Dettol Malaysia Melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Tangan Di Jalan Raya Sepanjang Musim Hari Raya

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Terdapat banyak produk penjagaan keluarga masa kini bagi membantu melindungi kita daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, sanitasi tangan, pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria yang seringkali kita gunakan sebagai keperluan harian. Salah satu jenama yang popular dan dipercayai sebagai produk penjagaan kesihatan keluarga masakini, tidak lain dan tidak bukan iaitu Dettol. Dettol merupakan jenama antiseptik terkemuka yang dipercayai sejak tahun 1932 lagi sebagai produk pembunuh kuman yang disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan dalam mengekalkan keluarga yang sihat. 


Sempena musim perayaan Hari Raya yang akan datang nanti, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi rakyat Malaysia dalam kemeriahan Hari Raya dengan melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Tangan Di Jalan Raya di sepanjang musim perayaan nanti. Sudah tentu kebanyakan dari kita akan pulang ke kampung halaman dan akan menempuh perjalanan jauh di lebuh raya. Oleh itu, pihak Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan ini di 20 buah kawasan Rehat Rawat di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

Sementara pengguna berhenti rehat di kawasan R&R ini, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan melalui 7 langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi dan pengguna bolehlah memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.

Sebuah keluarga sedang membasuh tangan di kawasan Rehat & Rawat dengan mengikuti 7 langkah kebersihan tangan sambil dibantu oleh Ena Abas (kiri), Pengurus Jenama Dettol Malaysia & Singapura

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura (kiri) bersama dengan kanak-kanak yang menunjukkan tangan mereka yang bersih selepas mencucinya dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol

“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.


Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalampersekitaran kita setiap hari. Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.

“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,” jelas Ena.

Mengekalkan tabiat kebersihan yang baik penting untuk memerangi kuman yang terdedah pada persekitaran kita setiap hari

Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha mereka untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan. Dettol berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Dengan slogan kempen “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, pihak Dettol akan memberikan baucar ganjaran bernilai RM5 kepada para pembeli yang membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. Sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Untuk maklumat, bolehlah layari laman sosial Dettol untuk butiran lanjut.





CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top