HURR.TV Memperkenalkan ‘MUZIK JAM’, Program Muzik Online Terbaru Dihoskan ISMAIL IZZANI & NAIM DANIEL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal HURR.TV Memperkenalkan ‘MUZIK JAM’, Program Muzik Online Terbaru Dihoskan ISMAIL IZZANI & NAIM DANIEL

Trending

HURR.TV Memperkenalkan ‘MUZIK JAM’, Program Muzik Online Terbaru Dihoskan ISMAIL IZZANI & NAIM DANIEL

Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program muzik online terbaru iaitu ‘Muzik Jam’. Rancangan ini akan menampilkan para YouTuber yang bakal bersaing sesama mereka di studio Muzik Jam dan penyanyi dengan undian yang tertinggi akan meneruskan saingan berikutnya.


Muzik Jam adalah sebuah rancangan LIVE yang dihoskan oleh dua penyanyi berbakat dan menyerlah ketika ini iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel. Kedua-dua hos akan bergilir-gilir sebagai hos untuk program tersebut dan episod web pertama telah disiarkan secara langsung pada 28 Mac 2018 yang lepas di www.hurr.tv. Program ini akan bersiaran langsung pada setiap hari Rabu untuk jumlah keseluruhan enam episod web sehingga 2 Mei 2018.



Genre Berbeza Setiap Minggu
Untuk setiap episod web, ‘Muzik Jam’ akan menampilkan dua YouTuber yang diberikan peluang untuk menonjolkan kekuatan vokal mereka dengan penyanyi akustik secara langsung bagi lagu yang telah ditetapkan tema pada setiap minggu membabitkan genre berbeza antaranya balada, pop atau rock. Pada siaran secara langsung itu, penonton memainkan peranan penting untuk membuat undian bagi menentukan YouTuber kegemaran yang bakal muncul sebagai pemenang mingguan melalui undian yang dilakukan secara langsung. Jadi, tugas korang adalah untuk UNDI YOUTUBER PILIHAN KORANG semasa siaran live tersebut. Berikut adalah 7 YouTuber yang bakal ditampilkan pada rancangan ini.


Pemenang pada minggu tersebut akan bersaing dengan YouTuber berbeza mengikut lagu yang telah ditetapkan tema pada episod seterusnya. Setiap episod memerlukan penonton untuk mengundi siapakah yang layak kekal di pentas ‘Muzik Jam’. Pemenang pada setiap minggu berpeluang untuk berduet secara langsung bersama hos mingguan di penghujung setiap episod web.

Minggu pertama yang disiarkan pada 28 Mac 2018 menyaksikan dua YouTuber yang bersaing adalah Yazmin Aziz dan Sheryl Syazwanie dengan hos pada malam itu adalah Ismail Izzani. Yazmin telah menyanyikan lagu berjudul ‘Marry You’ oleh Bruno Mars manakala Sheryl menyanyikan lagu berjudul ‘Perfect’ oleh Ed Sheeran. Undian secara langsung pada malam itu berpihak kepada Yazmin Aziz yang muncul sebagai peserta kegemaran dan bakal bersaing dengan YouTuber lain pada 4 April 2018. Di akhir rancangan itu, Yazmin turut berduet bersama hos Ismail Izzani menyanyikan lagu ‘Demi Kita’.


“Muzik adalah satu elemen universal yang digemari pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, program ini merupakan sebuah kandungan segar dan terkini yang kami percaya mampu membuatkan penonton lebih menghargai bakat-bakat tempatan.


‘Muzik Jam’ adalah platform terbaik bagi YouTuber terlibat untuk lebih dikenali serta didengari dan dalam masa sama memperluaskan lagi pengaruh mereka untuk mendekati penonton baharu. hurr.tv juga adalah saluran online pertama yang memberikan peluang kepada YouTuber untuk bersaing sesama mereka. Siapa sangka, mungkin ini adalah detik perubahan bagi mereka untuk lebih dikenali,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

‘Muzik Jam’ dibawakan oleh muca dan MyMotor. Saksikan Muzik Jam secara LIVE, setiap RABU, mulai 8:30 malam eksklusif hanya di laman web HURR.TV dan undi penyanyi kegemaran anda! Saksikan episod web pertama di sini.



Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, boleh ikuti dilaman dibawah





Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post