Sekitar Majlis Resepsi Ke-2 Fattzura Bertemakan Tradisional

Selesai sudah majlis resepsi kedua-dua pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura pada Ahad lepas. Kedua-dua pasangan ini sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November 2018 dan majlis resepsi pertama telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur dua minggu yang lalu. Sebelum ini, majlis resepsi pertama adalah bertemakan ‘fairytale’ dan telah diadakan pada 25 Februari 2018 khusus buat rakan dan keluarga kedua mempelai.


Bagi meraikan dan berkongsi rasa gembira sempena majlis perkahwinan mereka, pasangan Fattah Amin dan Fazura turut mengadakan majlis resepsi khas buat peminat mereka pada 11 Mac 2018 lalu bertempat di Royale Palace, Shah Alam. Bila Fazura memuat naik jemputan di laman IG beliau, terus berpusu-pusu komen fans dia melahirkan rasa  kegembiraan untuk hadir ke majlis tersebut.


Untuk resepsi kedua ini, mereka menjemput seramai 5,000 orang peminat yang hadir untuk berkongsi kegembiraan dan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah dan Fazura selama ini. Tema yang dibawakan pada hari tersebut ialah tema tradisional.


Saat sampai di Royale Palace, Shah Alam, suasana di ruang masuk dewan memang meriah dan penuh sesak dengan peminat Fattah Amin dan Fazura. Sebenarnya, terdapat 2 sesi untuk resepsi kedua tersebut dan sesi kedua bermula pada jam 2.30PM. Kelihatan, kebanjiran para peminat mereka menunggu untuk masuk ke dewan, hinggakan Kak Bell sendiri berpeluh-peluh sabar menanti saat untuk masuk ke dalam dewan.


Kredit photo @king8dd

Kedua-dua majlis resepsi tersebut menggunakan sentuhan khidmat perancang majlis terkenal Reka Teemor. Patutlah peminat sayangkan mereka berdua. Walaupun hanya untuk peminat, majlis tersebut menyaksikan pelamin yang dihiasi indah dan mewah. Memang sangat grand dan respect pada Fattah Amin dan Fazura!





Cuba tengok keadaan dewan dari bahagian hadapan. Mewah dan cantik kan?


Semestinya suasana dewan gamat bila kedua mempelai masuk ke dalam dewan. Bayangkanlah bila kedua-dua peminat pasangan sensasi ni bergabung. Memang sangat cocok dan sepadan sangat mereka berdua ni. Sama cantik, sama padan kata orang. Tak berkedip mata kita tengok Fattah Amin dan Fazura dengan busana tradisional berona biru. Memang persis putera dan puteri raja. Kagum dengan mereka yang sangat sporting untuk 'selfie' dengan para peminat sepanjang walkaway tu!

Kat bawah ni korang sedikit sedutan video semasa Fattah Amin dan Fazura masuk ke dalam dewan untuk bersanding di pelamin. Memang sangat cantik dan hensem si Fazura dan Fatah. Makan hati berulam jantung tak? Hehe.


Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ke-2 Fattzura Bertemakan Tradisional






Kredit photo @king8dd

Kredit photo @king8dd

Lovely Fazura!

Para tetamu juga dihiburkan dengan beberapa lagu daripada Bob Yusof, Khai Bhar, Syura, Fazli Zainal dan beberapa artis lain. Lama tak dengar Bob menyanyi. Memang tak perlu dipertikaikan dengan vokal Bob. Sesambil makan tu, kaki Kak Bell macam nak pergi berjoget pula bila dengar lagu asli nyanyian beliau.


Dah kebetulan duduk dengan artis-artis ni, tentulah Kak Bell tak lepaskan peluang nak bergambar. Special dapat bergambar dengan Datuk Jimmy Choo!

Sedondon pula baju dengan Khai Bahar!

Bersama Datuk Jimmy Choo


Syura Badron

Pasangan ini boleh jadi contoh kepada selebriti lain untuk sentiasa menghargai peminat. Bersama kita doakan perkahwinan Fazura dan Fattah akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

CONVERSATION

40 comments:

  1. Memang dari dulu #teamfazura walau tak berapa minat ngan FA..cantik giler la konsep wedding diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka Fazura sejak Gol & gincu. FA tak suka sangat.tapi sekarang dah suka pulak. Hahaha

      Delete
  2. Bestnya dapat pergi wedding Fattzura.bokeh tgk diorang face to face.suka tgk diorang.very humble

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok depan2 memang terkedu. Cantik sangat!

      Delete
  3. pergh! persis di alam kayangan! cantik betul! tapi mesti ramai gila orang kan. iyalah, selain fazura dan fattah amin yang memang popular, ada ramai lagi artis yang datang. nampak pun meriah betul tu! gambar2 akak cantiklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Hasif. Ni pun dah cuba nak snap yg terbaik. Maklumlah ramai sangat orang. Kalau kat luar kandang VIP tu tak tahulah dapat ke tak amek gambar. Huhu

      Delete
  4. cantiknya pelamin dia. dan ainy suka love birds ni sebab buat resepsi khas untuk peminat sempena menghargai peminat yang selama ni menyokong diorang. patutlah peminat sayang kat diorang ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Artis lain tak semua macam ni kan

      Delete
  5. Sumpah meriah. Tengok dkt ig. Orang ramai gila. Deko pelamin cantik gila. Moga hubungan mereka kekal selama2 nya. Sweet sangat.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya pelamin tu. Nampak sangat grand. Kena pulak tu dengan hiasan dewan. Memang Fattah dan Fazura menghargai peminatnya....Tahniah kepada kedua mempelai...

    ReplyDelete
  7. Cantik majlis dia..tema simple tp nampak exclusive sgt..fattah amin ngan fazura pulak sama padan..hehe terigat masa kawin dulu..best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengimbau kenangan ye. Betullah sama cantik dan padan. Pinang belah lapan pun tetap padan. Hehe

      Delete
  8. Fuiyooo... Dah macam retis ni bella. Cantik sangat fazura & fattah. Memang sedondon lah diorang. Pelamin dan baju pon cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tumpang aura artis je ni Kak Fizah.

      Delete
  9. Super exclusive the wedding. Both couple look beautiful in their traditional wedding dress. So many VIP and VVIP appear in the wedding. Secocok betul the couple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true Betty. Bella pula yang jeles. Hehe

      Delete
  10. Fazura memang cantik sangat, pernah menyanyi utk dia di satu event, sangat sopan dan optimist orangnya. Sesuai dgn Fattah, yang juga tidak kurangnya. Menyesal pulak tak datang heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang mesti berjumpa kan. Kulit dorang ni fair sangat. Fatah pun makan produk fazura kot! Haha

      Delete
  11. Seronoknya berkesempatan nak join wedding fattzura.diaorang sweet jeee suka tengok hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib ada kelapangan. Btw, org ramai sungguh. Gigih punya pasal.

      Delete
  12. Wahhh bestnya dpt pergi ke majlis resepsi Fattah dan Fazura. Mmg cantik dan sepadan mereka berdua nie. Bestlah dpt selfie dgn Fazura. Jeles tau !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, baik. Nasiblah dapat selfie kan sebagai kenangan.

      Delete
  13. Hamboiii dia.. hr tu cousin kita ada ajak sbb dia owner altelia amani dgn royal palace tu... tp ada hal pulak... mmg nmpk meriah kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Liez. Kalau ada rezki haritu bolehlah kita berswafoto bersama. Hehe

      Delete
  14. Bestnya. Ruby ada plan nak hadir. Tapi anak meragam pula. Tak dpt lah nak meriahkan fattzura. Wedding dia memang best khas utk peminat. Semoga murah rezeki fattzura. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati dapat pergi Ruby! Nasiblah dapat seat ok di tempat VIP. Tq kat PA Fattah, Aca sebab kenal kawan2 ex belajar dulu. Kalau tak, tak dapatlah pic2 menarik yerrr. Hahahaha

      Delete
  15. Mmg bagai pinang dibelah dua betul faz ngan fattah ni..
    Semoga merpati dua sejoli ni berkekalan hingga ke jannah...
    Suka betul dgn fattzura ni sebab betul2 mnghargai peminat2 diorg kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tak sangka berjodohkan. Yg penting Fazura cakap hya Fattah berani lamar dia ye dr kumbang lain. Hiks

      Delete
  16. What a beautiful wedding, congratulations to the newly weds, so lucky of Bella to be able to witness their wedding, looks like a fun event.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Shin Lee. It was a wonderful wed. Both of them reallay appreciate their fans. Lucky me can watched them on their wedding

      Delete
  17. suka pakaian wedding dorang kali ni ,

    nampak macam malay style, songket habis.

    Tak minat dengan FA sebab muka sweet habis.

    tapi memang sesuai depa berdua ni bagai pinang dibelah dua. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Memang konsep tradisonal la sayang. Konsep kayangan haritu siap macam istana. FA hensem la sekarang weiii

      Delete
  18. Ni yg buat kita jeles ni tau. Menci arr...awk dpt gi lps tu dpt bergambar lak gan retis...hhuhuhu.
    Cantik je tgok pasangan ni kan? Moga depa hidup aman damai hingga ke jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Akak mesti jeles kan. Doakan yang terbaik buat mereka. Xoxo

      Delete
  19. bukan peminat fattah amin dan fazura tapi nak puji pelamin dia cantik sangat ! Ehhh bila ntah nak jadi orang kaya dapat pelamin cantik tuk kawin kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Boleh. Ada la nanti dato2 berkenan tu. hiks

      Delete
  20. Their wedding decor is so mesmerizing! Almost fantasy like...and i am sure than 5000 fans had one of their life dreams fulfilled...I don't think that they are other Malaysian artists who invited their fans to their weddings right?

    ReplyDelete

Back
to top