Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma LIVE In Kuala Lumpur

Penantian menantikan konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma LIVE In Kuala Lumpur pasti meninggalkan satu pengalaman menarik bagi mereka yang berkesempatan menghadirinya. Kak Bell juga, turut berkesempatan menghadiri konsert tersebut yang telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 28 April 2018 (Sabtu) yang lalu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Saat sampai, ruang legar dewan telah dipenuhi dengan para peminat-peminat ketiga-tiga artis ini yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert. Kelihatan juga artis-artis dan selebriti Malaysia yang turut memberi sokongan pada malam tersebut. Kolaborasi istimewa dalam sebuah konsert antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia ini dibawakan oleh DTA Fashion Art Performance Sdn. Bhd. dalam konsert yang berjudul "Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma LIVE In Concert". Ketiga-tiga artis ternama ini telah berkongsi pentas buat kali pertama dalam konsert LIVE di Kuala Lumpur.


Setelah mengambil tempat di tempat duduk di ruang GOLD, konsert dimulakan dahulu dengan montaj pembukaan daripada pihak penganjur seperti FATIMÉ, YES, Forest City, Naza TTDI dan DTA Fashion. Pada malam itu, pembukaan konsert dan persembahan pertama digegarkan oleh Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi pop Indonesia yang juga merupakan seorang pelakon terkenal yang baru sahaja habis konsert solo pertamanya di Indonesia. Konsert bermula dengan teriakan BCL, “Apa Khabar Kuala Lumpur!” dengan lantang dan disambut dengan sorak dari penonton. Pada hari tersebut, telah menyaksikan kemunculan perdana BCL dalam skala konsert di Malaysia dan telah membawakan sebanyak 11 buah lagu iaitu:
1. lngkar
2. Pernah Muda
3. Sunny
4. Karena Kucinta Kau
5. Jangan Gila 
6. Jera
7. Cinta Sejati
8. Aku Wanita
9. Aku dan Dirimu
10. Legenda
11. Wanita Terbahagia





Persembahan Bunga Citra Lestari sangat bertenaga, non-stop BCL menyanyikan 11 buah lagu! BCL juga telah mengundang penyanyi baru, Daniesh Suffian yang menyanyikan lagu “Aku dan Dirimu” melalui penyertaan video untuk berkolaborasi dengan BCL. Dalam konsert itu juga, BCL telah membawakan lagu popular Dato Sheila Majid iaitu "Lagenda" dimana beliau telah diberi hak untuk merakam semula lagu ini. BCL menutup persembahan sesi pertama dengan lagu hitnya “Wanita Terbahagia”.


Sesi rehat pertama diisi dengan pelancaran koleksi busana Raya oleh FATIMÉ dengan tema ‘Flower Fantasy’. Pertunjukan fesyen ini adalah yang pertama diselitkan dalam sebuah kosert yang tidak pernah dibuat selama ini. Untuk entri FATIMÉ, boleh rujuk sini > Pelancaran FATIMÉ Di Konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma. Rangkaian busana raya FATIME ini sudah pun boleh didapati di www.fatime.my


Bagi segmen kedua, diteruskan oleh Yuka Kharisma, penyanyi yang semakin meningkat namanya. Mula dikenali dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi bagi filem "Love Supermoon" dan telah membawakan 5 buah lagu dari album pertamanya yang berjudul #1 iaitu:
1. Baby Santai
2. Mati Rasa
3. Warna 
4. Ku Bersedia
5. Jampi 
6. Pulang



Busana yang digayakan Yuka turut menarik perhatian. Walaupun duduk agak jauh tapi masih nampak gemerlap busana kuning beliau di atas pentas. Nyanyian Yuka menarik perhatian seluruh penonton dewan. Masing-masing teruja dengan kekuatan vokal Yuka menyanyi secara Live. Kak Bell juga lebih sukakan versi live berbanding versi album. Memang berpuas hati dengan persembahan Yuka pada malam tersebut dan boleh dikatakan paling menyerlah. Flawless!


Segmen ketiga dan yang terkahir, merupakan segmen yang dinanti-nantikan buat peminat penyanyi hebat Anuar Zain. Anuar Zain, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik telah membawakan lagu-lagu hitsnya dalam alunan vokalnya yang cukup mempesona dan menggetarkan jiwa. Anuar Zain cuma mendendangkan sebanyak 5 buah lagu iaitu:
1. Kau Bunga Cintaku
2. Andainya Takdir (Part 1)
3. Cinta Takkan Berakhir (Part 2)
4. Sedetik Lebih
5. Lelaki Ini 




Sebagai main attraction untuk konsert ini, pastinya semua penonton memberi tepukan dan sorakan gemuruh buat Anuar. Semasa menyanyikan lagu terakhirnya "Lelaki Ini", Anuar sempat turun dari pentas sambil menyanyi bersama penonton. Malangnya, tak sampai ke bahagian penonton di kawasan GOLD. Anuar Zain yang sebelum ini mengalami masalah vokal, telah membawakan lagunya dengan baik. Btw, terasa tidak puas dan sedikit terkilan tak dapat mendengar nada tinggi yang sinonim dengan Anuar.


Segmen terakhir konsert mempersembahkan gabungan Anuar Zain, Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma dengan membawa lagu Kaulah Segalanya dan Belaian Jiwa. Alunan vokal dan paduan suara penyanyi Malaysia dan Indonesia ini cukup mempersona dan menutup tirai konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma LIVE IN KL 2018.


Dalam sidang media telah diadakan sejurus konsert, Anuar Zain mempunyai alasan tersendiri apabila sekadar menyanyikan 5 buah lagu ketika mengadakan konsert 'Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert'. Menurut Anuar, perkara itu dilakukan atas persetujuan yang dibuat bersama pihak penganjur konsert tersebut. Anuar Zain juga menafikan jika beliau hanya menyampaikan lima buah lagu kerana keadaan vokalnya sebelum ini itu tidak benar.

"Sebagai seorang penghibur saya lebih pentingkan kualiti persembahan itu sendiri berbanding kuantiti lagu yang disampaikan."




Namun Anuar akui lagu Lelaki Ini saya tidak nyanyian seperti selalu. "Faktor usia menjadi sebab untuk saya berasa selesa dengan cara penyampaian saya kini,” katanya yang kini menukar komposisi lagu popularnya itu untuk menyesuaikan dengan vokal. Jika diberikan peluang mengadakan konsert lebih besar mungkin beliau dapat menyanyikan lebih banyak lagu lagi.


Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma LIVE In Kuala Lumpur ini dianjurkan oleh DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Berikut merupakan senarai sponsor yang terlibat;

Co-Sponsor: Fatime
Gold Sponsor: YES, Forest CitySilver
Sponsor : Naza TTDI
Radio Rasmi: HotFM, KoolFM
Media Partner: RedBox & GreenBoxSkyBkuebMedia
Ticket Partner: Boost

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top