Rampage (2018)

Big meets Bigger!

Sempat sudah menonton filem terbaru Dwayne Johnson (The Rock) iaitu RAMPAGE, beberapa hari yang lepas. Beberapa minggu sudah menonton Pacific Rim tapi tak sempat nak buat ulasan. Next movie yang ditunggu-tunggu pastilah movie Avengers: Infinity War dari Marvel Studios!

Rampage merupakan film adaptasi dari sebuah game arcade di era 1980-an yang turut menggunakan judul yang sama. Cerita mengisahkan seorang primatologis bernama Davis Okoye (Dwayne Johnson) yang berkawan baik dengan George, seekor gorila albino yang telah dijaga sejak kecil. Okoye lebih suka menghabiskan masa dengan binatang primat ini dari bergaul dengan manusia. Keduanya menggunakan bahasa isyarat untuk berhubung dan saling memahami. 


Pengarah : Brad Peyton
Penulis : Ryan Engle, Carlton Cuse, Ryan Condal, Adam Sztykiel
Pelakon : Dwayne Johnson (Davis Okoye), Naomie Harris (Dr. Kate Caldwell), Jeffrey Dean Morgan (Harvey Russell), Malin Akerman (Claire Wyden), Joe Manganiello (Burke), Jake Lacy (Brett Wyden)
Rating: PG-13 (for sequences of violence, action and destruction, brief language, and crude gestures)
Genre: Action & Adventure, Drama, Science Fiction & Fantasy
Studio: Warner Bros. Pictures
Release date : Apr 13, 2018  Wide


Cerita dimulakan dengan scene kejadian stesen angkasa lepas yang meletup. Stesen angkasa yang dibiayai oleh syarikat Energyne telah menjalankan ujikaji genetik (Program Rampage) terhadap haiwan dan salah satu ujikaji mereka gagal dan meyebabkan kemusnahan stesen tersebut. Seorang Doktor Genetik yang terselamat diarahkan untuk membawa pulang sampel tersebut kerana bernilai billion ringgit. Namun, walaupun berjaya keluar dari stesen tersebut, kapal tetap meletup sebab sedikit kerosakan pada kaca kapal semasa diserang binatang tadi. Jadinya, hanya sampel yang selamat jatuh ke muka bumilah.


Setelah jatuh 3 kawasan berlainan, kapsul sampel tersebut juga rosak dan sampelnya keluar dari bekas dan bertindakbalas dengan George (gorilla), seekor buaya dan serigala. Semua binatang ini mengalami kadar tumbesaran berkali ganda, lebih pantas dan juga ada modifikasi genetik lain hasil gabungan binatang lain! So, masing-masing dah jadi raksaksalah bikin mengamuk kat kota.




Pihak Energyne telah menyalahgunakan hasil penyelidikan Dr. Kate Caldwell (Naomie Harris) untuk penghasilan senjata iaitu haiwan mutasi tadilah setelah mencuri hasil kajian Dr. Kate Caldwell dan kemudian menyingkirkan beliau dari Energyne. Gorila yang baik tadi akhirnya menjadi musuh dan Davis Okoye bersama Dr. Kate Caldwell berusaha mencari antidot.


Ok, sejak awal hingga akhir babak filem tidak membosankan. Plotnya berjalan serius dengan aksi dan haruslah ada sedikit sisipan komedi. Sah-sah, The Rock yang berlakon kan. Btw, aksi komedinya tidak banyak dan more kepada banyak aksi. Klimaks cerita adalah semasa ketiga-tiga haiwan mutasi tadi datang menyerang bahagian kota. Semua senjata tak boleh tewaskan dorang yer.  Teknik CGI filem ni memang bestlah. Lagi best dari cerita Pacific Rim yang Kak Bell tonton yang macam cerita Ultraman kat TV! George cuma jadi besar dan jahat sahajalah, btw untk serigala tu siap boleh terbang macam kelawar, ada ciri landak. Buaya tu lagilah hebat, sampai Kak Bell tak tahu dah dia mutasi dengan genetik apa. Paling hebat, si buaya nilah, sebab dia kulit keras payah nak mati. Hahaha. Ketua pihak Energyne akhirnya mati kena telan dengan gorilla dan aksi berterusan lah dengan tembak menembak dengan haiwan tadi. Untuk rude languange dan bad gesture memang pihak wayang dah tapis lah, so boleh je bawa kanak-kanak tengok. Kesimpulannya, cerita yang menarik untuk ditonton dari awal sampai habis. Nak tahu apa terjadi kat George kena tontonlah. Huhu.

Berapa bintang nak bagi? : 6.5/10



CONVERSATION

4 comments:

  1. tgk trailer die cam best je..tak sempat ag nk tgk..kne g tgk nih

    ReplyDelete
  2. maacambest juga...teringin nak tengok gak..done follow your blog..

    ReplyDelete

Back
to top