kempen berlangsung dan akan diberikan kepada 10,000 the Unsung Heroes dan kanak-kanak kurang bernasib baik dalam tempoh Ramadhan Raya tahun ini.

"Selain diskaun dan tawaran hebat, kami memberi peluang kepada pelanggan kami untuk sama-sama menyumbang dan membantu di bulan Ramadhan ini. The Unsung Heroes ini, adalah individu yang tidak mementingkan diri sendiri, berkhidmat dan menyumbang kepada keluarga dan komuniti mereka, melampaui apa yang diperlukan untuk kepentingan orang lain dan mereka benar-benar memberi inspirasi. Kami sangat teruja untuk berkongsi bersama-sama dengan anda menjayakan dana ini dan melihat pengumpulan pizza melalui pembelian pelanggan untuk disumbangkan kepada The Unsung Heroes dan beberapa rumah kebajikan." kata Shamsul Amree, Pengurus Besar & Operasi Domino's Pizza Malaysia dan Singapura.

Dari kiri-Pengerusi Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Kasih Bestari, Encik Lex Low; Encik Palanikumar, sukarelawan; Encik Ahmad Faizal, inspirasi di sebalik inisiatif Hero Unsung; 
Encik Shamsul Amree, Pengurus Besar & Operasi Domino's Pizza Malaysia
& Singapura; Cik Linda Hassan, Pengurus Besar & Pemasaran Domino's Pizza Malaysia dan Singapura; Encik Mahadir, Anggota Bomba Kota Anggerik; Encik Kuan Chee Heng, pengasas Community Policing Malaysia; dan Jururawat & Doktor dari Hospital UMRA.

Sumbangan pizza khas kepada tenaga kerja operasi kejuruteraan dan lapangan terbang Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk mengiktiraf usaha dan kerja keras mereka dalam memastikan pesawat MAB memenuhi keperluan keselamatan dan standard operasi bagi keselesaan kepada para penumpang.

Diantara the Unsung Heroes yang diraikan semasa majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Domino Pizza Seksyen 13, Shah Alam ialah doktor dan jururawat Hospital UMRA, anggota bomba dari Stesen Bomba Kota Anggerik, En. Lex Low, tukang gunting rambut yang sentiasa membuat kebajikan, Encik Palani Kumar dan kumpulan sukarelawannya, Encik Kuan Chee Heng, pengasas Community Policing Malaysia serta Encik Ahmad Faizal, inspirasi di sebalik inisiatif The Unsung Hero yang kisahnya pernah viral sebelum ini. Sangat tersentuh bila mendengar kisah beliau tentang membantu orang susah dan gelandangan yang sangat bersyukur bila diberikan sekeping piza!



Selain itu juga, turut diraikan adalah kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Kasih Bestari sebagai sebahagian daripada pelancaran itu. Sebagai tanda penghargaan dari Domino's Pizza mereka semua diraikan dan melancarkan dana ini.

Kanak-kanak dari rumah amal dan para tetamu bergambar bersama pihak bomba Kota Anggerik di majlis pelancaran Dana Together-gether Domino's Pizza

Dua tawaran kombo Ramadan untuk kempen 'Together-gether Fund' ialah Ssamjeang Buddy Combo dan Super Ssamjeang Combo.


Ssamjeang Buddy Combo (RM39.90)

  • 1 Regular Ssamjeang pizza
  • 1 Ayam-Haseyo
  • 1 Garlic Twisty Bread
  • 2 tin minuman ringan

Ssamjeang Super Combo (RM59.90)

  • 2 Reguler Piza
  • 1 Ayam-Haseyo
  • 1 Cheesy Mozzarella / Cheddar Stix
  • 1 botol 1.5L minuman ringan

Pelanggan Domino juga boleh menikmati tawaran Super Tuesday pada setiap hari Selasa, dimana Personal Pizza dijual pada harga serendah RM3.90 untuk online order dan self-collect serta pada harga RM4.90 untuk order melalui kaunter. *Tersedia untuk semua jenis/perisa pizza dan Banana Kaya 6'' (surcaj dikenakan untuk piza klasik dan piza first-class).


Bagi pelanggan yang ingin menikmati dan menyumbang untuk dana 'Together-gether Fund' ini, bolehlah kunjungi Domino's Pizza sepanjang kempen berlangsung dari 17 Mei 2018 hingga 3 Jun 2018. Jom sama-sama memberi sempena Ramadhan ini.




CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top